Saturday, January 23, 2021

Covid-19 catat rekod baharu, 4,275 kes

FMT Reporters
-January 23, 2021 6:26 PM


PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,275 kes baharu Covid-19 dengan tujuh kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh tertinggi iaitu 4,313 turut dicatatkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 137,019.

Katanya, daripada jumlah kes baharu Covid-19, 4,264 adalah penularan tempatan manakala 11 jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, Selangor merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,421 diikuti Kuala Lumpur (548), dan Sabah (498).

“Bagi penularan dalam negara, 3,131 kes adalah warganegara dan 1,133 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan.
Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 180,455 kes.
Ketika ini, seramai 42,769 sedang dirawat dengan 260 di unit rawatan rapi (ICU) dan 103 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan tujuh kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 667.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-