Showing posts with label logo. Show all posts
Showing posts with label logo. Show all posts

Sunday, April 7, 2024

Vern's jelaskan logo pada tapak kasut disalah tafsir

malaysiakini.com
Diterbitkan: Apr 7, 2024 7:18 PM
Pengeluar kasut Vern’s Holdings Sdn Bhd menjelaskan rekaan logo pada tapak kasut syarikat itu telah disalah tafsir sehingga mencetuskan kontroversi.

Ini selepas logo pada tapak kasut tumit tinggi salah satu produk keluaran syarikat itu didakwa menyerupai kalimah Allah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata logo tersebut tidak bertujuan menghina mana-mana agama atau kepercayaan, sebaliknya hanya rekaan grafik garisan tali yang bersambung dengan tapak kasut tumit tinggi.

"Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.

"Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak,” kata Vern dalam satu kenyataan.
Vern’s berkata pihaknya telah mengambil langkah segera menghentikan penjualan kasut dan logo berkenaan serta bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut.

"Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku,” kata Vern’s.

"Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” tambahnya.

Dakwaan bahawa logo pada tapak kasut tumit tinggi keluaran syarikat itu menyerupai kalimah Allah mula dibangkitkan di media sosial pada 23 Mac lalu.

Namun ia menjadi tular selepas satu lagi video membuat dakwaan serupa hari ini.

Polis buka kertas siasatan

Terdahulu, polis Pulau Pinang mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mereka telah menerima laporan mengenai perkara tersebut.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Usuf Jan Mohamed berkata laporan itu dibuat seorang guru selepas melihat satu hantaran mengenai perkara itu di media sosial.

Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina agama dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Mohd Na’im Mokhtar juga telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menghubungi syarikat kasut tersebut esok.

Kontroversi ini timbul ketika kemarahan sebahagian umat Islam terhadap kedai serbaneka KK Mart masih belum reda, berikutan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah baru-baru ini.

Insiden itu menyebabkan tiga percubaan membakar kedai KK Mart berlaku di Perak, Pahang dan Sarawak.

Sunday, September 4, 2022

Logo PN: PAS nampak Muhyiddin berlapang dada

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali , Alyaa Alhadjri & Low Choon Chyuan
Diterbitkan: Sep 4, 2022 11:14 AM
MUKTAMAR PAS | Isu logo pilihan buat Perikatan Nasional (PN) menghadapi PRU akan datang maju setapak lagi apabila usul mengenainya diluluskan tanpa bahas dalam muktamar kali ini.

Mengesahkan hal itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata usul itu bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulamak.

Ditemui di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini, Tuan Ibrahim juga berkata PAS melihat ketika ini Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menunjukkan sikap positif kepada cadangan tersebut.

"Pada asasnya saya tengok pengerusi PN berlapang dada untuk dengar pandangan tersebut di mesyuarat dan ia akan putuskan bersama nanti," katanya.

Menjelang pembubaran parlimen - yang belum diketahui tariknya - PAS menunjukkan kecenderungan mahu menggunakan logo mereka bagi mewakili PN dalam PRU ke-15.

Malah ia juga dinyatakan secara terbuka oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, yang beranggapan logo PN kurang menarik orang ramai, termasuk ahli partinya.

Semalam Muhyiddin memberitahu, pemimpin tertinggi PN akan mengadakan mesyuarat minggu depan dan akan membincangkan isu tersebut.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan memperincikan terlebih dulu cadadangan tersebut sebelum dibawa ke peringkat PN untuk dipertimbangkan.

Sementara itu Sanusi semasa menggulung perbahasannya memberitahu, dia sendiri memang mahu lambang 'bulan' PAS digunakan, namun keputusan muktamad perlu dibuat secara bersama.

Jika tidak, katanya, ia akan membawa perpecahan dan keadaan itu akan membawa kepada kerugian yang lebih besar.

"Saya harap parti kita buat keputusan paling menguntungkan PAS," katanya.

Apabila keputusan sudah dicapai, tambah menteri besar Kedah itu, ahli dan penyokong PAS perlu berlapang dada menerimanya.

Friday, July 26, 2019

Nazri: Ramai netizen bodoh, cuma tahu merungut

Anne Muhammad 
Diterbitkan Hari ini 8:49 pagi 


Bekas menteri BN, Mohamed Nazri Aziz, hari ini tampil membela kerajaan PH dalam isu logo mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau berkata, menteri yang bertanggungjawab bagi portfolio itu wajar mengabaikan saja kritikan yang dibuat pengguna media sosial, sebaliknya menumpukan perhatian meningkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini pada tahun depan.

Bahkan, kata Nazri, logo hanya memainkan peranan kecil saja untuk menarik pelancong berbanding langkah yang diambil melalui kaedah promosi lain.

“Tak usah peduli apa netizen cakap. Netizen bukan cerdik pun, buat apa semua tak kena.

"Netizen ni bodoh… buat apa semua tak kena, semua cuma tahu nak merungut," katanya kepada Malaysiakini.

Justeru Nazri yang sebelum ini ditugaskan mengepalai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berharap kerajaan melakukan tugas yang sepatutnya bagi membawa pelancong asing mengunjungi Malaysia.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan pengguna media sosial terhadap logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang baru dilancarkan perdana menteri pada 22 Julai lalu.

Itu tanda setia

Ia adalah gantian kepada logo terdahulu yang turut mendapat kecaman ramai kerana dianggap tidak memiliki nilai seni yang sepatutnya dan tidak berkualiti.

Logo itu ciptaan Alfred Phua Hong Fook, 23, yang dituduh menciplak idea orang lain, serta mempunyai kesilapan tata bahasa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, pula berkata logo tersebut dihasilkan oleh pereka berkelulusan memiliki ijazah seni reka grafik kelas pertama dari institusi pengajian tinggi.

Baca Logo baru Tahun Melawat Malaysia 2020 diumum Mei

“Graduan ijazah kelas pertama tidak akan melakukan perbuatan tiru-meniru kerana dia tidak berminat memalukan dirinya sendiri.

“Hanya orang yang tidak pandai lukis akan meniru,” katanya.

Mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam logo berkenaan, Mohamaddin berkata, ia sudah betul dan hanya dianggap salah jika seseorang tidak mendalami bahasa Inggeris.

Nazri berkata tidak timbul isu beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan walaupun statusnya ketika ini seorang anggota parlimen pembangkang.

Sebaliknya kata pemimpin Umno yang terkenal dengan sikap suka berterus-terang itu, ia dibuat sebagai menyatakan kesetiaannya kepada negara.

“Pendapat ini sebagai tanda kesetiaan saya kepada Malaysia,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-