Showing posts with label musuh Islam. Show all posts
Showing posts with label musuh Islam. Show all posts

Monday, November 19, 2018

“KENAPA ASYIK USIK ISLAM”

By watan 
on November 18, 2018


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.

Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.

“Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?

“Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?,” tanyanya.

Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.

Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.

Dr. Adam Izkandar menulis, “sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam sendiri punca segalanya.”

Zanjaf pula berkata, “umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana maruah bangsa dan agamaku?.”

Adi Arfandi berkata, “sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung.”

Wartawan Watan-Online

Saturday, December 26, 2015

Presiden PAS dapat layanan istimewa Utusan

Di tengah-tengah kehangatan isu kerjasama Umno-PAS, Utusan Malaysia tampil memberi layanan istimewa kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan penuh Hadi, yang antara lain mempertahankan peranan parti itu sebagai pembangkang yang menasihati kerajaan.

Malah, kenyataan anggota Parlimen Marang itu turut diketengah di muka depan akhbar itu.

Manakala kenyataan penuh Hadi dimuatkan di halaman ke-12 dengan tajuk "Fahami konsep Nasihat PAS"

Jarang Utusan memberi ruang sebegitu kepada pemimpin pembangkang selama ini.

Akhbar web PAS Haakahdaily turut memuatkan kenyataan penuh Hadi semalam.

Masih tidak jelas sama ada layanan istimewa Utusan itu akan menjadi isyarat bahawa Umno terus berusaha untuk 'melamar' PAS, yang kini bersendirian selepas perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Dalam artikel itu, Hadi antaranya berkata kesediaan PAS itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Malah, katanya, konsep nasihat sangat penting untuk umat Islam dan termaktub dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar tertinggi PAS.

Beliau pada masa yang sama menyelar pihak yang “lemah iman” dan tidak istiqamah dengan “mahu menjadi pembangkang semata-mata atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi”.

Isu kerjasama kedua-dua parti terbesar di Malaysia itu kembali disemarakkan selepas perkongsian pentas Hadi dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah acara alumni Universiti al-Azhar, Mesir baru-baru ini.

Kemesraan mereka, selain pakaian sedondon merah jambu, mereka juga menjadi perhatian lensa jurugambar, yang terus mencetuskan perbahasan awam.

Friday, December 25, 2015

Hadi: Yang lemah iman tak lagi istiqamah

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menegur pihak yang terpengaruh dengan provokasi ketika beliau menegaskan parti itu mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan.

"Apabila saya menegaskan bahawa PAS mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai kalangan yang terlalu bersemangat, sehingga mahu menjadi pembangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi.

“Maka, yang lemah imannya menjadi tidak istiqamah," katanya dalam tulisan berjudul "Fahami Konsep Nasihat" di akhbar web PAS Harakahdaily hari ni.

Thursday, January 7, 2010

Perjuangan PAS hari ini - menjaga hati dan perasaan kaum bukan melayu/islam sahaja ~~~~~~~


PAS sudah berubah haluan semenjak bersengkokol dengan DAP dan PKR. Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk meraih undi atau sokongan dari kaum bukan melayu/islam. PAS sanggup berbuat apa saja demi menjaga hati dan perasaan kaum kafir ini.

Kini perjuangan PAS untuk menegak kan negara Islam sudah dipinggirkan dan dilupakan sama sekali. PAS sanggup merelakan kalimah Allah diguna pakai dalam pendakwahan agama kristian. PAS tidak berani membuat sebarang aktiviti yang memperlihatkan penentangan terhadap pengunaan kalimah Allah dalam misi pendakwahan Kristian.

PAS cuma samggup mati digelek kereta ketika mempertahankan keruntuhan kerajaan boneka di negeri Perak. Siang malam PAS berdemo dan bersembahyang hajat minta dikembalikan kerajaan boneka DAP.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-