Showing posts with label doktor. Show all posts
Showing posts with label doktor. Show all posts

Wednesday, November 9, 2022

Menteri Kesihatan perlu beri penjelasan calon BN Pengkalan Chepa guna sijil palsu?

agendaily.com
09/11/2022
Calon Pengkalan Chepa, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin.

Seorang calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa didakwa tidak habis belajar dalam jurusan perubatan tetapi masih menggunakan gelaran ‘doktor’ dalam resume pencalonannya.

Calon BN tersebut, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin didakwa belum lulus pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran dan sijil ijazah yang dimilikinya adalah palsu, menurut maklum balas daripada pihak Universitas Gadjah Mada (UGM).



Aktivis politik, Liyana Marzuki yang mula-mula membuat pendedahan berhubung isu tersebut hari ini memuat naik e-mel yang diterimanya daripada pihak universiti tersebut selepas membuat pertanyaan.

“Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti Gajah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya,” kata Liyana dalam hantaran Facebooknya.

Menurut Liyana lagi, calon BN tersebut juga bukan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu dan surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.


“Ia mengatakan Calon BN ini bukan merupakan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu. Surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.

“Saya juga telah menyemak kembali database Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia, ia juga merekodkan calon ini belum lulus pengajian,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Liyana juga menggesa calon ini agar berterus terang kepada rakyat dalam masa 24 jam atau berdepan tindakan undang-undang ekoran penipuan dilakukannya.

“Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh masa tersebut, saya akan meneruskan melalui laporan polis dan peguam saya akan mengambil tindakan selajutnya untuk menyaman beliau.

“Saya selalu percaya, ‘the power in people is greater than the people in power’.

“Bangkit anak bangsaku, jangan dibiarkan pemimpin sebegini menang pilihanraya dan memerintah kita,” katanya.

Semalam, melalui dada akhbar arus perdana, calon BN Pengkalan Chepa itu menjawab dakwaan terhadap dirinya dengan mengatakan pihak Universiti telah mengesahkan sijil pelajaran beliau adalah sah.

Namun, Mohd Hafiezulniezam tidak pula memberi sebarang bukti bagi menunjukkan kesahihan sijil dimilikinya.

Wednesday, January 20, 2021

'Perginya seorang perwira negara'

MyMetro
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

GAMBAR terakhir Dr Ali yang diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit dipercayai kerana terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat. FOTO ihsan FB SPJM.

Kuala Lumpur: Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia, kelmarin.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

"Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

"Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

"Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak," katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

"Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya," katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 12:10 AM

Sunday, April 5, 2020

16 hari menunggu Izrail datang

N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 9:04 pm

"Ya Allah ya Tuhanku, sebelum aku tidur ini, Kau ampunkanlah segala dosaku, kelemahan-kelemahanku, kegagalanku menunaikan tanggungjawab dalam menunaikan amanah.

"Kalau Engkau rasa hidupku ini lebih baik dilanjutkan, Kau lanjutkanlah dan berikanlah kesihatan."

Demikian doa yang sering dilafaz oleh Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, sepanjang 16 hari ditahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, apabila dijangkiti Covid-19.

Berkongsi pengalaman bersama Malaysiakini, Mohamad Shukri berkata, selama tempoh itu beliau ternanti-nanti kehadiran malaikat Izrail selepas mendengar berita ramai orang meninggal dunia akibat Covid-19.

"Bagi saya, rasa macam tak ada apa-apa... rasa macam demam biasa, tapi apabila dah tahu kena Covid-19 ini ramai yang mati, jadi kita kena bersedialah menghadapi mati itu.

"Jadi siang malam selama 16 hari saya tertunggu macam mana nak jumpa Izrail, macam mana agaknya pengalaman nak jumpa Izrail nanti, dan saya selalu berdoa. Itulah doa saya siang malam.

"Saya duduk bersedia macam mana agaknya apabila Izrail datang, sebab kita tak ada pengalaman. Saya dengar berita pesakit yang masuk tadi dah meninggal dunia, jadi kita pun kena bersedialah," katanya.

Menceritakan lanjut pengalamannya itu, Mohamad Shukri berkata, pada 12 Mac lalu beliau pulang dari Sarawak selepas membentangkan kertas kerja di seminar majlis fatwa negeri itu.

Keputusan jam 10 malam

Keesokan harinya, beliau hadir pula di Masjid Muhammadi untuk solat Jumaat dan mengimamkan solat sunat hajat yang diadakan.

Bagaimanapun, katanya, pada malam itu beliau mula berasa tak sedap badan dan mula rasa sengal-sengal pada sendi.

Keesokan harinya, kata Mohamad Shukri, beliau berkunjung ke klinik untuk menjalani pemeriksaan namun apabila diperiksa, doktor panel tidak mengesan sebarang deman lalu dibekalkan ubat Panadol.

"Saya makan Panadol, dan malam itu saya rasa baik. Esoknya (Ahad) saya pergi bekerja dan mempengerusikan mesyuarat dalaman, selepas itu badan lemah dan rasa sengal semakin menjadi-jadi.

"Saya pergi ke klinik lagi sekali, doktor bagi suntikan. Doktor kata mungkin ada kekurangan vitamin apa-apa.

"Selepas balik dari klinik rasa dah baik dah. Pagi esoknya pula saya mula rasa tak boleh tahan, saya telefon seorang kawan, seorang profesor di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) tanya untuk buat saringan.
"Jadi, kawan saya itu tolong aturkan untuk temujanji di HRPZ II. Jam 8.30 pagi saya pergi disambut oleh timbalan pengarah hospital dan dibawa ke Wad 10 untuk diperiksa," jelasnya.

Apabila dimasukkan ke wad pada hari pertama itu, katanya, saringan bagi Covid-19 dibuat dan keputusan diperolehi pada jam 10 malam.

Menurut Mohamad Shukri, ketika itu tiada apa-apa perubahan dirasai - kecuali badannya masih berasa sengal-sengal - namun beliau dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kira-kira jam 10 malam, katanya, keputusan ujian kesihatannya pun diperolehi. Beliau disahkan positif Covid-19.

Doktor kuat baca Quran

"Apabila mereka kata positif saya tunggu sajalah (rawatan), esoknya saya jalani x-ray. Ada dalam empat kali kena x-ray sepanjang di hospital.

"Kemudian masuk hari ke-10, saya dibenarkan keluar dari ICU dan masuk ke wad biasa, tetapi dikuarantin dua hari.

"Selepas itu doktor bagitau saya kena masuk wad ICU semula. Saya tanya kenapa masuk balik? Mereka kata ada lagi hal (kuman) lain dijumpai, tapi bukan lagi Covid-19, jadi pergi lagi ke wad ICU.

"Kena x-ray lagi, rupanya sakit yang saya hidapi sekian lama. Saya sensitif dan mudah batuk, rupanya sebab yang itu. Tapi tak ada kena mengena dengan Covid-19.

"Mereka kesan yang itu dan dirawat tiga hari sehingga negatif, ini jangkitan dalam paru-paru. Apabila dah baik, saya dikuarantin lagi, hari ke-14 dikuaranti di bilik CCU sementara tunggu untuk discaj," katanya.
Tambah Mohamad Shukri lagi, sukar untuk beliau jelaskan mengenai kesan wabak Covid-19 yang menjangkitinya kerana tidak mengalami keadaan yang teruk.

Cuma katanya, ketika dirawat di hospital itu juga beliau diserang sakit gout yang memang dihidapinya sebelum ini dan menyebabkan rasa sakit di bahagian lutut.

"Apa yang jadi masalah sikit ialah penyakit lama saya iaitu gout. Apabila kita lemah duduk dalam wad, gout pula menyerang, itu yang ditahan lama dalam wad lama.

"Sebab sakit lutut, sampai hari ini saya solat atas kerusi lagi," katanya.

Justeru, kata Mohamad Shukri, jika ada orang bertanya mengenai sakitnya Covid-19, beliau tidak dapat memberikan jawapan yang banyak kerana tidak tahu bagaimana perlu dijelaskan.

Katanya, beliau tidak berasa sebarang perubahan kecuali rasa sengal pada sendiri. Dan itu juga, katanya, hilang selepas mengambil ubat.

"Saya tak demam, batuk pun tak ada, dan sesak nafas pun tak ada," katanya.
Sementara itu Mohamad Shukri turut memberikan nasihat kepada pesakit Covid-19 dan orang ramai supaya meningkatkan kekuatan rohaniah dalam menghadapi wabak yang sedang melanda di seluruh dunia kini.

"Bersama saya hari itu dalam wad ada dua orang doktor pakar yang kena Covid-19. Mereka steady saja, saya pula rasa lemah. Sebenarnya Covid-19 ini atau sakit apa pun, kekuatan itu bergantung pada kita.

"Kalau kita rasa lemah, rasa tertekan, itu sememangnyalah. Tetapi saya tengok dua doktor pakar yang duduk sekali dengan saya itu, hebat. Sudah sembahyang Zuhur, baca Yasin. Selepas Asar, baca Yasin, lepas Magrib baca Yasin.

"Cuma saya duduk terkebil-kebil sebab saya agak keletihan.

"Dua orang doktor pakar itu memang kuat baca al-Quran, ini saya fikir selain kita dapat rawatan secara fizikal, kekuatan rohaniah perlu tinggi. Kerana kebergantungan kita adalah kepada tuhan," katanya.

Sebelum menamatkan kisah pengalamannya, Mohamad Shukri mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga barisan hadapan HRPZ II yang menunjukkan komitmen, etika dan disiplin tinggi.

"Saya cukup berpuas hati dengan SOP (prosedur standart operasi) kakitangan HRPZ II yang bersungguh-sungguh ketika menjalankan tugas. Kawalan begitu ketat dan rapi, hanya petugas tertentu sahaja dibenarkan berurusan.

"Tak ada sesiapa (orang luar) boleh tengok, saya terpisah dengan keluarga selama 16 hari. Pihak hospital jaga kerahsiaan cukup teliti, proses pindah wad pun dibuat dengan rapi sehingga tiada orang tahu," katanya hari ini.

Thursday, March 26, 2020

3,000 pesara kesihatan bantu baris hadapan

MyMetro
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Gambar Hiasan. FOTO Arkib NSTP

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendapatkan perkhidmatan 3,000 pesara pakar perubatan dan jururawat untuk membantu pasukan barisan hadapan merawat pesakit jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya kini dalam proses pengurusan untuk mendapatkan khidmat kumpulan terbabit.

Selain itu, beliau berkata, KKM juga akan mendapatkan perkhidmatan 3,500 jururawat dan pembantu perubatan.

“Kesemua mereka sedang menjalani kursus ‘post basic’ (latihan lanjutan).

“Seramai 2,400 jururawat terlatih sudah pun dikerahkan dan diagihkan ke hospital serta klinik memerlukan,” katanya dalam sidang media harian terkini mengenai Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, seramai 1,895 kakitangan KKM disaring dan diletakkan di bawah pengawasan akibat wabak berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, tiada kakitangan didapati positif Covid-19 manakala negatif (1,187) dan masih menunggu keputusan (708).

“Kita berharap keputusan akan diperoleh selewat-lewatnya hari ini (semalam). Mereka yang belum dapat keputusan perlu diasingkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 7:26 PM

Monday, December 26, 2016

Doktor tersilap terpotong kepala kemaluan ketika berkhatan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser.

Menurut Berita Harian , kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Disember lalu, mangsa yang berusia 10 tahun dibawa bapanya untuk berkhatan di sebuah klinik keluarga di Cheras, di sini. Bagaimanapun, ketika sedang menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja.

Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.

Tuesday, March 29, 2016

Doktor tumbuk pesakit sampai mati disaman RM4 juta

Sedutan rakaman CCTV menunjukkan Dr Ilya Zelendinov menumbuk pesakit Yevgniy Vakhtin

BELGOROD - RUSIA. Seorang doktor yang menumbuk seorang pesakit dan menyebabkan mangsa maut disaman sebanyak 750,000 pound (RM4 juta) oleh keluarga mangsa.

Menurut laporan Dailymail UK, Dr Ilya Zelendinov, 32, kini sedang menjalani hukuman penjara 9 tahun selepas menumbuk Yevgniy Vakhtin.

Isteri Yevgniy, Inna Sergeeva anak perempuannya Tatiana Gridneva membuat keputusan untuk menyaman kerana 'kebiadapan pihak hospital'.

"Tak ada seorang pun dari pihak pengurusan hospital meminta maaf ke atas kejadian tersebut," kata peguam, Aleksandr Shpay.

Dalam kejadian 29 Disember lepas tersebut, Yevgniy dihantar ke hospital kerana mengalami pendarahan di dalam perut.

Yevgniy yang mabuk ketika kejadian telah dituduh memegang dan menendang jururawat sebelum ditumbuk oleh Dr Ilya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-