Showing posts with label kompaun. Show all posts
Showing posts with label kompaun. Show all posts

Monday, October 11, 2021

Rentas negeri tanpa vaksin lengkap akan dikompaun

ismaweb.net
zuhayati
11/10/2021

Rentas negeri tanpa vaksin lengkap akan dikompaun
Pemeriksaan secara rawak pastikan orang awam ikut SOP



BANGI, 4 Rabiulawal 1443H, Isnin – Individu yang belum lengkap vaksin berdepan dengan kompaun sekiranya dikesan melakukan rentas negeri.

Tindakan tegas itu akan diambil melalui pemeriksaan pasukan pemantau di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali.

“Polis juga akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selain memastikan tiada individu belum menerima vaksin COVID-19 mengambil kesempatan.

“Tiada lagi amaran dan pihaknya akan lebih bertegas termasuk mempertingkat pemantauan dan pemeriksaan pematuhan SOP.

“Pemeriksaan secara mengejut yang akan dilakukan bagi memastikan individu tanpa vaksin tidak mengambil kesempatan lakukan aktiviti rentas negeri,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hazani berkata, pemeriksaan secara rawak akan dilaksanakan di kawasan tumpuan awam di seluruh negara termasuk R&R dan pusat beli-belah.

Kerajaan sudah umum mereka yang mahu merentas negeri perlu lengkap vaksin, maka mereka perlu patuhi perkara itu.

“Aspek pematuhan SOP sudah diingatkan sejak tahun lalu lagi. Ada masanya kita perlu berkeras.

“Kali ini, kita terus kompaun mereka yang rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap tanpa diberi amaran dahulu,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemeriksaan SOP tetap dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Perdana Menteri berkata, biarpun kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri, ia tidak bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Thursday, September 30, 2021

Pembebasan Ahmad Maslan 'amalan dua darjat' - MP

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 30, 2021 5:13 PM

Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar mengecam pembebasan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan selepas bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta.

"Kes ini membuktikan wujudnya amalan ‘dua darjat’ dalam sistem keadilan di negara kita.

"Saya pasti perkara ini tidak mungkin berlaku jika tertuduh itu bukanlah seorang ahli parlimen yang berpengaruh," dakwanya pada satu kenyataan media hari ini.

"Adakah ini bermakna kerajaan hari ini akan mencari jalan untuk membebaskan semua kluster mahkamah dengan ‘beat the system’ yang sedia ada," soalnya.

Dia berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebaskan Ahmad Maslan atas dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Maslan.

Ini selepas ahli parlimen Pontian bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta.

Sivakumar juga mendakwa integriti dan kredibiliti institusi Peguam Negara telah terhakis sepenuhnya apabila sistem perundangan negara "dipermainkan semata-mata untuk berpihak kepada kuasa kerajaan yang memerintah."

"Rakyat melihat tindakan ini sebagai satu kompromi yang amat menjejaskan imej institusi kehakiman dan Peguam Negara. Penarikan semula pendakwaan terhadap Ahmad Maslan adalah tidak wajar

"Apakah ini sengaja dilakukan untuk memberi peluang dan membuka jalan kepada beliau untuk dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,"soalnya lagi.

Wednesday, June 30, 2021

Ops Patuh mulai 1 Julai, kompaun maksimum dikenakan

Oleh Wartawan UtusanTV
-June 29, 2021


‘’Jika sebarang perlanggaran SOP, kami akan tangkap dan kompaun maksimum akan dikenakan.’’

Itulah amaran yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika mengumumkan enguatkuasaan Operasi Patuh secara besar-besaran akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Julai ini.

Beliau berkata, perkara itu akan dikoordinasi bersama semua agensi di 21 kementerian di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara dipatuhi.

“Jadi bagi mereka yang dibenarkan beroperasi sudah semestinya tahu apa yang saya umumkan ini, jadi bersiap sedia jika sebarang pelanggaran SOP dikenal pasti, kami akan tangkap dan kompaun maksimum akan dikenakan,” katanya pada sidang media selepas operasi pematuhan SOP di sekitar Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata, bagi tujuan itu pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diarah membuat ‘snapcheck’ di kawasan tertentu dan PDRM melaksanakan sekatan jalan raya termasuk menggunakan aset sedia ada seperti helikopter dan dron, dan ia akan dilakukan serentak dalam usaha menurunkan kes Covdi-19 di seluruh negara.

KDN juga akan meminta senarai sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta membuat perbandingan dengan Kementerian Kesihatan berhubung senarai kilang-kilang yang didapati mempunyai kes positif COVID-19.

“Ia juga akan dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, untuk mengenal pasti sama ada kilang yang beroperasi terbabit betul atau sebaliknya didaftarkan dalam sesuatu sektor disenaraikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain Hamzah berkata, beliau turut mengadakan perbincangan bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berhubung penglibatan nelayan asing yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di negara ini.

“Perbincangan bersama LKIM adalah untuk kita mengesan berapa ramai nelayan asing yang menangkap hasil laut negara ini, supaya kegiatan mereka ini dikekang.

“Selain itu, saya juga meminta komuniti maritim tempatan agar menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada kerajaan, berhubung pencerobohan nelayan asing di perairan negara ini,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Zubil Mat Som.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-