Saturday, April 7, 2018

Peluang BN cerah pada PRU-14

Kosmo Online

NAJIB bersalam dengan jemaah ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA –  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih besar termasuklah kemungkinan memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, BN sedang berusaha untuk memenangi 148 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang bakal dipertan­dingkan.

“Insya-Allah kami mendapatnya (majoriti dua pertiga). Kami sudah bersedia serta menyusun semua jentera dan kini hanya menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pe­ngumuman (tarikh penamaan calon dan hari pengundian),” kata beliau di Masjid Putra di sini semalam.

Terdahulu di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan hari ini untuk memberi laluan kepada PRU-14.

Ahmad Zahid yang merupakan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berkata, BN bertindak serius dengan turun ke peringkat akar umbi dan memberi tumpuan di kawasan marginal iaitu kerusi yang mempu­nyai majoriti tipis pada pilihan raya umum lalu.

“Saya rasa ada peluang bagi kami, insya-Allah akan lebih baik kali ini,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Najib me­nunaikan solat Jumaat bersama 5,000 umat Islam di Masjid Putra.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-