Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, December 1, 2023

6 Makanan Yang Mampu Cegah Penyakit Gout

oleh Donny Ienpada 21:40

Sesetengah orang salah faham tentang penyakit gout disebabkan penyebaran pelbagai mitos, termasuk cara rawatan dan pencegahan yang menyebabkan sebilangan pesakit berdepan komplikasi.

Ada yang berpendapat, gout merupakan penyakit melibatkan otot atau saraf, sedangkan fakta ia adalah keradangan pada sendi disebabkan pengumpulan kristal asid urik di bahagian itu.

Kesakitan akibat gout boleh berlarutan beberapa hari atau memerlukan masa berminggu untuk reda, terutamanya jika tidak menerima rawatan.

Apakah Gout?

Kalau dilihat dari sudut sejarah, penyakit gout ialah penyakit paling lama dihidapi manusia sejak sekian lama.

Kebiasaannya, masyarakat mengaitkan penyakit gout dengan keradangan atau sakit pada sendi, terutamanya ibu jari kaki berpunca daripada asid urik berlebihan di dalam tubuh.

Asid urik yang sepatutnya disingkirkan tubuh, terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan dipanggil “toph”.

Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran kencing.

Mengikut kajian, lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita.

Salah satu cara yang boleh mengurangkan serangan penyakit gout ialah mengamalkan pemakanan sihat daan seimbang.

Berikut 6 makanan yang berpotensi mencegah penyakit gout, seperti dikongsikan Kementerian Kesihatan.

1. NANAS
Nanas yang kaya dengan “Bromelain” dan Vitamin C dapat membantu mengurangkan keradangan sendi.

2. KUNYIT
Kunyit yang murah dan mudah didapati, mengandungi “cucurmin” yang boleh membantu mengurangkan keradangan sendi.

3. PEGAGA
Ulam pegaga kaya dengan “Phytochemical” untuk membantu proses menyahtoksik dalam badan.

4. LEMON
Lemon juga dapat membantu proses menyahtoksik, selain meningkatkan kandungan Vitamin C yang diperlukan tubuh.
Kalau minum di luar, rajin-rajinlah pesan air lemon tanpa gula.

5. HALIA
Komponen “Gingerole” dan “Zingiberene” dapat mengurangkan keradangan sendi. Halia boleh dicampur dalam masakan atau teh tanpa gula.

6. CILI
Siapa sangka, cili juga mengandungi Vitamin A dan Vitamin C mampu mengelakkan keradangan sendi.
Tapi seeloknya makanlah cili segar ya!

ELAKKAN MAKANAN TINGGI PURIN

Di samping mengamalkan makanan di atas, makanan yang tinggi dengan kandungan purin seperti hati, paru, ikan bilis, ketam, udang dan kerang perlu dihadkan.

Minumlah air kosong secukupnya dan jangan lupa makan ubaat berdasarkan nasihat doktor.

Gout boleh dirawat dan dikawal melalui pengambilan diet seimbang.

Sumber MyHealth

Sunday, May 2, 2021

Katil ICU rawat pesakit Covid-19 hampir kehabisan

hmetro.com

Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my

KEADAAN di ICU yang menempatkan pesakit Covid-19 semakin membimbangkan. FOTO ihsan FB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Kuala Lumpur: Kadar penggunaan katil rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 hospital di Lembah Klang secara purata mencapai 90 peratus pada hari ini dan melebihi ambang amaran.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih 20 kes dirujuk ke ICU setiap hari dalam tempoh satu minggu manakala 63 pesakit ICU dengan lebih 25 pesakit kritikal untuk dipantau di wad biasa dan Jabatan Kecemasan di Hospital Sungai Buloh.

Dr Noor Hisham turut berkongsi video suasana pesakit kritikal Covid-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, hari ini yang menggunakan ventilator.

Beliau turut menekankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini hampir kekurangan katil di hospital kendalian mereka ketika ini.

"Berkongsi pesakit Covid-19 yang kritikal di ICU Hospital Sungai Buloh.

"Kami hampir kehabisan katil. Jaga diri dan kekal selamat," tulisnya di Facebook rasminya hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi berdasarkan statistik yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, sebanyak enam hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal atau ICU dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 didapati melebihi ambang amaran dengan kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus.

"Hospital berkenaan ialah Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang mana ada di antaranya sudah pun menghampiri 100 peratus.

"Bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 pada kadar melebihi 50 peratus," katanya.

Menurutnya, Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital Covid-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal atau ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat.

"KKM sudah membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak 2020 bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.

"Pembedahan dan prosedur elektif di hospital di sekitar Lembah Klang akan dikurangkan atau ditangguhkan bagi membolehkan lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk rawatan Covid-19.

"Ini juga membolehkan anggota perubatan dimobilisasikan ke tempat yang lebih kritikal bagi perawatan pesakit Covid-19," katanya.

Menurutnya, KKM juga akan terus bekerjasama dengan hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil kritikal.

"Ini termasuk penyumberluaran pesakit bukan Covid-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui.

"Penyumberluaran ini telah pun dilaksanakan sejak gelombang kedua pada 2020 dan masih diteruskan sehingga kini," katanya.

Katanya, sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.

"Masyarakat diseru untuk sama-sama membantu KKM dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mematuhi nasihat kesihatan yang sering ditekankan KKM bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Tahap pematuhan 100 peratus semua pihak amat diperlukan bagi membantu negara pulih semula daripada kemelut ini," katanya.

Lagi berita berkaitan Covid-19
Disiarkan pada: Mei 2, 2021 @ 10:59am

Monday, March 23, 2020

KKM: Beberapa staf Hospital Teluk Intan positif Covid-19

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai tidak menularkan berita tidak sahih kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.
 — Foto oleh Choo Choy May

IPOH, 23 Mac — Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan terdapat beberapa kakitangan perubatan Hospital Teluk Intan (HTI) positif Covid-19.

Tanpa menyatakan jumlah kakitangan yang positif wabak itu, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan di HTI.

“Pihak pengurusan HTI telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan pendedahan terhadap kakitangan hospital dan ia menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenal pasti, “ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial menyatakan HTI lumpuh disebabkan enam kakitangan perubatan positif Covid-19 .

Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita tidak sahih kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

Katanya untuk sebarang maklumat berkenaan Covid-19 boleh merujuk Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.

Setakat 12 tengah hari semalam, terdapat 66 kes positif Covid-19 direkodkan di Perak. 

— Bernama

Sunday, March 22, 2020

Malaysia catat korban ke-10, jumlah kes positif jadi 1,306


Hanya beberapa jam selepas kes kematian kesembilan dilaporkan hari ini, Malaysia mencatat kes kematian kesepuluh akibat jangkitan Covid-19, petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun.

Korban terbaru itu merupakan pesakit kes ke-259 dan mempunyai kaitan dengan kluster tabligh.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8 Mac 2020.

"Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05petang, 22 Mac 2020," kata Noor Hisham dalam kenyataan medianya petang ini.

Dalam perkembangan sama, setakat tengah hari tadi, terdapat 123 kes baru yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes.

Hari ini merupakan hari kelapan peningkatan kes harian melebihi 100 orang.

Jelas Noor Hisham, berdasarkan siasatan awal, daripada 123 kes baru yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Seri Petaling, di Kulala Lumpur pada hujung bulan lalu.

Sebanyak 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

Sementara itu, sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, sebanyak 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, setakat ini, seramai 460 orang anggota KKM yang telah menjalani saringan pengesanan Covid-19.

Daripada jumlah tersebut, 270 adalah didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan.

Thursday, March 22, 2018

Rahsia kelebihan dan kebaikan buah pisang

Buah Pisang merupakan buah-buahan tropika yang mudah kita temui di Malaysia.Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya.

Namun, mungkin anda tidak menduga bahawa sesederhana buah pisang yang biasa diketemu sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat, mulai dari perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.

BERIKUT ADALAH SENARAI MANFAAT DAN KHASIAT BUAH PISANG
:
Perlindungan Kardiovaskuler

Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati.

Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.

Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati.

Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskuler lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata

Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik.

Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata.

Studio yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut.

Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang kuat ini.

Memperbaiki Tulang

Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda.

Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganism jahat.

Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal

Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh.

Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. 

Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.

Beberapa Tips Tambahan:
 
Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria)
Jika anda ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar
Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwic atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat.
Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.

Monday, August 25, 2014

Penyakit yang sangat mudah di idapi manusia


Ari ni Wak nak pencen sekejap untuk menulis cerita tentang politik. Ini Wak mikirkan bahawe kesihatan tu lebih penting dari berpolitik. Kalu kesihatan dah terganggu make berpolitik juge akan terus terganggu.

Ari ni Wak nak cerita sikit tentang care mudah menjaga kesihatan, terutama nya kepada yang sedang mengidap kencing manis dan darah tinggi.

Sebenar nya Wak pun sudah mula mengidap darah tinggi ni lebih kurang 6 bulan yang lalu. Untuk pengetahun tuan2 kini usia Wak sudah mencapai lebih 68 tahun. Alhamdulillah pade masa ni Wak cume mengidap darah tinggi sahaja, penyakit2 lain belum lagi.

Kini penyakit darah tinggi Wak sudah terkawal dan dalam keadaan normal. Untuk pengetahuan tuan2 ubat yang Wak amalkan hari ini cuma dengan minum jus peria katak. Jus peria katak ni sangat berkesan untuk mengawal darah tinggi dan kencing manis jika kita jadikan amalan meminum nya.

Jus peria katak yang paling baik ialah dari buah yang pokok nya kita tanam sendiri tanpa menggunakan sebarang racun serangga dan baja kimia. Buah yang di beli dari pasar tu ade kemungkinan telah tercemar oleh racun serangga dan baja kimia.

Cara penyediaan nya sangat mudah, blend 7 biji peria katak dengan 1 liter air masak yang sudah di sejuk kan. Setelah di blend hingga lumat masuk kan kedalam botol dan simpan di peti sejuk. Minum segelas di waktu pagi dan segelas lagi di waktu malam.

Minum air peria katak ni hendak lah di jadikan amalan yang berterusan. InshaAllah dengan izin Allah juga kesihatan kita akan terpelihara.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-