Showing posts with label Musa Hassan. Show all posts
Showing posts with label Musa Hassan. Show all posts

Friday, February 15, 2019

Polis tidak patut terima tajaan syarikat luar, kata bekas KPN

Khairil Ashraf
-February 15, 2019 7:06 AM

Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata, tajaan yang diterima adalah salah dari segi undang-undang kerana pihak yang menaja mempunyai kepentingan.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:  Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihak polis seharusnya tidak lagi menerima tajaan daripada syarikat luar pada masa-masa akan datang.

Bekas ketua polis negara itu berkata sebagai respons terhadap insiden sebuah syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki baru-baru ini.

Musa berkata, sekiranya polis menerima tawaran tajaan seperti itu pada masa-masa akan datang, ia mesti menolaknya.

“Kalau diikutkan, tajaan yang diterima itu salah dari segi undang-undang kerana pihak yang menaja ini mempunyai kepentingan. Ia syarikat judi.

“(Bagaimanapun) lawatan sambil belajar itu diluluskan oleh pihak kerajaan apabila menteri dalam negeri meluluskan pegawai berkenaan menjalani lawatan sambil belajar tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan lawatan kerja diketuai ketua polis negara ke Turki.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Delegasi itu dilaporkan ke Turki untuk mempelajari teknik membanteras perjudian dalam talian.

Selain itu, Musa menambah, wujud kepentingan dalam isu ini kerana syarikat yang menaja lawatan berkenaan mempunyai kaitan dengan perjudian yang lesennya diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Manakala kawalan aktiviti judi pula dikuatkuasakan oleh pihak polis. Oleh itu adalah tidak wajar pihak polis menerima tajaan ini,” katanya.

Musa, yang merupakan ketua polis negara dari 2006 ke 2010 itu berkata, sebelum ini pasukan polis tidak pernah ditaja oleh syarikat luar awam bagi mengikuti kursus lawatan belajar.

“Dulu tak pernah jadi macam itu…dulu kerajaan tak benarkan syarikat swasta menaja pegawai polis untuk lawatan (belajar),” katanya.

Musa yang bersara sebagai ketua polis negara pada September 2010 menambah, masyarakat akan menganggap tajaan terbabit sebagai perbuatan rasuah.

Bagi mengelakkan tanggapan negatif seperti ini ditimbulkan pada masa akan datang, Musa berkata, setiap tajaan pihak swasta seharusnya diteliti dan mendapat kelulusan daripada kerajaan terlebih dahulu.

“Ini supaya jabatan dan pegawai kerajaan bebas daripada salah laku atau anggapan buruk oleh masyarakat” katanya.

Thursday, December 20, 2018

Polis patut tahan perusuh lebih awal

MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my

TAN Sri Musa Hassan (gambar kecil). FOTO Arkib NSTP

TINDAKAN menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya sewajarnya dilakukan secara besar-besaran.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, kelewatan pegawai penyiasat polis dalam menahan perusuh terbabit secara tidak langsung ‘mengganggu’ dalam mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan itu.

Beliau berkata, pihak polis sepatutnya menangkap mereka yang terbabit sewaktu situasi masih baru kerana pada ketika itu segala maklumat masih baru.

“Kalau ambil contoh ketika saya memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa berlakunya perhimpunan Hindraf di Ampang Park, seramai 130 individu ditangkap pada hari kejadian.

“Kejadian itu adalah sama seperti rusuhan kuil berkenaan. Peserta perhimpunan mencederakan anggota polis dan bomba, merosakkan kenderaan awam termasuk kenderaan polis.

“Namun pada ketika itu, segala maklumat masih ‘panas’ (baru) kerana kita bertindak (menangkap) secara besar-besaran sebelum menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes pencerobohan di kuil, serangan ke atas penjawat awam dan rusuhan di hadapan kuil dilihat lewat ditangani.

“Justeru adalah paling tepat sekiranya tindakan dapat diambil lebih awal berdasarkan maklumat yang baru.

“Berbanding mengesan individu dengan lambat, maklumat yang diperolehi juga sudah beku,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan pihak polis dalam menangani insiden berkenaan dan percaya PDRM ketika ini mempunyai perancangan tertentu.

Katanya, pihak polis sewajarnya membuat satu tindakan lebih holistik dalam mengumpul maklumat yang ada membabitkan insiden rusuhan dan insiden yang menyebabkan kematian penjawat awam.

“Saya juga berharap polis menggerakkan segala maklumat yang ada khususnya dalam bentuk siasatan dan risikan untuk mengesan mereka yang terbabit.

“Pegawai penyiasat juga harus memastikan laporan dan bukti kukuh dalam elemen siasatan untuk memastikan individu yang membunuh Muhammad Adib (Mohd Kassim) dikenakan tindakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 10:47 AM

Monday, November 19, 2018

“KENAPA ASYIK USIK ISLAM”

By watan 
on November 18, 2018


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.

Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.

“Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?

“Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?,” tanyanya.

Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.

Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.

Dr. Adam Izkandar menulis, “sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam sendiri punca segalanya.”

Zanjaf pula berkata, “umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana maruah bangsa dan agamaku?.”

Adi Arfandi berkata, “sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung.”

Wartawan Watan-Online

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-