Showing posts with label Mohamed Apandi Ali. Show all posts
Showing posts with label Mohamed Apandi Ali. Show all posts

Monday, July 15, 2019

Dikaitkan dengan skandal 1MDB, Apandi saman Lim RM10 juta

News | Diterbitkan Hari ini 12:03 tengahari 


Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali memfailkan saman terhadap Lim Kit Siang berhubung kenyataan penasihat DAP itu tentang peranannya dalam skandal 1MDB.

Apandi antara lain menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta daripada Lim.

Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan, beliau berkata kenyataan Lim menyifatkannya sebagai:
Terlibat di dalam kegiatan jenayah terutama di dalam skandal kewangan 1MDB.
Tidak mempunyai sebarang integriti dan tidak bermoral.
Tidak mempunyai sifat etika bertanggungjawab professional serta etika lain yang penting bagi menyandang posisi sebagai peguam negara.
Telah melakukan penyalahgunaan kuasa dan/atau peninggalan dan/atau pengabaian tugas serta tanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai peguam negara.
Mengamalkan dwistandard dalam menjalankan dan/atau melaksanakan tugas dan tanggungjawab terutama dalam kedudukkannya sebagai peguam negara dan secara amnya sebagai seorang individu.
Tidak kompeten, tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan bagi memegang posisi sebagai peguam negara.

Dalam merujuk kenyataan Lim, yang disiarkan dalam ruangan "MP Speaks" di Malaysiakini dengan tajuk Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity, Apandi juga menyifatkan laman portal itu sebagai berpengaruh dengan jumlah pembaca yang besar.

[Berita lanjut menyusul]

Tuesday, June 5, 2018

Alhamdulillah, kata Apandi selepas ditamatkan perkhidmatan

Bernama 
June 5, 2018

Apandi Ali berkata, beliau menerima keputusan istana dengan reda.
Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara.

“Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah. Alhamdulillah,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp apabila ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya pagi ini.

Dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun yang dikeluarkan Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penamatan perkhidmatan Apandi selaku peguam negara.

Dahlan berkata, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara mengikut Artikel 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mencadangkan peguam terkemuka itu sebagai calon peguam negara untuk menggantikan Apandi, 68, yang diberikan cuti tanpa rekod 30 hari sejak 15 Mei lalu.

Pada 14 Mei lalu, Dr Mahathir berkata, Apandi diarahkan bercuti dan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek mengambil alih tugasnya, berkuat kuasa serta merta.

Apandi, anak kelahiran Kelantan dilantik sebagai peguam negara pada 27 Julai 2015, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan.

Friday, May 11, 2018

Apandi nafi agenda rahsia, sembunyi bukti 1MDB

FMT Reporters
May 11, 2018

Peguam negara yang menghadapi tuduhan daripada perdana menteri Mahathir Mohamad berkata semua keputusannya berdasarkan fakta.

PETALING JAYA:
Diserang perdana menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan dia menyembunyikan bukti mengenai siasatan ke atas 1MDB 2 tahun lalu.

“Tidak ada apa-apa yang disorokkan dan saya tidak bertindak mengikut sebarang arahan mahu pun agenda pihak tertentu,” katanya hari ini, lapor Berita Harian. Beliau berkata semua keputusan berkenaan siasatan 1MDB dibuat berdasarkan fakta, mematuhi prosedur dan peruntukan undang-undang.

Awal hari ini, Dr Mahathir menamakan Apandi sebagai salah seorang pegawai tinggi kerajaan yang akan disiasat untuk bukti salahlaku.

Pada sidang media di Putrajaya, beliau berkata Apandi mungkin melemahkan kredibiliti sendiri dengan menyembunyikan bukti dalam kes 1MDB, dan kerajaan akan merujuk peguam tentang perkara itu. (peguam negara adalah ketua penasihat undang-undang kerajaan mengikut Perlembagaan.)

Apandi berkata tindakannya jelas dan tanpa berselindung.

“Apa yang penting adalah peraturan dan peruntukan undang-undang perlu ditegakkan, sebarang tindakan yang akan atau sudah diambil oleh sesiapa pun hendaklah juga mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Tahun lepas, Apandi membersihkan nama perdana menteri ketika itu, Datuk Najib Razak, daripada sebarang kesalahan berkenaan transaksi kewangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dalam bank akaun peribadi yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-