Showing posts with label memohon maaf. Show all posts
Showing posts with label memohon maaf. Show all posts

Friday, May 24, 2019

Mukhriz mohon maaf kepada Sultan Johor


Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana tidak bersalam dengan baginda, semalam.

Setiausaha akhbar Mukhriz dalam kenyataan memaklumkan permohonan maaf itu disampaikan menerusi surat yang diutuskan kepada Sultan Ibrahim hari ini.

"Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir hari ini telah mengutus surat kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"(Ia) bagi memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang semalam.

"Menteri besar telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaannya sendiri, dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman," kata kenyataan itu.

[Berita lanjut menyusul]

Saturday, December 12, 2015

Muhyiddin tak akan mohon maaf kerana kritik Najib

OLEH MD IZWAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakannya mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan bertegas tidak akan memohon maaf. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 12 Disember, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf kerana tindakannya mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak adalah untuk menegakkan kebenaran.

Muhyiddin mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang mengatakan beliau bersama seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal masih berkesempatan untuk meminta maaf kepada Najib.

Timbalan presiden Umno itu berkata tidak mempunyai sebab untuk memohon maaf kerana apa yang dibangkitkan adalah soal kepentingan parti dan kepimpinan.

"Sebenarnya saya tidak lihat ada sebab munasabah yang perlukan saya memohon maaf kerana apa yang saya sebutkan bukan soal peribadi.

"Apa yang saya bangkitkan selama ini soal parti dan soal kepimpinan," kata Muhyiddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin mempertahankan tindakannya yang berterusan menegur dan mengkritik kepimpinan Najib sebagai tidak salah kerana semangat cintakan Umno dan untuk melihat parti itu terus relevan.

"Saya tidak fikir menyalahi atau pun selari dengan tujuan perjuangan kita iaitu nak menyatakan sesuatu yang benar kerana saya amat cintakan kepada Umno dan saya mahu Umno terus kekal, diyakini dan dipercayai rakyat," katanya.

Disebabkan itu, Muhyiddin berkata tidak ada keperluan beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak pada perhimpunan yang masuk ke penghujungnya selepas 4 hari bersidang.

"Sebab itu bagi saya, tidak ada sebab berpatutan memerlukan saya memohon maaf kepada sesiapa dan saya harap ini tidak disalah tafsir," katanya. – 12 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-tak-akan-mohon-maaf-kerana-kritik-najib#sthash.Oz0pfmia.dpuf

Saturday, October 10, 2015

Nak Saman, Tak Saman, Dah Saman Tercongang-congang........

HAHAHA...Najib bagi tempoh kepada diri sendiri pulak!

Oleh Shahbudin Husin

Ini betul-betul kelakar. Lebih lawak daripada lawak antarabangsa. Sesiapa pun pasti tidak dapat menahan ketawa mendengarnya.Dulu bukan main gah lagi Najib Razak mengumumkan bahawa peguamnya sudah menghantar surat tuntutan kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik agar menarik balik, memohon maaf dan membayar sejumlah gantirugi atas dakwaan membuat dakwaan fitnah terhadapnya atau berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.

Untuk maksud itu, peguamnya memberi tempoh tujuh hari kepada Dr Ling untuk menjawab surat tuntutan tersebut.

Di Ling kemudian hanya mengambil masa tiga hari saja untuk menjawabnya dengan mengatakan sedia menyahut cabaran Najib itu di mahkamah dan enggan memohon maaf.Apa jadi kemudiannya? Sepatutnya saman sudah boleh diputuskan sebab telah ada jawapan daripada Dr Ling.

Tetapi kini peguam Najib pula mengatakan pihaknya akan memutuskan sama ada meneruskan saman atau tidak selepas tempoh tujuh hari itu berakhir.Mengapa perlu tunggu lagi? Bukankah Dr Ling sudah menjawab menyatakan sedia untuk disaman?
Bukankah sepatutnya Najib terus saja menghantar surat saman fitnah terhadap Dr Ling dengan kadar segera atau setidak-tidaknya mengatakan saman itu tetap akan akan dilakukan kerana sudah ada kata putus daripada Dr. Ling mengenainya.

Nak tunggu apa lagi? Tidakkah ini seperti Najib memberi tempoh kepada diri sendiri untuk memikir sama ada ada mahu meneruskan saman atau sebaliknya?Jangan-jangan jadi macam WSJ juga nanti, gah saja lebih, tapi sampai sekarang samannya tidak menjadi kenyataan.

Katawa lagi....kahkahkah...-BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=343232:hahahanajib-bagi-tempoh-kepada-diri-sendiri-pulak&Itemid=2#ixzz3o8n76GX9
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-