Thursday, July 9, 2015

SAMAN - Ini baru betul-betul berani

AirAsia saman pengerusi Tourism Malaysia baharu
AirAsia Berhad memfailkan saman terhadap Pengerusi Tourism Malaysia Wee Choo Keong, hari ini kerana menyiarkan kenyataan palsu di blog. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad hari ini memfailkan saman terhadap pengerusi Tourism Malaysia yang baharu dilantik, Wee Choo Keong kerana menyiarkan kenyataan "palsu dan berniat jahat" ke atas syarikat penerbangan itu di blognya pada April lalu.

AirAsia menyatakan, Wee yang juga bekas ahli Parlimen Wangsa Maju gagal menjawab semula surat tuntutan daripada syarikat penerbangan itu yang dihantar kepadanya bagi menarik balik kenyataan beliau.

"Wee kerap menyiarkan banyak kenyataan palsu, mengelirukan dan menghina di blognya, termasuk sebuah artikel yang bertajuk 'Mengapa Liow & MAHB membenarkan AirAsia berhutang sebanyak RM50 juta bagi pembayaran PSC/Cukai Lapangan Terbang pada 20 April, 2015 (kenyataan memfitnah)," kata AirAsia dalam satu kenyataan, hari ini.

Syarikat itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan Wee secara sengaja atau sedar adalah satu kenyataan memfitnah dan merosakkan reputasinya.

"AirAsia sentiasa mengendalikan perniagaan secara profesional termasuk dalam urusan dengan badan pengawal selia. Kebanyakan kenyataan mengelirukan dan fitnah yang diterbitkan Wee bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan merosakkan reputasi kami," kata Ketua Peguam Serantau AirAsia Amir Faezal Zakaria.

"AirAsia memfailkan saman kerana reputasi rosak susulan tindakan yang dibuat ini malah tujuan tuntutan saman adalah usaha memperbetulkan maklumat palsu yang disiarkan mengenai AirAsia,” katanya.
Wee (gambar bawah) dipilih sebagai ahli Parlimen Bandar Kuala Lumpur (sekarang Bukit Bintang) pada 1990 namun kemudiannya dilucutkan jawatan selepas berdepan dengan kes mahkamah. Beliau dipecat daripada DAP dan kemudian membentuk Parti Demokratik Malaysia.

Beliau tewas dalam pilihan raya umum pada 2004 tetapi selepas menyertai PKR pada 2008, beliau memenangi kerusi Wangsa Maju dalam pilihan raya tahun itu.

Wee yang juga seorang peguam meninggalkan PKR pada 2010 dan menjadi ahli Parlimen "mesra BN".

Beliau yang kini berusia 61 tahun dilantik sebagai ketua lembaga pengarah pelancongan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pada 17 Jun lalu, mengambil alih jawatan yang disandang Tan Sri Ng Yen Yen sebelum ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/airasia-saman-pengerusi-tourism-malaysia-baharu#sthash.DrFPKtMf.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-