Showing posts with label salah guna kuasa. Show all posts
Showing posts with label salah guna kuasa. Show all posts

Tuesday, August 15, 2023

Kes salah guna kuasa - Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Aug 15, 2023 9:39 AM
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232.5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Hakim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan ke atas bekas pedana menteri itu adalah cacat, tidak berasas dan kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai kesalahan yang didakwa mengikut Akta SPRM 2009. Justeru, tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.
"Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan pemohon (Muhyiddin) untuk membatalkan keempat-empat pertuduhan berkenaan.

“Dengan ini, pemohon dilepas dan dibebaskan," katanya.

Mahkamah berpendapat, jika perbicaraan diteruskan, ini akan menyebabkan Muhyiddin tidak dapat menyediakan pembelaan sewajarnya dan menjadikan pendakwaan ke atasnya sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan Muhyiddin dilepaskan dan dibebaskan daripada empat pertuduhan salah guna kuasa itu, yang masih belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Muhyiddin, 75, memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Dia memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas prosiding, Muhyiddin berkata keputusan hari ini membuktikan dakwaannya sejak awal lagi bahawa empat pertuduhan salah guna kuasa itu bermotifkan politik.

"Ia bertujuan untuk menekan saya, tuduhan palsu ini tidak membuktikan apa-apa kesalahan.

“Saya akan turun ke padang dan menjelaskan perkara ini kepada rakyat," kata ahli Parlimen Pagoh itu.

"Ini adalah penyalahgunaan proses mahkamah oleh pihak tertentu. Ini tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.

Ketika bercakap kepada media, penyokong yang berada di sekelilingnya mula mengangkat tangan dan melaungkan 'Referendum', 'Takbir' dan 'Allahuakbar' berulang kali, dan ini mendorongnya turut berbuat demikian.

Muhyiddin, antara lain diwakili oleh peguam, Hisyam Teh Poh Teik, K Kumaraendran dan Rosli Dahlan.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Hisyam Teh Poh Teik
Sementara itu, ditanya mengenai status dua pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Muhyiddin yang tidak berubah susulan keputusan hari ini, Hisyam berkata walaupun pertuduhan masih belum selesai di mahkamah jenayah, dia yakin pertuduhan berkenaan tidak akan kekal.

Peguam itu berkata ini kerana pertuduhan pengubahan wang haram tersebut adalah bergantung kepada tiga predikat iaitu pertuduhan salah guna kuasa. Menurutnya, memandangkan bahawa tiga pertuduhan utama telah terbatal, maka katanya, pertuduhan lain akan menyusul.

Friday, March 10, 2023

Muhyiddin didakwa enam pertuduhan babitkan RM232.5 juta

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Mar 10, 2023 9:40 AM
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu didakwa semasa prosiding di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi pagi ini.

Empat pertuduhan salah guna kuasa, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduh Muhyiddin menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20 2021.

Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd dimiliki oleh jutawan Syed Mokhtar Shah Syed Nor (99 peratus kepentingan) dan isterinya Sharifah Zarah Syed Kechik. Kedua-duanya disenaraikan sebagai pengarah syarikat.

Dua pertuduhan pengubahan wang haram, yang dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama, menuduh ahli politik berusia 76 tahun itu menerima RM120 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.

Pengubahan wang haram itu didakwa dilakukan dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.

Ahli parlimen Pagoh itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau RM10,000 yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa.

Manakala bagi kes pengubahan wang haram boleh dihukum penjara 15 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah terbabit atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Ikat jamin RM2 juta

Pada prosiding pagi tadi, Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memohon ikat jamin ditetapkan RM2 juta dengan dua penjamin tempatan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan.

Peguam Muhyiddin K Kumaraendran memaklumkan mahkamah pihak pembelaan bersetuju dengan cadangan jaminan dan syarat-syaratnya.

Azura kemudian membenarkan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin tempatan dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Pada akhir prosiding hari ini, Terrirudin memaklumkan Muhyiddin dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Bagaimanapun, tidak didedahkan jenis pertuduhan itu. Azura juga menetapkan 26 Mei untuk sebutan.

Lewat pagi tadi, Muhyiddin membayar wang jaminan RM2 juta.

Thursday, April 14, 2022

Saman 1MDB terhadap saya salah guna proses mahkamah - Najib

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Apr 14, 2022 11:21 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa pesalah sebenar di sebalik kerugian besar yang dialami 1MDB telah digugurkan daripada tindakan sivil.

Najib berkata dia masih dikekalkan sebagai salah seorang defendan dalam saman berjumlah AS$8 bilion berkenaan, justeru tindakan itu merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Bekas menteri kewangan itu membangkitkan perkara tersebut dalam pernyataan pembelaan empat muka surat terhadap saman sivil 1MDB terhadapnya dan tujuh yang lain berhubung kerugian kewangan akibat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran tugas fidusiari.

Tujuh defendan lain itu ialah bekas eksekutif 1MDB, Terence Geh, Casey Tang, Jasmine Loo, Vincent Beng, Kelvin Tan, Nik Faisal Ariff Kamil, dan Radhi Mohamad.

Ketika difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Mei tahun lalu, saman itu turut menyenarailan bekas pengarah 1MDB Che Lodin Wok Kamaruddin, Ismee Ismail, Ong Gim Huat dan Ashvin Jethanand Valiram; bekas CEO, Shahrol Azral Ibrahim Halmi and Mohd Hazem Abdul Rahman; dan bekas ketua pegawai kewangan, Azmi Tahir sebagai defendan.

Bagaimanapun, The Edge melaporkan pada 12 Julai tahun lalu, nama mereka telah dikeluarkan daripada saman itu.

Ismee, Shahrol, Hazem dan Azmi juga telah memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan jenayah berasingan terhadap Najib dalam kes rasuah 1MDB melibatkan dana RM2.28 bilion.

Menurut pernyataan pembelaan yang difailkan pada 28 Mac tahun ini dan dilihat Malaysiakini, Najib menafikan setiap dakwaan yang didakwa oleh 1MDB dalam saman sivil terhadapnya, "melainkan yang telah diakui secara nyata".

Bekas menteri kewangan itu berkata 1MDB diletakkan di atas beban bukti yang kukuh bagi setiap segala dakwaan.

“Adalah jelas daripada writ saman terpinda bahawa pesalah yang pada mulanya dinamakan telah dikeluarkan.

“Ini menimbulkan syak wasangka dan ketidakjujuran palintif- plaintif dalam memfailkan guaman ini, justeru merupakan suatu penyalahgunaan proses,” dakwa Najib, yang pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

[Baca berita penuh]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-