Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tuesday, March 19, 2019

PAS, UMNO tak akan 'berkahwin'

Haika Khazi dan Mohd Aizat Shamsuddin
bhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: PAS dan UMNO tidak akan ‘berkahwin’ kerana kerjasama kedua-dua parti itu umpama ikatan adik-beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah ‘haram’ umpama perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik yang bertentangan dengan hukum syarak mengikut ajaran Islam.

“Macam-macam khabar angin dan ungkapan dilabelkan kepada kerjasama PAS dan UMNO seperti ‘PAS nak kahwin dengan UMNO’.

“Sebenarnya kerjasama PAS dan UMNO umpama adik-beradik macam mana nak berkahwin? Kalau perkahwinan berlaku maka ia ibarat perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan orang ramai mengenai dakwaan kononnya PAS akan membentuk gabungan pakatan pembangkang baharu bersama UMNO dan parti komponen BN lain termasuk MIC dan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sempena program Wacana Islam dan Isu Semasa bertajuk Kesatuan Umat Islam di Malaysia: Prospek dan Cabaran anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Yang Dipertua (YDP) PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir dan timbalannya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Ditanya mengenai pendedahan dibuat PAS berhubung kemungkinan ada pihak tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, tidak lama lagi, Abdul Hadi menjelaskan ia bukan idea PAS sebaliknya oleh individu tertentu yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.

“Yang nak buat undi tidak percaya bukannya wakil rakyat PAS tetapi orang lain kerana berlaku pertembungan dalam PH yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.

“Kita tidak pernah sebut (bercita-cita) mahu menjadi Perdana Menteri, sebaliknya PAS akan menyokong mana-mana pemimpin dalam kalangan orang Islam yang memegang jawatan Perdana Menteri.

“Kita akan menyokong sesiapa saja mahu menjadi Perdana Menteri dengan syarat mereka mahu melaksanakan ajaran Islam sebaik mungkin tanpa mengira daripada parti mana.

“Kita juga mengambil kira perkembangan mutakhir dan siapa yang lebih aslaf (berpihak) kepada umat Islam dan membawa kemakmuran kepada negara. Soal siapa yang bakal kita pilih tunggu masa dan ketikanya akan tiba,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, biarpun kerajaan sekarang dikuasai PH, orang Melayu/Islam masih memegang kuasa politik jika mereka bersatu kerana secara keseluruhannya terdapat 130 kerusi Parlimen dimenangi mereka dalam PRU-14.

“Saya percaya orang Melayu Islam masih mempunyai kuasa penentu hala tuju politik jika mereka bersatu hati kerana kita masih dominan dan menjadi majoriti di ahli parlimen sekarang,” katanya.

Sunday, September 20, 2015

Siapa tanggung tetamu majlis sanding anak TPM? -Shahbudin

FMT Reporters | September 20, 2015

Shahbudin turut membangkitkan isu mengenai tetamu negara ini yang bertandang ke majlis majlis perkahwinan anak Zahid di Jakarta

Gambar perkahwinan anak Zahid yang berlangsung pada Sabtu malam, iaitu hari kedua lawatannya disebar sebaik ia diadakan tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengenai kunjungan empat harinya ke Indonesia yang dikatakan dibuat pada tarikh yang sama persandingan anak lelakinya.

Bekas Naib Ketua Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, ia menjadi tanda tanya kerana pada masa yang sama beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke republik itu.

Selain pertembungan tarikh, Shahbudin turut membangkitkan mengenai tetamu negara ini yang bertandang ke majlis itu.

“Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?

“Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya “ditanggung beres” oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing?,”tulisnya di shahbudindotcom.

Katanya, penjelasan daripada beliau akan dapat mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-