Wednesday, April 4, 2018

Riwayat Pakatan Harapan tidak panjang jika ada DAP


Pakatan Harapan (PH) memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti itu akan menerajui negara 'lebih baik' berbanding parti pemerintah sekarang, namun penganalisis politik menjangkakan riwayat Pakatan tidak akan ‘panjang’ sekiranya pakatan politik itu terus disertai DAP berikutan parti tersebut dianggap sebagai punca kepada segala masalah dalam pakatan politik.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, selain terpaksa membuang masa untuk membetulkan antik-antik yang dibuat oleh pemimpin tua pelupa seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, cabaran terbesar Pakatan selepas ini ialah untuk melayani kerenah-kerenah yang ditimbulkan oleh parti berlagak ketua seperti DAP.

“Ada pihak tertentu yang meramalkan bahawa mana-mana pakatan politik yang disertai oleh DAP akan sentiasa dipenuhi masalah dan tidak akan dapat bertahan lama, melainkan jika semua ahlinya boleh akur kepada kehendak DAP.

“Perpecahan di dalam Barisan Alternatif adalah berpunca daripada tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menarik diri darinya pada 22 September 2001 setelah DAP gagal memaksa PAS menggugurkan penegakan negara Islam sebagai prinsip perjuangan PAS,” demikian menurut pensyarah itu dalam kenyataan, semalam.

Katanya, konsep sekular dan Malaysian Malaysia adalah yang paling utama bagi DAP, dan apa atau sesiapa sahaja yang boleh menggugat kedua-dua perkara ini sudah pasti akan ditentang habis-habisan hingga ke peringkat sanggup memecahkan pakatan politik yang disertainya.

“Terkuburnya Pakatan Rakyat juga adalah berpunca daripada ketegasan DAP menolak perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertera di dalam ucapan (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng di Singapura pada 10 Disember 2014 bahawa DAP sedia melihat Pakatan Rakyat berpecah jika PAS menyerahkan usul untuk melaksanakan hudud di Parlimen.

“Di dalam pengakuan Lim Guan Eng pada 26 Disember 2017 bahawa DAP membuat tindakan yang betul bila memutuskan hubungan dengan PAS demi menegakkan prinsip perjuangan DAP,” katanya.

Beliau menambah, kesemua pemutusan hubungan di dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat berlaku di dalam keadaan di mana kedua-dua pakatan politik ini membenarkan wujudnya prinsip setuju untuk tidak bersetuju.

“Sekarang ini, di dalam Pakatan Harapan, prinsip setuju untuk tidak bersetuju ini sudah tiada dan digantikan dengan persetujuan sebulat suara (konsensus) antara semua ahli.

“Di dalam keadaan begini pun ternyata DAP masih mahu menunjukkan belangnya di mana walaupun Pakatan Harapan telah mencapai konsensus pada 27 Februari 2018 supaya semua ahli menggunakan logo sama dalam PRU-14, DAP masih lagi mahu diberikan keistimewaan untuk menggunakan logo sendiri demi kepentingan DAP sendiri.

“Jelas kelihatan bahawa di dalam kepala pemimpin DAP kepentingan DAP sendirilah yang paling utama dan berbohonglah jika sesiapa mahu meyakinkan diri sendiri atau orang lain bahawa usaha pemartabatan Islam akan tetap boleh dilakukan walaupun sesuatu pakatan politik itu turut disertai oleh DAP,” katanya.

Sebelum ini Pakatan Rakyat secara sah berkubur selepas ahli paling kuat dalam pakatan pembangkang itu menarik diri, sekaligus mengakhiri perikatan selama tujuh tahun dengan dua parti pembangkang iaitu PAS dan PKR.

DAP dan PAS pernah bertegang leher berhubung isu hudud.

- mD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-