Saturday, November 28, 2020

Anwar nafi tawar letak jawatan jika gagal jatuhkan Muhyiddin

FMT Reporters
-November 28, 2020 8:14 PM
Anwar dikritik beberapa pihak kerana tidak mahu Dewan Rakyat memutuskan sokongan terhadap Belanjawan 2021 peringkat dasar menerusi pengundian belah bahagi

PETALING JAYA: Pejabat Presiden PKR Anwar Ibrahim dilapor menafikan laporan media bahawa beliau berjanji meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang jika gagal membuktikan mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Laporan (media) tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam kekeliruan di kalangan rakyat,” Astro Awani memetik sumber daripada pejabat presiden PKR itu sebagai berkata .

Pembangkang dalam kecelaruan Khamis lalu apabila hanya segelintir Ahli Parlimen daripada blok itu bangun menuntut undian terhadap Belanjawan 2021 peringkat dasar dijalankan secara belah bahagi.

Namun jumlah mereka tidak mencukupi syarat untuk membolehkan undian belah bahagi. Speaker Dewan Rakyat kemudian mengumumkan belanjawan itu diluluskan menerusi undi suara.

Anwar dikritik beberapa pihak kerana tidak menuntut undian dijalankan secara belah bahagi, malah dituduh sebagai mengiktiraf kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu kemudian mengesahkan mengeluarkan arahan supaya wakil rakyat Pakatah Harapan membenarkan belanjawan itu diluluskan peringkat dasar.

Namun, beliau menjanjikan keadaan sebaliknya apabila perbahasan belanjawan peringkat jawatankuasa bermula minggu depan.

Susulan kenyataan itu, pemimpin sayap pemuda Amanah Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer, mendakwa menerusi twitter bahawa Anwar berjanji meletak jawatan jika gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dalam 7 hari. Tweet itu kemudian dipadamkan.

2 comments:

  1. Pemimpin DAP Parasit diTUDUH memperkosa AMAH Indonesia dia - adakah diREMAN sampai mcm. ni?!

    Dahlah tu, REPOT POLIS pun dibuat hampir setahun kemudiannya, ke atas PENDAKWAH Islam kita ni!

    Lihat di - https://www.hmetro.com.my/utama/2020/11/646559/pendakwah-selebriti-direman-lima-hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOTA: Mmg. SISTEM KEHAKIMAN & PERUNDANGAN Negara Islam kita ni - telah diJAHANAMkan si rejim PENJAJAH PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-