Showing posts with label Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Show all posts

Monday, February 3, 2025

TGHH Presiden PAS paling berjaya dalam sejarah

harakahdaily.com
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
February 3, 2025
KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai Presiden PAS yang paling berjaya sepanjang lebih 70 tahun usia parti itu walaupun dicemuh dan diperlekeh oleh musuh politiknya, khususnya Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata demikian sebagai reaksi kepada artikel penganalisis politik veteran Joceline Tan (JT) dalam The Star bertajuk ‘Whispers of Hadi’s Exit’.

Menurutnya, artikel itu perlu dibaca secara keseluruhan dan bukan sekadar tajuknya, sambil menyatakan bahawa beliau sendiri enggan bersetuju dengan naratif yang ingin dibawa oleh penulis berkenaan.

“Memang Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS pada usia 77 tahun hari ini tidaklah segagah dahulu fizikalnya. Beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran kesihatan, namun yang penting beliau masih ‘alert’, ‘sharp’.

“Dan memiliki keupayaan serta kemampuan mengemudi dan memimpin parti dalam keadaan ahli-ahli parti sendiri tiada melihat sebarang kekurangan dalam kepimpinannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslan menegaskan bahawa Tuan Guru masih aktif menulis, mempengerusikan mesyuarat parti, menghadiri sidang Parlimen, dan memimpin kuliah dhuha setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila.

Juga tokoh itu juga dikatakan mengikuti perkembangan politik antarabangsa dan bertemu pelbagai lapisan masyarakat serta pimpinan, kecuali apabila berhalangan akibat keuzuran.

Menurut beliau, pemimpin yang perlu berundur ialah mereka yang gagal dan hilang pengaruh, sedangkan Tuan Guru tidak pernah gagal atau kehilangan pengaruh.

“Pencapaian politik PAS di bawahnya luar biasa sehingga mampu bukan sekadar menguasai negeri tradisi PAS iaitu Kelantan dan Terengganu, malah mampu menang di Kedah dan Perlis.

“PAS menjadi pembangkang terkuat di Pahang dan Perak, begitu juga berpengaruh di Selangor dan malah mula melebarkan sayapnya di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka. Hari ini PAS juga punya wakil di Dewan Undangan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau menambah bahawa Tuan Guru merupakan satu-satunya pemimpin politik Melayu yang paling berwibawa dan bersih sehingga disegani kawan dan lawan, dalam dan luar negara.

Menurutnya, walaupun secara fizikalnya tidak seperti ketika mula-mula menang kerusi DUN di Terengganu pada 1982, namun menurut Roslan, kecemerlangan kepimpinan diukur berdasarkan pencapaian dan keupayaan menyampaikan hasil kepada parti dan rakyat.

“Tiada siapa dapat nafikan, katalah apa sahaja, beliau sesungguhnya telah cemerlang dan tidak ada sebab untuk mengundur diri kerana sokongan ahli-ahli di belakangnya cukup padu dan kukuh,” ujarnya.

Roslan berkata bahawa tidak mengapa jika PH atau DAP membenci Tuan Guru kerana itu sudah menjadi sikap mereka, tetapi yang lebih penting adalah ahli-ahli PAS terus mengiktiraf dan menyanjung kepimpinannya.

Sementara rakyat Malaysia menurutnya, secara umum menerima serta memberikan penghormatan kepada Tuan Guru Abdul Hadi.

“Dari segi fizikal sebagaimana JT sebut ada ‘good and bad days’ buat Tuan Guru, tetapi sebagaimana saya beritahu beliau, pengamatan peribadi saya Tuan Guru di mata saya masih gagah.

“Buktinya boleh memanjat tangga ke pejabat saya ditingkat satu tahun lepas dan kenyataan saya itu dipetik oleh JT dalam artikelnya. Apa pun pemimpin Gerakan Islam hanya mengundurkan diri apabila tidak lagi memiliki keupayaan.

”Tuan Guru kami walau sudah 77 tahun, tetapi kudrat, pengalaman dan ilmu beliau masih segar malah lebih padu dari ramai mereka yang lebih muda usianya.

“PAS hari ini cemerlang dan dipimpin oleh Presiden yang berpengaruh, mewakili suara Melayu Islam dalam negara.

“Kalau ada pun ‘whispers’ atau bisik-bisik dalam PAS hari ini, ianya adalah ‘whispers’ berkenaan ke mercu mana lagi PAS akan pergi selepas ini, bukan sebaliknya. Allah pelihara Tuan Guru Presiden kami,” katanya. 

HARAKAHDAILY 3/2/2025

Sunday, January 26, 2025

Ulama perlu utama keredaan Allah, bukan populariti

harakahdaily
January 26, 2025

MACHANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pentingnya mencari keredaan Allah SWT dalam perjuangan, walaupun ia mungkin tidak disenangi manusia.

Ahli Parlimen Marang itu mengingatkan bahawa keikhlasan dalam menegakkan agama adalah asas yang harus dijaga, terutama oleh golongan ulama.

“Nabi sebut, barang siapa yang mencari keredaan Allah walaupun manusia marah, Allah Taala reda pada dia. Allah Taala jadikan manusia akan reda pada dia.

“Barang siapa yang mencari keredaan manusia walau dimurkai oleh Allah, dia kira orang suka saja. Dia mengajar-mengajar nak suruh orang ramai mari. Bukan orang ikut hat Islam. Hok mana orang ramai mari, sebut hok itulah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ijtima Ulama Rabbani Peringkat Kebangsaan 1.0 di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini semalam.

Menurut Tuan Guru, ada dalam kalangan mereka yang hanya mahu menarik perhatian orang ramai, tetapi tidak menyampaikan kebenaran sehingga amar makruf nahi mungkar diabaikan.

“Amar makruf nahi mungkar tak ada. Sebut mungkar, karang orang tak mari. Kritik banyak, karang orang tak mari.

“Tak ada kritik langsung. Ceritalah cerita-cerita nak suruh orang ramai. Orang ramai saja. Bukan nak membetulkan manusia,” ujarnya.

Tuan Guru menekankan bahawa ulama harus menjaga keikhlasan mereka dan berusaha menyelamatkan manusia dengan menyampaikan risalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Fokus utama jelasnya, bukanlah untuk mendapatkan sokongan ramai, tetapi untuk membetulkan manusia mengikut syariat Islam.

“Jangan peduli orang tak ada pun tak apa, dua, tiga, empat orang belajar tak apa. Jangan peduli,” katanya lagi.

Beliau turut memberi contoh kisah dalam surah Yasin, di mana tiga Rasul hanya mendapat seorang pengikut, yang akhirnya mati dibunuh.

“Dalam surah Yasin, tiga Rasul, dapat pengikut seorang saja yang mati dibunuh pula. Tapi dimuliakan oleh Allah. Kalau ramai macam semut, tak ada faedah langsung, nak buat apa?

“Ni kira nak cari pengaruh saja, biar orang ramai, orang ramai. Bukan nak membetulkan manusia,” jelasnya.

Tuan Guru turut mengingatkan ulama agar tidak mengkhianati amanah ilmu yang diwarisi daripada Nabi-nabi.

Menurutnya, tugas ulama adalah untuk menyelamatkan manusia sama ada diberi kemenangan di dunia atau di akhirat.

“Selamatkan manusia sama ada diberi kemenangan dunia memerintah ataupun kita tak menang atas dunia mesti menang di hari akhirat. Mesti menang. Tak kalah kalau kita bersama dengan Islam ni,” katanya. 

HARAKAHDAILY 26/1/2025

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-