Friday, May 11, 2018

Apandi nafi agenda rahsia, sembunyi bukti 1MDB

FMT Reporters
May 11, 2018

Peguam negara yang menghadapi tuduhan daripada perdana menteri Mahathir Mohamad berkata semua keputusannya berdasarkan fakta.

PETALING JAYA:
Diserang perdana menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan dia menyembunyikan bukti mengenai siasatan ke atas 1MDB 2 tahun lalu.

“Tidak ada apa-apa yang disorokkan dan saya tidak bertindak mengikut sebarang arahan mahu pun agenda pihak tertentu,” katanya hari ini, lapor Berita Harian. Beliau berkata semua keputusan berkenaan siasatan 1MDB dibuat berdasarkan fakta, mematuhi prosedur dan peruntukan undang-undang.

Awal hari ini, Dr Mahathir menamakan Apandi sebagai salah seorang pegawai tinggi kerajaan yang akan disiasat untuk bukti salahlaku.

Pada sidang media di Putrajaya, beliau berkata Apandi mungkin melemahkan kredibiliti sendiri dengan menyembunyikan bukti dalam kes 1MDB, dan kerajaan akan merujuk peguam tentang perkara itu. (peguam negara adalah ketua penasihat undang-undang kerajaan mengikut Perlembagaan.)

Apandi berkata tindakannya jelas dan tanpa berselindung.

“Apa yang penting adalah peraturan dan peruntukan undang-undang perlu ditegakkan, sebarang tindakan yang akan atau sudah diambil oleh sesiapa pun hendaklah juga mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Tahun lepas, Apandi membersihkan nama perdana menteri ketika itu, Datuk Najib Razak, daripada sebarang kesalahan berkenaan transaksi kewangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dalam bank akaun peribadi yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-