Showing posts with label menghasut. Show all posts
Showing posts with label menghasut. Show all posts

Tuesday, August 27, 2024

Muhyiddin dituduh menghasut

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters-27 Aug 2024

Bekas perdana menteri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Tarmizie Nik Shukri di Mahkamah Sesyen Gua Musang.
Muhyiddin Yassin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas tuduhan mengeluarkan perkataan hasutan dalam ceramah ketika kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Tarmizie Nik Shukri.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan itu berkaitan ucapan Muhyiddin yang dibuat semasa berkempen di Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan, pada 14 Ogos.

Kenyataan presiden Bersatu itu menyebabkan 29 laporan polis dibuat terhadapnya dan turut ditegur Istana Pahang.

Kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan diperincikan dalam lampiran kertas pertuduhan.

Menurut transkrip itu, Muhyiddin mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas PRU15, walaupun mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

Siapa Yang di-Pertuan Agong dulu? Faham dah la eh, tulis transkrip itu.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 4 Nov.

Pasukan pendakwaan terdiri enam anggota diketuai Timbalan Pendakwa Raya Umar Sarifuddin Jaafar manakala Muhyiddin diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Takiyuddin Hassan, Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin.

Tuesday, October 27, 2020

Ronnie Liu antara disiasat kes menghasut, hina Agong

MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
RONNIE Liu Tian Khiew. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Polis melakukan siasatan terhadap empat pemilik akaun Twitter dan Facebook (FB) kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, antara individu yang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman itu ialah pemilik akaun FB Ronnie Liu Tian Khiew.


Katanya, sehingga semalam, seorang lelaki berusia 52 tahun sudah ditahan di Cheras dan peralatan digunakan untuk memuat naik kenyataan jelek dirampas.

"Pada 21 Oktober lalu, satu siasatan sudah dimulakan ke atas kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun FB itu tertulis "Now in Bangkok, they are saying no to the king (Kini di Bangkok mereka katakan tidak kepada Raja)."

"Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan merakam keterangan saksi yang kompeten serta mendapatkan keterangan dokumen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

KENYATAAN dimuat naik empat akaun FB/ Twitter yang kini dalam siasatan polis. FOTO Ihsan Polis.
Huzir berkata, pihaknya juga menyiasat pemilik akuan Twitter Uncle Ireeve kerana memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA, selain Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

"Siasatan juga dibuat ke atas pemilik akaun FB Ho Ruey Terng yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA.

"Kita minta pemilik akaun-akaun ini tampil menyerah diri dan jika ingkar, tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya yang memberitahu semua kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada raja dan negara' bagi mengelak perlakuan yang mempunyai kecenderungan menghasut sekali gus merosakkan keharmonian negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 9:43 AM

Friday, July 12, 2019

Mahkamah izin hukuman penjara Wan Ji ditangguh

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan Hari ini 10:10 pagi


Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin, berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan penangguhan hukuman penjara atas kesalahan menghasut.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas menerima permohonan dikemukakan peguam Radzlan Jalaluddin.

Pihak pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Terdahulu pada 9 Julai lalu Abdul Halim mendapati Wan Ji bersalah menghasut dan menanam kebencian rakyat terhadap institusi raja-raja.

Abdul Halim kemudian meminda hukuman penjara ke atas anggota PKR itu dengan menjadikannya setahun - berbanding sembilan bulan sebelum ini - selepas memberi pertimbangan kepada rayuan silang pihak pendakwaan.

Selepas membacakan keputusan mahkamah, Abdul Halim mengarahkan Wan Ji, 37, menjalani hukuman penjara bermula pada hari itu juga.

Permohonan lisan Radzlan untuk menangguhkan hukuman ditolak Abdul Halim dan beliau mengarahkan ia dibuat secara rasmi.

Wan Ji dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, iaitu kesalahan mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula sesuatu penerbitan menghasut.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda maksimum RM5,000.

[Berita lanjut menyusul]

Monday, October 5, 2015

Rahim mengaku tak salah hasut Raja Muda Selangor murtad

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang mendakwa Raja Muda Selangor telah murtad.

Abdul Rahim dituduh bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan alternatif bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Abdul Rahim sebelum ini dilapor memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.

Pada 30 September lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menukar agama.

Friday, October 2, 2009

BN akan terus kekal memerintah~~~walaupun dengan majoriti kelebihan SATU kerusi~~~~~



Kerajaan BN akan tetap terus memerintah negara. Majoriti rakyat yang sedar dan faham dengan perkembangan politik dirantau Asia ini akan terus menyokong kerajaan yang di perintah oleh BN.

Selama lebih kurang 60 tahun BN memerintah negara, segala pembangunan infra-strucktur negara dalam semua bidang terlaksana dengan baik. Rakyat kini sedang menikmati segala kemudahan dan kesenangan yang disediakan oleh kerajaan BN.

Jika dibandingkan kemajuan dengan negara2 jiran seperti Indonesia, Thailand, Myanmar dan lain, kita lebih maju dan hidup selesa tanpa sebarang ganguan dan kesusahan.

Sikap kotor Pakatan Rakyat untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini akan gagal. Rakyat sedar bahawa segala kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari ini adalah semuanya dari pemerintahan kerajaan BN.

Pakatan Rakyat belum pernah berjasa walau sebesar kuman pun terhadap pembangunan negara. Negara yang aman damai dan makmur ini akan musnah jika diserahkan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana semua pemimpin2 nya DAP, PKR dan PAS tidak ada kesefahaman dalam idealogi pemerintahan nya.

DAP lebih bersifat komunis yang anti Islam, PKR tidak pernah melaungkan untuk menyokong penubuhan negara Islam, sedangkan PAS akan melaksana kan pemerintahan cara Islam jika berkuasa kelak.

Perkara ini akan menyebabkan negara menjadi huru-hara. Malapetaka akan menimpa rakyat yang tidak berdosa.

Semua rakyat mesti bersatu padu mengukuhkan pemerintahan kerajaan BN yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Tolak Pakatan Rakyat yang jahat dan bersifat dengki serta sentiasa menghasut rakyat membenci kerajaan. Pakatan Rakyat tidak pernah berjasa walau sebesar kuman kepada rakyat.

Semua kesenangan dan kemakmuran kita hari ini adalah hasil dari pemerintahan kerajaan BN.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-