Showing posts with label politik Selangor. Show all posts
Showing posts with label politik Selangor. Show all posts

Sunday, April 21, 2024

Peluang PH padam kekecewaan gagal pertahan majoriti dua pertiga

bharian.com.my
Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub 
bhrencana@bh.com.my
- April 21, 2024 @ 9:01am
Foto hiasan. -Foto fail NSTP

Politik Selangor kembali menjadi tumpuan selepas kekosongan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong.

Susulan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan dengan penamaan calon pada 27 April, hari undi awal (7 Mei) dan pengundian pada 11 Mei ini.

Meskipun PRK ini tidak mengubah status kedudukan kerajaan negeri, kemenangan Pakatan Harapan (PH) amat penting bagi memastikan luka kegagalan mempertahankan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tidak kembali berdarah, sekali gus meremukkan semangat parti pemerintah.

Bagi Perikatan Nasional (PN), PRK ini menjadi medan pertempuran sengit untuk menebus semula kekecewaannya gagal merampas kerajaan negeri dalam PRN apabila hanya memenangi 22 daripada 56 kerusi keseluruhannya.

Dalam PRN itu juga, PN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, DUN Hulu Bernam dan Batang Kali tetapi tewas di Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi.

PRK ini juga penting kepada PN kerana bakal mencerminkan kekuatan kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerajui PN Selangor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Abdul Rashid Asari daripada BERSATU membuat kejutan dengan mengalih sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan PH negeri.

Sekiranya PN berjaya memenangi PRK Kuala Kubu Bharu, imej Mohamed Azmin dan PN di Selangor akan kembali pulih, sekali gus mampu membenam persepsi musuh politiknya untuk menyekat momentum gabungan parti berkenaan.

Namun, kedua-dua gabungan parti politik ini mempunyai kekuatan tersendiri dan peluang untuk menang masih terbuka berdasarkan suasana perkembangan politik nasional serta tempatan sekiranya memilih strategi politik tepat serta tercetusnya 'ledakan bom politik' pada saat-saat akhir menjelang hari pengundian.

Kepada PH, beberapa pemerhatian penting dapat disimpulkan. Pertama, gabungan ini tidak berhadapan kesukaran meraih sokongan pengundi Cina dan India berjumlah 48 peratus tetapi jenteranya perlu memastikan segmen pengundi berkenaan keluar mengundi dengan peratusan tinggi dan mencalonkan individu bukan Melayu mewakili PRK berkenaan.

Faktor calon amat penting kerana kerusi DUN Kuala Kubu Bharu tidak pernah disandang wakil rakyat Melayu seperti Hulu Bernam dan Batang Kali. Sekiranya PH menukar calon kepada Melayu, eksperimen ini bakal mengundang malapetaka politik kepada PH apabila tahap sokongan berkemungkinan merosot secara mendadak.

Kedua, PH tidak perlu berkerja keras mendapatkan sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu, sebaliknya hanya perlu menyalurkan tenaga gerak kerja dengan meyakinkan pengundi Melayu sedia ada.

Ini kerana PH masih memperoleh sokongan padu pengundi bukan Melayu, sekali gus menjadi kelebihan kepada mereka berbanding kawasan lain.

Ketiga, PH sebenarnya berupaya menang 'cepumas' dalam PRK ini kerana ia tuan rumah PRK dan kerajaan semasa mentadbir Selangor.

Justeru, PH perlu memaksimumkan penggunaan jentera, kekuatan kewangan dan ketersediaan maklumat untuk menjejaki kumpulan pengundi sasaran bagi mencapai kempen berkesan.

Kerajaan Selangor perlu mengambil kesempatan PRK kali ini untuk menghebahkan pelbagai manfaat dan inisiatif berjaya, sedang dilaksanakan serta bakal dirancang bagi meningkatkan keyakinan pengundi.

Sokongan pengundi Melayu meningkat

Bagi PN pula, pemerhati politik dan rakyat hari ini melihat sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu semakin meningkat berbanding sebelumnya.

Pada PRN lalu, PN mendapat peningkatan undi 30.85 peratus, sekali gus menunjukkan peralihan sokongan berlaku walaupun tewas kepada calon PH.

Peratusan undi ini dijangka bertambah dalam PRK apabila pelbagai isu nasional memanaskan suhu politik negara seperti cadangan mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), isu stoking, kos harga barang dan isu 3R (agama, kaum dan raja) lain yang berpotensi menguntungkan gabungan berkenaan.

Emosi orang Melayu mudah 'terjentik' sekiranya mana-mana ada isu berkaitan Islam, bahasa, hak orang Melayu dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Ini bukanlah baharu kerana ahli akademik Singapura, Lily Zubaidah Rahim pada 1999 dalam bukunya juga mengakui dan menulis panjang lebar perihal sama mengenai sensitiviti Melayu di Singapura.

Oleh itu, PN mempunyai peluang terbaik dalam PRK untuk berpaut atas emosi orang Melayu yang sedang 'dijentik' untuk meraih lebih tinggi sokongan daripada segmen pengundi berkenaan.

Di samping itu, PN perlu berani meletakkan calon Melayu meskipun secara tradisinya GERAKAN bertanding dalam PRN lalu wajar diberi keutamaan. Suhu politik Melayu antara faktor dimanfaat PN dengan meletakkan calon Melayu termasuk daripada PAS demi memastikan sokongan segmen pengundi berkenaan terus melonjak.

Berdasarkan sifir politik, PN hanya perlu menarik 10 peratus sokongan undi bukan Melayu jika mereka yakin 80 peratus undi Melayu sudah berada dalam genggaman.

Cuma, timbul persoalan mengapa calon PAS, bukan BERSATU? Ini kerana pengundi bukan Melayu pernah melihat dan menilai prestasi PAS sebagai antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Selangor pada 2008.

Malah, PAS pernah bekerjasama dan mempunyai hubungan baik dengan pimpinan DAP serta masyarakat bukan Melayu di Selangor. Pengalaman ini amat mahal sebagai modal menarik sokongan pengundi bukan Melayu yang memiliki kematangan politik dan masih sukar menerima kerjasama politik DAP dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun, peluang PH dan PN dalam PRK masih terbuka luas. Bagi PH, kemenangan ini penting untuk menoktahkan gelombang hijau di utara Selangor, manakala bagi PN inilah masanya 'memadamkan' lambang PH sepenuhnya dalam peta kawasan Parlimen Hulu Selangor, sekali gus menambah koleksi bilangan kerusi DUN sedia ada.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya (UM)

Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

Wednesday, August 27, 2014

Harapan PAS semakin bercahaya cerah di Selangor

Jawatan MB: Pas akan kemuka calon

FATHIN ATHIRAH HASLI
Mohd Khairuddin Othman

"......SHAH ALAM - Pas Selangor menyambut baik titah sultan yang meminta PR mencadangkan lebih dua calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, selaras dengan titah baginda, pihaknya akan mencadangkan nama yang dirasakan layak untuk menyandang jawatan itu.

"Pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat konsisten dengan titah tuanku dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Menurut Khairuddin lagi, pihaknya yakin bahawa cadangan nama calon yang akan dikemukakan kelak oleh ketiga-tiga parti akan mendapat perkenan pihak Istana.

Terdahulu, Pas menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar selain calon tunggal PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu beliau menegaskan, kesemua empat anggota Exco yang masih kekal akan terus berkhidmat demi memastikan pentadbiran bagi kerajaan dan rakyat negeri Selangor berjalan dengan lancar.

"Pihak kami akan terus mempertahankan PR dan kita serah sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk menentukan calon yang terbaik bagi jawatan menteri besar tersebut," katanya lagi....."

Jikasekiranya PAS akur dengan titah Baginda Sultan Selangor yang mahukan setiap parti mengemuka kan nama calun masing2 untuk mengantikan tempat Menteri Besar Datuk Khalid maka peluang PAS sudah menjadi semakin cerah untuk terpilih.

Berdasar kan kepada cara pemilihan yang lalu berkaitan Datuk Khalid, Baginda Sultan ada juga memerintahkan supaya mengemuk kan nama calun lebih dari seorang. Pada ketika itu Baginda Sultan telah bersetuju melantik Datuk Khalid walaupun hanya nama seorang calun sahaja di kemukakan.

Tetapi kali ini senario nya sudah berlainan, walaupun PKR dan DAP bersetuju dengan satu nama calun sahaja, tetapi PAS pasti akan mengmuka kan satu atau dua lagi nama calun seperti yang di kehendaki oleh Baginda Sultan. Maka Wak yakin bahawa harapan calun dari PAS lebih berpeluang untuk dipilih.

Tuesday, August 12, 2014

EXCO KEADILAN, DAP kekal jawatan, tapi hadkan kuasa Khalid


(Oleh Amirul Azhan)

KUALA LUMPUR 12 OGOS: Enam Exco daripada KEADILAN dan DAP menyokong penuh pelantikan Menteri Besar baharu daripada Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Semua mereka akan tetap menjalankan tugas mengikut mandat yang ditetapkan oleh parti sementara perkara ini diselesaikan secara baik.

“Kedudukan dan fungsi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya dalam kapasiti peralihan, sementara menunggu pelantikan MB baru.

“Sebarang keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) perlu diundi supaya fungsi Khalid dapat dihadkan kepada kapasiti peralihan,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Tiga daripada Exco terlibat adalah dari KEADILAN iaitu Rodziah Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Wong Keat Ping (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) dan Dr Daroyah Alwi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi).

Manakala tiga yang lain daripada DAP pula adalah Datuk Teng Chang Khim (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan), Ean Yong Hian Wah (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram) dan Ganabatirau Veraman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin).

Menurut mereka, untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing, sebarang perjumpaan dengan Khalid dielakkan kecuali di mesyuarat mingguan MMKN.

Mereka juga menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk Khalid meneruskan tugas sebagai MB dalam situasi sekarang.

Tambah kenyataan itu, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang sejajar dengan Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan bagi mengembalikan semula pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat sepertimana yang dipilih oleh rakyat.

“Kami akan tetap meneruskan tugas sehinggalah seorang MB baru daripada Pakatan dilantik bagi menggantikan Khalid,” ujar mereka lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-