Showing posts with label munafik. Show all posts
Showing posts with label munafik. Show all posts

Thursday, August 15, 2019

Hanya umat Islam munafik setuju halau Zakir Naik - Nik Abduh

News | Diterbitkan Hari ini 4:47 petang


Anggota Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan hanya umat Islam yang munafik sahaja yang bersetuju menghalau pendakwah Islam tersohor Dr Zakir Naik dari Malaysia

Manakala, kata anggota parlimen Bachok itu, mana-mana golongan bukan Islam yang mahu menghalau Zakir Naik adalah musuh agama itu.

“Tiada Muslim yang gembira dan menyetujui Dr Zakir Naik dihalau keluar dari negara ini kecuali dia adalah munafik dan berdosa besar.

“Tiada bukan Muslim yang berusaha menghalau Dr Zakir Naik keluar dari negara ini kecuali dia adalah musuh umat Islam.

“Siapa pun yang menyokong tindakan musuh Islam terhadap umatnya, dia adalah tali barut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Kenyataannya itu dipercayai dibuat sebagai respons kepada reaksi kurang senang pelbagai pihak terhadap kenyataan Zakir Naik pada syarahan di Kelantan, Khamis lalu.

Dalam program tersebut, Zakir Naik dilaporkan berkata, pihak yang mahu dia keluar dari Malaysia, haruslah meminta ‘tetamu lama’ pulang terlebih dahulu- yang dirujuknya kepada kaum Cina di negara ini.

Pada majlis sama, dia turut dilaporkan mengeluarkan kenyataaan yang menghina penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan perdana menteri India berbanding Malaysia.

Bagaimanapun, Zakir Naik berkata dia disalah petik, dan menjelaskan bahawa kenyatanannya itu merujuk beberapa kumpulan Hindu yang memilih untuk menyokong kerajaan Modi dalam permintaan ekstradisinya walaupun menurutnya tiada bukti terhadap dirinya.
Antara personaliti politik yang menyelar kenyataan Zakir Naik ialah Rafidah Aziz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Kit Siang, Dr Xavier Jayakumar, Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran.

Tambah Nik Abduh lagi, haram hukumnya jika seorang Muslim menzalimi saudara seagamanya dan haram juga jika membiarkan saudara seagamanya dizalimi.

“Setiap Muslim adalah bersaudara. Haram ke atasnya menzalimi saudaranya sendiri dan haram ke atasnya membiarkan saudaranya itu dizalimi oleh sesiapa pun.

“Tiada kejuaraan sebenar kecuali kejuaraan perjuangan menegakkan kalimah Allah di dalam diri dan tanah air,” katanya lagi.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan ke atas Zakir Naik.

Siasatan dilakukan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan yang dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Selepas siri jelajahnya di Kelantan minggu lepas, Zakir Naik akan terlibat dalam acara di Perlis pula selama tiga hari bermula esok 16 Ogos sehingga 18 Ogos ini.

Monday, November 19, 2018

“KENAPA ASYIK USIK ISLAM”

By watan 
on November 18, 2018


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.

Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.

“Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?

“Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?,” tanyanya.

Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.

Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.

Dr. Adam Izkandar menulis, “sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam sendiri punca segalanya.”

Zanjaf pula berkata, “umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana maruah bangsa dan agamaku?.”

Adi Arfandi berkata, “sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung.”

Wartawan Watan-Online

Tuesday, January 6, 2015

Musibah: Allah bezakan orang beriman dengan munafik

TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
DENGAN dugaan kegagalan, kita belajar erti kesabaran. Ada ulama mentakrifkan sabar ialah menjauhkan diri daripada mengingkari, tenang ketika menelan kepahitan bala serta menampakkan ketidakperluan kepada makhluk ketika ditimpa kefakiran di dalam menempuh ranjau kehidupan. Malah Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat mentakrifkan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain Allah Taala.

Kesabaran di atas musibah dan kegagalan yang menimpa ialah dengan meyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah medan ujian dan cubaan. Allah Taala akan menguji iman hamba-Nya dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Dia juga menduga hamba-hamba-Nya yang beriman dengan pelbagai cabaran agar Dia membezakan di antara orang yang jahat dengan yang baik dan yang beriman dengan yang munafiq.

Firman Allah Taala bermaksud: Alif Lam Mim. Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata: Kami telah beriman sedangkan mareka belum diuji. (Surah al-Ankabut: Ayat 1-2).

Musibah dan dugaan ini pasti akan datang sama ada terhadap harta benda ataupun diri sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu. (Surah ali-Imran: Ayat 186).

Firman Allah Taala lagi bermaksud: Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. (Surah al-Baqarah: Ayat 155-157)

Tidak syak lagi bahawa orang mukmin yang sejati akan menanggung musibah ini dengan sabar dan penuh pasrah, bahkan dengan redha dan gembira. Kerana dia pasti musibah ini tidak diturunkan oleh Allah Taala kecuali untuk menghapuskan dosa-dosa serta menghilangkan kejahatan di dalam dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, musibah dan dugaan itu juga adalah untuk mengangkat darjat orang-orang beriman kepada satu darjat dan kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah Taala. Jika mereka menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan maka Allah Taala akan mengangkat lagi darjat mereka itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila Allah telah mendahulukan kedudukan seseorang hamba kepada satu kedudukan yang tidak mampu dicapai dengan ilmunya maka Allah mengujinya pada tubuh badan, keluarga serta harta bendanya, kemudia Allah menjadikannya sabar terhadap ujian yang menimpa sehinggalah dia mencapai kedudukan yang telah disediakan oleh Allah Taala. (Riwayat Abu Daud). - HARAKAHDAILY

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-