Selamat Iduli Fitri

Selamat Iduli Fitri

Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, April 14, 2018

KU Nan dakwa petugas PAS ambil 'pil kuda'

ALYAA AZHAR

BERITA


PRU14 | Walaupun ada pengkriti mendakwa PAS semakin mesra dan lunak kepada Umno, hari ini pemimpin parti itu membuktikan mereka masih tetap berseteru.

Hadir untuk merasmikan majlis pecah tanah dua surau di Putrajaya hari ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menuduh petugas PAS mengambil pil kuda semasa menghadapi PRU ke-13 lima tahun lalu.

Katanya kejadian itu diketahuinya ketika dia berdepan cabaran Husam Musa - ketika itu naib presiden PAS - bagi merebut kerusi parlimen Putrajaya.

Menasihati orang ramai di Putrajaya supaya tidak terjerumus ke "kancah" yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab Tengku Adnan berkata dia hairan melihat petugas PAS mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari.

"Yang budak Pemuda Umno (petugas Umno) ni lembik, longlai.

"Akhirnya bila kita check (selidik) rupanya dia sumbat kawan ni dgn pil kuda. Ini parti Islam..." katanya.

Ketika detik PRU ke-14 semakin hampir PAS dilihat lebih banyak menyasarkan serangannya kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) terutama DAP berbanding BN.

Ia mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang menuduh mereka sebenarnya menyertai PRU untuk membantu BN mengatasi HARAPAN.

Elemen negatif akan datang

Untuk rekod pada 2013 Husam bertanding di Putrajaya ketika kawasan itu dianggap sebagai tempat selamat buat BN kerana menempatkan sejumlah besar kakitangan awam.

Bagaimanapun Tengku Adnan kekal di situ dengan mendapat majoriti 5,541 undi.

Isu pil kuda sebenarnya pernah muncul di ambang PRU.

Pada 2013 juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik perhatian rakan dan musuhnya apabila menuduh calon PKR untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Shamsul Mat Amin, seorang pengedar pil kuda.

Shamsul kemudian menyaman Abdul Hadi. Proses mahkamah bagaimanapun membebaskan pemimpin PAS berkenaan daripada tuduhan memfitnah.

Baca Jangan laga-lagakan Umno dan PAS, kata Ku Nan

Menjelaskan dakwaan itu Tengku Adnan juga kelihatan apologetik apabila terpaksa menceritakan hal berkenaan kerana menganggap ia tidak wajar dilakukan.

"Sorry-lah PAS, saya mintak maaf... ia (apa yang mereka buat) tak betul," katanya.

Sementara itu Tengku Adnan turut mengingatkan akan ada elemen negatif muncul di Putrajaya tidak lama lagi.

Diyakini merujuk kepada cabaran yang akan dihadapinya daripada PAS dan HARAPAN Tengku Adnan berkata BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab serta menepati janji.

"Apa yang kita janjikan dalam manifesto PRU lepas, 97.4 peratus sudah diselesaikan," katanya disambut tepukan orang ramai.

[Baca berita penuh]