Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Tuesday, October 15, 2024

Adik Zahid serah borang sertai PAS kepada Hadi

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-15 Oct 2024, 08:35 PM

Tidak dapat dipastikan sama ada Abdul Hakim Hamidi pernah menganggotai mana-mana parti termasuk Umno sebelum memohon menyertai PAS.
Abdul Hakim Hamidi menyerahkan borang pendaftaran keahlian kepada Hadi Awang di Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA: Abdul Hakim Hamidi, adik kepada Presiden Umno Zahid Hamidi hari ini memohon menyertai PAS yang borang keahliannya diserahkan kepada Presiden Hadi Awang.

Perkembangan itu diumumkan Ahli Parlimen Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki yang juga Yang Dipertua PAS Bagan Datuk menerusi Facebook.

Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan Umno yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam, katanya.

Dalam video disertakan dalam hantaran itu menunjukkan borang keahlian PAS Hakim diterima oleh Hadi di Pejabat Agung PAS Pusat.

Tidak dapat dipastikan sama ada Hakim pernah menganggotai mana-mana parti termasuk Umno sebelum memohon menyertai PAS.

Saturday, October 21, 2023

PAS dengan pujuk rayu, pikat

freemalaysiatoday.com
Mohsin Abdullah 
21 Oct 2023
Hadi Awang sebenarnya menyedari mereka memerlukan sokongan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu untuk mentadbir Malaysia.

Dalam ucapan dasar pada perasmian Muktamar PAS ke-69, semalam, Hadi Awang mengarah anggota parti menarik undi bukan Islam. Ertinya beliau tahu perkara yang sudah lama diketahui orang lain bahawa tanpa sokongan masyarakat bukan Melayu (untuk dicampur dengan sokongan Melayu) tiada parti politik boleh memerintah negara tercinta ini yang rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Bagaimanapun saya yakin Hadi dan juga partinya sudah lama tahu akan realiti itu tetapi dengan mengeluarkan arahan yang disebut tadi di depan khalayak pada hemat saya ialah pengakuan terbuka PAS betapa pentingnya masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam dalam konteks Malaysia .

Hadi mengakui bedah siasat PAS mendapati partinya lemah dalam menarik sokongan bukan Melayu. Maaf cakap tetapi adakah ini bermaksud Hadi dan partinya memerlukan suatu bedah siasat untuk mengetahui itu? Pada hal umum tahu PAS sememangnya tidak disokong majoriti orang bukan Melayu. Tidak perlu siasatan forensik untuk tahu itu .

Namun saya imbau kembali PRU2008 apabila PAS menikmati undi bukan Melayu. Contoh satu kawasan ditandingi calon PAS menentang calon Barisan Nasional (BN) dari MCA. Kata kawan keturunan Cina ibunya ahli MCA ditugaskan sebagai wakil calon waktu pengiraan undi dijalankan.

Kata kawan saya ibunya hampir terjatuh daripada kerusi apabila melihat semua peti undi dari stesen undi kawasan majoriti Cina mengandungi kertas undi yang dipangkah untuk PAS bukan MCA.

Tetapi perlu dinyatakan ini semasa PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Meskipun gabungan itu tidak dapat menumbangkan BN di peringkat pusat ia berjaya menafikan majoriti dua pertiga yang dipegang BN merdeka.

Itu cerita lama tetapi perlu juga ditegaskan pembubaran Pakatan Rakyat pada 2015 rata-rata dianggap akibat tingkah laku PAS. Sejak itu masyarakat bukan Melayu yang menyokongnya pada 2008 menjauhkan diri.

Sekarang seperti disebut Hadi mahu PAS mendapatkan undi orang bukan Melayu-Islam kerana katanya PAS dan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat bilangan kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan. Ini juga is stating the obvious.

“Kita (PAS/PN) sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu dalam PRU15 maka usaha penting dan berat yang mesti dilakukan adalah menarik sokongan pengundi bukan islam dan bukan Melayu dalam PRU16” kata Hadi sambil meneruskan “perkara ini penting untuk dibincangkan dan dilaksanakan dengan bersungguh sungguh, tersusun dan bijaksana”.

Itu bagi saya suatu saranan yang dibuat secara am, samar dan tidak spesifik. Tetapi langkah pertama harus dibuat adalah PAS perlu merenung mengapa mereka ditolak masyarakat bukan Melayu. Umpama apabila seseorang tidak sihat mestilah tahu apa yang buat dia begitu. Jika menghidap penyakit diabetes maka kurangkan makan manisan dan jangan lupa makanlah ubat .

Jadi PAS mestilah renung kembali apa yang telah terjadi atau lebih tepat apa yang ia sebagai parti telah lakukan khususnya Hadi sendiri . Ini menurut saya perkara mudah. Baca sahaja ulasan dalam ruangan komen yang mengiringi berita arahan Hadi siaran portal berita atas talian.

“Kamu tuduh golongan bukan Islam kaki mabuk, kaki pemberi rasuah, anti Islam, nak kuasai Malaysia, kaum pendatang, berpakaian jolok mata, moral rendah, komunis, tak kenang budi dan macam macam lagi – maaf orang yang waras tak akan lupa bagaimana kamu layan mereka sebelum ini”. Ini rumusan komen pembaca orang bukan Melayu dan juga orang Melayu.

Hakikatnya Hadi sendiri kerap bercakap mengenai “golongan anti Islam” dan “haram menyokong mereke”. Beliau juga menuduh orang bukan Islam punca rasuah di negara ini dan mendakwa bukan islam serta bukan Bumiputera menjadi majoriti perosak politik dan ekonomi negara .

Panglima perangnya Sanusi Nor mengiyakan presidennya dengan berkata “memang fakta orang bukan Islam paling ramai beri rasuah.”

Pada Jun lalu sebuah portal berita menyiarkan hantaran media sosial Hadi ketika beliau mengulas kes seorang wanita bukan Islam didenda di Kelantan (perlukah saya kata negeri yang diperintah PAS?) kerana didakwa berpakaian tidak sopan.

Antara lain Hadi menegaskan “Kalangan bukan Islam mesti berpakaian sopan mengikut sifat kemanusiaan yang bermaruah dan dihormati oleh semua agama serta bangsa yang beradab”. Mungkin ada yang setuju .

Tetapi Hadi menyambung begini: “Tidak bersikap liberal sehingga tidak ada rasa malu seperti binatang yang tidak berakal dan tidak bermaruah yang sedang melanda negara Barat sekarang”.

Ramai percaya itu ditujukan kepada wanita bukan Islam yang didenda di Kelantan dan juga semua wanita bukan Islam berseluar pendek dituduh “binatang tidak berakal tidak bermaruah”.

Ada banyak lagi yang diperkatakan Hadi. Bukan beliau seorang. Selain Sanusi ada lagi pemimpin PAS yang celupar. Kesimpulannya mereka berjaya mengguris dan melukai perasaan orang bukan Melayu.

Tidak perlu post mortem untuk tahu itu. Dan tidak lupa pelbagai peraturan di negeri diperintah PAS yang tidak disenangi masyarakat bukan Islam.

Pada sidang media di tepian muktamar semalam Hadi berkata partinya masih gagal menarik sokongan bukan Islam kerana komuniti itu tidak “menerima maklumat tepat.”

Bertanya saya adakah apa yang disenarai di atas bukan maklumat tepat? Adakah semua itu tidak pernah dikata Hadi dan saf kepimpinan PAS? Buat carian di Google, semua maklumat akan terburai .

Apa pun berdasarkan arahan presiden, semua anggota PAS memikul tanggungjawab memujuk, merayu dan memikat orang bukan Melayu bukan Islam. Bagaimana? Hadi dan barisan pemimpinnya memohon maaf secara terbuka dan tidak lagi bercakap seperti apa mereka cakap selama ini?

Jika itu yang dilakukan bolehkah ia diterima baik penyokong yang untuk sekian lama diasuh untuk percaya apa pemimpin kata? Atau bolehkah PAS berubah menjadi seperti parti Melayu lain yang mereka pandang tidak cukup Islamik?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Sunday, October 16, 2022

Ismail: Apa maksud Hadi Umno parti keruh?

malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Oct 16, 2022 3:15 PM
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa Umno sebagai parti yang "keruh".

Ismail Sabri berkata dia tidak faham apa yang cuba disampaikan Abdul Hadi, ketika menjelaskan mengapa PAS memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan bukannya BN.

"Saya pun tak faham maksud parti 'keruh' tu, saya harap kita sesama kita ni terutamanya yang Umno, PAS selama ni telah cuba bekerjasama untuk Muafakat Nasional cuba elakkanlah daripada caci mencaci, tuduh menuduh.

"Jadi sebagai umat Islam tak sepatutnya kita menyerang sesama sendiri, sebab hubungan itu mungkin boleh elok semula (di masa) akan datang dan kita dalam politik ni kita tidak selamanya menjadi musuh, tidak selamanya menjadi kawan," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Jentera Barisan Nasional (BN) P080 Bera di Bera, hari ini.

Pada 14 Oktober lalu, Abdul Hadi ketika menyampaikan kuliah Dhuha di Marang, Terengganu berkata kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno-BN sebelum ini ibarat "durian mentah" yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan.

"...Keruhnya (Umno) masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH,” katanya ketika itu.

Ismail menjelaskan dia cuba mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata kesat kepada mana-mana pihak kerana ia bukanlah tindakan yang menguntungkan.

"Sepatutnya kita cuba elakkan menyakitkan hati sesiapa dalam politik, mana tahu satu hari nanti kita nak duduk bersama balik demi kepentingan umat Islam dan Melayu di negara kita.

"Jadi kalau kita terlepas cakap tuduh yg bukan-bukan akhirnya boleh menyebabkan menimbulkan rasa sakit hati antara satu sama lain," katanya lagi.

Saturday, April 2, 2022

Hadi bayangkan akan bertemu Dr Mahathir demi ummah

malaysiakini.com

Diterbitkan: Apr 2, 2022 10:27 AM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang membayangkan akan bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad demi agenda menyatukan ummah.

"Kita sedia jumpa dengan siapa sahaja. Insya-Allah, akan diatur. Kita hendak menyatukan ummah,” katanya, lapor Harakahdaily hari ini.

Abdul Hadi juga berkata dia telah dimaklumkan pertemuan antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dengan Dr Mahathir yang juga presiden Pejuang.

Semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga mengakui terdapat pertemuan antara dirinya dan Muhyiddin.

Bagaimanapun, presiden PKR itu berkata mereka tidak pernah membincangkan tentang sokongan terhadap Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS terbuka untuk sedia bersama siapa sahaja bagi menjayakan agenda Muafakat Nasional (MN).
Menjelaskan mengenai dakwaan 'PAS main dua kolam', Abdul Hadi berkata parti itu masih tetap berusaha untuk menyatukan MN yang tidak terbatas hubungan antara Umno dan PAS saja.

“Kita berhubung dengan semua orang, kita terbuka. Kita hendak menyatukan ummah, menyatukan orang Islam dan menyatukan masyarakat majmuk.

“Kita masih usaha nak menyatukan dan MN itu tidak terhadlah untuk dua parti (Umno-PAS) sahaja.

"Mana-mana parti yang boleh menerima konsep kita, dasar itu Perpaduan Ummah, kita terima,” katanya.

Menurut ahli parlimen Marang penyatuan ini selaras dengan dasar kepimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Abdul Hadi pada 27 Mac lalu menyalahkan pihak tertentu dalam Umno yang menyebabkan kerjasama melalui MN tergendala sehingga sekarang.

Katanya, ada pihak tertentu dalam Umno yang mahu mengubah "agenda perpaduan" yang dipersetujui kedua-dua parti demi kepentingan sendiri dengan maksud yang tersirat.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan siapa pihak yang didakwanya itu serta apakah agenda tersirat tersebut.

Kenyataan duta khas bertaraf menteri itu hadir ketika hubungan PAS-Umno terus tidak menentu dengan sesetengah pihak berpendapat mereka wajar mengutamakan MN berbanding Perikatan Nasional (PN) yang disertai Bersatu.

Selepas kekalahan pembangkang dalam siri pilihan raya negeri dengan terbaru PRN Johor, terdapat cakap-cakap untuk menyatukan lawan gabungan yang diterajui Umno itu di bawah khemah besar supaya tiada perpecahan undi, dengan mengelakkan pertembungan berbagai penjuru.

Saturday, January 1, 2022

Pemimpin PAS tidak perlu ajar UMNO, lebih baik jika ‘bersopan’

agendaily.com
1/1/2022
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu Muafakat Nasional.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengingatkan PAS supaya ‘bersopan’ (decorum) dalam menjaga hubungan kedua-dua parti selain mengelak membuat ulasan bagi pihak UMNO.

Beliau berkata, pandangan mana-mana pemimpin yang dibincang atau dibahas dalam mesyuarat, berkait soal dalaman organisasi tidak perlu dispekulasi oleh pihak lain.

“Apatah lagi semua ahli Majlis Tertinggi (MT) sudah bersumpah rahsia sejak awal penggal lagi. Seperti mana-mana organisasi yang punyai struktur, selepas dimurnikan semua suara dalam badan pembuat keputusan, sesuatu pendirian rasmi dikeluarkan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ‘menasihatkan’ ahli UMNO mengikut keputusan dibuat MT parti itu dan bukannya pandangan daripada pemimpin bahagian.

Abdul Hadi mendakwa majoriti ahli MT UMNO menyokong penuh kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara parti itu dengan PAS, sekali gus yakin usaha rundingan kerusi dengan UMNO mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Shahril menyifatkan kenyataan mengenai pendirian ahli MT sebagai kurang wajar dikeluarkan oleh pimpinan parti lain.

“Sepertimana tidak wajar saya mengajar PAS tentang hal dalaman PAS, saya berharap kepemimpinan PAS juga menghormati ‘decorum’ dalam hubungan antara parti dan mengelak membuat komen bagi pihak UMNO.

“Sama ada majoriti ahli MKT menyokong atau tidak menyokong sesuatu perkara, menjadi rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklankan atau disahkan di luar. Yang penting ialah pendirian dan keputusan parti kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini seperi dilapor BHOnline.

Shahril berkata berkata, selepas PAS bertegas mahu meneruskan jalinan kerjasama pilihan raya bersama Perikatan Nasional (PN), ia meletakkan UMNO dalam keadaan sukar untuk merancakkan MN seperti dahulu.

“Sehingga terpaksa ada pertembungan pelbagai penjuru apatah lagi jika PAS bertanding atas lambang PN seperti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Semua perkara ini sudah diulas berkali-kali dan umum mengetahui dilema yang wujud disebabkan pendirian PAS.

“Mungkin dengan penghormatan dua hala itu, barulah ada sinar untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerjasama yang pernah mewarnai pentas politik penggal ini,” katanya.

Thursday, August 29, 2019

Kerjasama UMNO-PAS memang ke arah persiapan PRU-15

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bh.com.my

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Hadi Awang. 
- Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA TERENGGANU:  Kerjasama UMNO-PAS yang diperkemaskan dengan pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) pada 14 September nanti diakui sebagai persediaan kerjasama dua parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata pertemuan parti itu dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediaman Presiden UMNO itu semalam, turut menyentuh mengenai kerjasama dua parti untuk PRU-15.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan satu jam sebelum agenda 14 September ini tidak membabitkan perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada PRU-15 yang disifatkan masih terlalu awal.

“Ya, ke arah PRU-15,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada pertemuan itu menjurus kepada kerjasama UMNO-PAS untuk PRU-15.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah Maahad Baitur Rahman di Kampung Banggol Donas, Manir, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hadi berkata, dalam pertemuan yang diatur Ahmad Zahid itu, mereka turut membincangkan mengenai kemas kini agenda piagam dan penyusunan wakil parti politik dan badan bukan kerajaan pada Himpunan Penyatuan Ummah, pada 14 September nanti.

“Ini pertemuan akhir sebelum 14 September dan selepas itu kita serah kepada Jawatankuasa Teknikal yang mewakili dua parti PAS dan UMNO,” katanya.

Kepemimpinan tertinggi UMNO dan PAS semalam dilaporkan bertemu bagi membincangkan agenda pengukuhan dan penyatuan ummah melalui piagam yang akan ditandatangani pada Himpunan Penyatuan Ummah 14 September ini.

Pertemuan di kediaman Ahmad Zahid itu dihadiri Hadi dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Melalui laman Facebook, Ahmad Zahid semalam berkata, pertemuan dan perbincangan ke arah penyatuan ummah itu berlangsung dalam suasana amat positif.

Tuesday, March 19, 2019

PAS, UMNO tak akan 'berkahwin'

Haika Khazi dan Mohd Aizat Shamsuddin
bhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: PAS dan UMNO tidak akan ‘berkahwin’ kerana kerjasama kedua-dua parti itu umpama ikatan adik-beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah ‘haram’ umpama perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik yang bertentangan dengan hukum syarak mengikut ajaran Islam.

“Macam-macam khabar angin dan ungkapan dilabelkan kepada kerjasama PAS dan UMNO seperti ‘PAS nak kahwin dengan UMNO’.

“Sebenarnya kerjasama PAS dan UMNO umpama adik-beradik macam mana nak berkahwin? Kalau perkahwinan berlaku maka ia ibarat perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan orang ramai mengenai dakwaan kononnya PAS akan membentuk gabungan pakatan pembangkang baharu bersama UMNO dan parti komponen BN lain termasuk MIC dan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sempena program Wacana Islam dan Isu Semasa bertajuk Kesatuan Umat Islam di Malaysia: Prospek dan Cabaran anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Yang Dipertua (YDP) PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir dan timbalannya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Ditanya mengenai pendedahan dibuat PAS berhubung kemungkinan ada pihak tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, tidak lama lagi, Abdul Hadi menjelaskan ia bukan idea PAS sebaliknya oleh individu tertentu yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.

“Yang nak buat undi tidak percaya bukannya wakil rakyat PAS tetapi orang lain kerana berlaku pertembungan dalam PH yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.

“Kita tidak pernah sebut (bercita-cita) mahu menjadi Perdana Menteri, sebaliknya PAS akan menyokong mana-mana pemimpin dalam kalangan orang Islam yang memegang jawatan Perdana Menteri.

“Kita akan menyokong sesiapa saja mahu menjadi Perdana Menteri dengan syarat mereka mahu melaksanakan ajaran Islam sebaik mungkin tanpa mengira daripada parti mana.

“Kita juga mengambil kira perkembangan mutakhir dan siapa yang lebih aslaf (berpihak) kepada umat Islam dan membawa kemakmuran kepada negara. Soal siapa yang bakal kita pilih tunggu masa dan ketikanya akan tiba,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, biarpun kerajaan sekarang dikuasai PH, orang Melayu/Islam masih memegang kuasa politik jika mereka bersatu kerana secara keseluruhannya terdapat 130 kerusi Parlimen dimenangi mereka dalam PRU-14.

“Saya percaya orang Melayu Islam masih mempunyai kuasa penentu hala tuju politik jika mereka bersatu hati kerana kita masih dominan dan menjadi majoriti di ahli parlimen sekarang,” katanya.

Friday, March 15, 2019

Belum tiba masa tubuh kerajaan campuran - Hadi Awang

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bh.com.my

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Hadi Awang. 
- Foto Asyraf Hamzah

KUALA TERENGGANU:   Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan, belum tiba masa untuk parti itu membincangkan cadangan menubuhkan kerajaan campuran bersama Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, cadangan UMNO supaya kerjasama parti itu dipererat dengan mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir BN dan PAS, perlu diteliti dengan lebih terperinci.

Katanya, ketika ini UMNO dan PAS hanya bertaawun dan bekerjasama, namun belum untuk sampai ke tahap menubuhkan kerajaan campuran.

“Kita baru peringkat bertaawun, bekerjasama. Belum lagi kerajaan campuran. Pilihan raya pun lambat lagi. Kena tunggu pilihan raya lah nak tubuhkan kerajaan campuran.

“Kita akan perincikan dan teliti dengan mendalam cadangan itu kerana kita (PAS) berpengalaman dalam kerajaan campuran pada 1973,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Ijtima’ Guru PAS Terengganu 2019 di Kuala Ibai di sini, petang tadi.

Hadi berkata, kerjasama parti itu dengan UMNO akan diteruskan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan, bulan depan.

“Sekarang ini perbincangan kita khusus untuk PRK DUN Rantau saja yang akan diadakan bulan depan. Tidak ada lagi perbincangan mengenai kerajaan campuran,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS juga bersedia menubuhkan kerajaan campuran dengan parti Melayu lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gagasan Sejahtera.

“Kerajaan campuran yang pernah saya katakan itu mesti membabitkan semua parti politik, bukan satu parti saja.

“Mana-mana parti yang bersikap positif, PAS akan ambil kira, bukan UMNO saja, tetapi juga BERSATU yang ada krisis dengan Pakatan Harapan (PH) hari ini,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini melontarkan cadangan supaya UMNO dan PAS mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir BN dan PAS ketika ini.

Beliau berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru-baru ini dan masih pada peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat.

Friday, February 22, 2019

Anwar tak sangka PAS guna taktik kotor

Omar Zin
-February 22, 2019 9:30 PM


KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyangka PAS menggunakan taktik kotor dengan menuduh ada komplot menggulingkan perdana menteri selepas parti Islam itu gagal memenangi hati rakyat.

Presiden PKR menganggap PAS cuba memecah-belahkan Pakatan Harapan dan menggunakan taktik kotor itu demi kepentingan peribadi.

“Tidak ada seorang pun yang membangkitkan isu ini tapi PAS tiba-tiba tuduh PH ada komplot. Ini satu perkara yang luar biasa dari PAS.

“Sekarang kita tak pasti sama ada mereka bercakap benar atau tidak tetapi nampaknya menipu sudah dihalalkan,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Thirukkural di Universiti Malaya hari ini.

Anwar berpandangan PAS tiada pilihan lain ketika ini selain daripada menyemai kebencian terhadap kerajaan.

“Mereka tahu mereka tidak boleh menang dengan sendiri, jadi mereka sokong pihak yang terlibat dengan korupsi.

“Kalau ini yang Hadi mahukan, silakan, kita tidak layan,” katanya, merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar bersama Hadi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah memimpin gabungan parti politik, Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa 2 parti komponen PH mungkin merancang menyingkir Tun Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa PAS berikrar menyokong Dr Mahathir dalam satu pertemuan dengan Hadi.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH dan PPBM berkata dia mengambil sikap tunggu dan lihat kalau ada undi tidak percaya itu.

“Saya akan tengok sama ada PAS akan sokong saya atau tidak,” katanya.

Pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan komplot itu bukan dibuat-buat kerana “kalau tiada angin, tidak bergoyang pokok”.

Thursday, April 5, 2018

Sidang Dewan Rakyat ditangguh, usul Hadi melepas lagi


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini membentangkan usul untuk menangguhkan sidang parlimen ke-13 sebelum usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempat dibahaskan.

Usul Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 hari ini berada di kedudukan kedua dalam aturan mesyuarat hari ini, selepas Akta Tatacara Kewangan 1957.

Selepas sesi soal jawab, Azalina bangun membentangkan usul meminta Dewan Rakyat tidak ditangguhkan sebelum pindaan Akta Tatacara Kewangan.

Katanya, selain pindaan itu, kesemua perkara lain akan ditangguhkan, begitu juga dengan sidang Dewan Rakyat.

Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) kemudian bertanya apa sudah jadi kepada usul Hadi.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan melipatgandakan hukuman bawah Akta 355 kepada 10 tahun penjara, denda RM100,00 dan sebatan syariah 100 kali.

Takiyuddin juga bertanya kepada speaker tidak menggunakan budi bicara untuk membenarkan perbahasan usul itu setelah urusan kerajaan selesai.

Pandikar berkata beliau terikat dengan Peraturan Tetap Order 15(1 yang membenarkan urusan kerajaan mengambil duluan dan Peraturan Tetap 12(1) yang membenarkan kerajaan menangguhkan perkara dalam aturan mesyuarat.

Katanya, usul Hadi dibenarkan dibentang tahun lalu kerana diminta dan dibenarkan kerajaan.

[Baca berita asal]

Wednesday, March 14, 2018

Pertandingan tiga penjuru beri kelebihan buat BN

Foto: BH Online

KUALA TERENGGANU:
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, dijangka mempertahankan kubu kuatnya di Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, PAS juga dilihat akan bekerja kuat untuk mempertahankan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam genggaman parti itu - Alur Limbat dan Bukit Payong.

DUN Pengkalan Berangan yang menjadi kerusi tunggal disandang wakil Barisan Nasional (BN), A Latiff Awang juga cuba diintai parti itu walaupun ia diramal sukar untuk ditumbangkan PAS.

PRU-14 juga akan menyaksikan PAS bukan saja bakal berdepan dengan BN, tetapi juga bekas ahlinya yang berpatah arang dengan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU-13, PAS 'mencipta onar' apabila menjadi satu-satunya kawasan Parlimen di Terengganu yang mencetuskan insiden rusuhan apabila penyokong parti itu bertindak menyekat jalan raya di hadapan rumah Hadi di Rusila, Marang.

Tahun ini, gelombangnya dijangka lebih kuat apabila BN diramalkan mampu memenangi pertandingan tiga kerusi di Bukit Payong dan Alur Limbat. PH dijangka memecahkan undi PAS, sekali gus menarik undi daripada ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan parti Islam itu.

Ahmad Razif diramal kekal

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan penyokong tegar PAS dan Hadi akan bekerja bermati-matian memastikan kemenangan di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

Ada juga pihak meramalkan PAS mengerah jentera partinya untuk bekerja kuat bagi merampas kerusi Parlimen Kuala Nerus dan menumbangkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif di Seberang Takir, selain mengekalkan penguasaan di DUN Tepoh, Teluk Pasu dan Bukit Tunggal.

Namun, berdasarkan usaha dan perkhidmatan cemerlang Ahmad Razif di Kuala Nerus, BN diramalkan merampas semula kerusi Tepoh dan Teluk Pasu.

Dengan kedudukan PAS yang dilihat 'longgar' di Teluk Pasu apabila hanya memenangi kerusi itu dengan majoriti 109 undi menewaskan calon BN pada PRU-13, kehadiran calon PH dilihat akan menjejaskan peluang PAS untuk terus memenangi kerusi itu.

Apatah lagi DUN Teluk Pasu diketahui umum sebagai antara kerusi panas dan kuat serta dikuasai BN selama beberapa penggal dalam PRU sebelum ini.

Begitu juga di Tepoh apabila PAS hanya memenangi kerusi itu dengan majoriti 229 undi menewaskan calon BN dan sekali lagi calon PH akan mencetuskan pecahan undi buat PAS, sekali gus menyaksikan undi pemilih bakal memihak kepada BN.

Kerusi Bukit Tunggal yang dimenangi PAS dengan majoriti 652 undi pada PRU-13 juga dijangka sengit dan tidak mustahil kembali kepada BN.

Beralih ke Parlimen Kuala Terengganu, ia dijangka menjadi medan pertempuran utama untuk BN merampas kembali kerusi, selepas hilang semua kerusi dalam Parlimen ini pada PRU lalu.

Kelebihan kepada BN

Pertandingan tiga penjuru mungkin sekali lagi memberi kelebihan buat BN untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan empat kerusi DUN di dalamnya, Ladang, Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Bandar.

PH diramal akan mencalonkan tidak lain dan tidak bukan pemimpinnya, Raja Kamarul Bahrin Shah untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya atas tiket PAS pada PRU-13.

Mungkinkah pengaruh dan sokongan terhadapnya semakin hilang selepas keluar daripada PAS. Namun, apa yang pasti ia diramal sebagai laluan mudah untuk BN merampas kembali kerusi.

Tentunya sentimen kepentingan dan kepercayaan pengundi, selain kriteria calon boleh menang untuk parti akan menjadi keutamaan BN di Kuala Terengganu, Ladang, Batu Buruk, Wakaf Mempelam dan Bandar.

Bagi PAS, hasrat PH mempertaruhkan pemimpin serpihan acuan PAS dan UMNO untuk bertanding, sekali gus menyebabkan pertandingan tiga penjuru tidak membimbangkan parti itu.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Satiful Bahri Mamat, berkata ramalan banyak pihak bahawa PAS berdepan laluan sukar kerana pecahan undi yang akan lebih memihak kepada BN juga sebagai satu andaian yang tidak menjejaskan keyakinan parti itu.

"Pihak yang buat analisis boleh kata apa saja. Bagi PAS, kita duduk pada peringkat akar umbi dan sentiasa mengkaji momentum peringkat akar umbi. Kita tahu bagaimana kuat sokongan pengundi kepada PAS.

"Daripada dapatan yang kita peroleh, walaupun kita bakal berdepan pertandingan tiga penjuru bertemu BN dan PH, PAS masih menjadi pilihan penyokong dan pengundi.

"PH yang merangkumi Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bukan parti dominan di Terengganu. Yang kita geruni hanya BN kerana merekalah lawan sebenar kita," katanya.

- BH Online

Sunday, February 18, 2018

'AMANAH pecah-belah umat Islam, undi Melayu'


Kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat hanya mahu memecahkan undi Melayu dan umat Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata hasrat AMANAH untuk bertanding di kerusi PAS dilihat hanya akan memberi kemenangan kepada Umno.

“AMANAH wujud untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang.

“Kalau benar AMANAH mahu lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi pertandingan Umno-PAS sejak puluhan tahun?

“AMANAH adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja,” kata Abdul Hadi dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian merujuk kepada rancangan AMANAH untuk bertanding di 27 kerusi Parlimen, sebahagian besarnya di kerusi milik PAS.

PAS pula merancang akan bertanding di 130 kerusi parlimen pada PRU nanti.

Abdul Hadi berkata keputusan tersebut realistik memandangkan pihaknya mempunyai 196 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen serta mempunyai 7,063 cawangan.

Abdul Hadi berkata PAS bertanding untuk membuat perubahan dasar dan sistem kepada penyelesaian Islam.

“Sama ada PAS menjadi kerajaan memerintah atau pembangkang yang menasihat. PAS berhasrat menjadikan Malaysia negara yang sejahtera dengan mengubah dasar negara, dan urus tadbir yang sesuai dengan penuh berhikmah dan matang.

“Selain itu PAS sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menang paling kurang 40 kerusi. Dengan kemenangan itu PAS ada pengaruh untuk menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam,” kata beliau sebagaimana dilaporkan.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412599#1q1BFz0u4xX8kVQ8.99

Friday, January 5, 2018

Nik Abduh: Nak selamatkan negara tapi pilih Dr M?

Di tengah-tengah hangat berita Tun Dr Mahathir Mohamad akan diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN), anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas tindakan HARAPAN memilih bekas perdana menteri itu.

Beliau mendakwa Mahathirlah punca segala masalah yang dihadapi negara sehingga ini.

"Mereka kata (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pencetus masalah negara. Katakanlah ia betul.

"Tetapi mereka memilih Mahathir, punca segala masalah negara dahulu, sebagai pengganti. Ini nak selesaikan masalah atau nak rayakan masalah?" soalnya di Facebook, hari ini.

HARAPAN sebelum ini dikatakan bakal mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 dalam konvensyen hujung minggu ini.
Namun pengumuman itu kini belum pasti, antaranya berikutan tiada kesepakatan antara parti komponen termasuk penggunaan istilah "perdana menteri sementara".

Namun menurut laporan Malaysiakini hari ini, sumber yang tahu tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat majlis presiden HARAPAN semalam - yang mana soal itu dibincangkan - berkata kemungkinan besar pengumuman tersebut akan diteruskan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya 22 Disember lalu antara lain berkata, tindakan mengutamakan soal calon perdana menteri dan kabinet bayangan bercanggahdengan adab Islam.

Nik Mohamad Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas menyalahkan "pemuja-pemuja" Mahathir sebagai punca tokoh itu kembali dalam politik, di saat usianya yang sudah lanjut.

"Tak rasa berdosakah menyusahkan orang tua itu? Tak bolehkah kita biarkan beliau berehat meniti hari tuanya berteleku di tikar sejadah memohon keampunan dan rahmat Allah yang luas di talian ajal yang pasti?

"Pemuja Mahathir terlalu naif kudrat sampai terus bertongkat dengan ilusi lampau, mereka membosankan," katanya lagi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407654#MlUlXM7xAWeUL2C2.99

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-