Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, June 17, 2017

Anwar tarik diri sebagai calon perdana menteri PH

Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Harapan lebih fokus kepada pilihan raya umum akan datang dan mengenepikan semua isu sampingan.Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Jun, 2017.

ANWAR Ibrahim hari ini mengumumkan menarik diri sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) ketika pakatan pembangkang itu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang..

Pengumuman mengejut itu keluar di saat PH berdepan pertikaian barisan kepimpinan yang akan mengetuai gabungan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

"Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon perdana menterii," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata PH kini perlu memberi fokus kepada pilihan raya umum akan datang dan semua isu sampingan lain seperti muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang sopan perlu dihentikan. 

17 Jun, 2017.