Showing posts with label Datuk Ahmad Maslan. Show all posts
Showing posts with label Datuk Ahmad Maslan. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

Ahmad Maslan dakwa niatnya baik, media putar belit

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata beliau bermaksud rakyat Malaysia yang menyukai media sosial boleh menukarkannya sebagai aktiviti yang mendatangkan keuntungan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2015.

Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sebenarnya berniat baik apabila mencadangkan rakyat Malaysia melakukan 2 kerja untuk menampung kenaikan kos sara hidup, tetapi disalah ertikan.

Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, media memutar belitkan kenyataanya dan diikuti orang awam, selepas saranannya rakyat boleh melakukan 2 kerja untuk menangani kos sara hidup.

Menurut ketua penerangan Umno itu, beliau hanya berniat baik apabila mencadangkan selain daripada pekerjaan tetap yang sedia ada, rakyat Malaysia boleh membuat perniagaan atas talian.

Beliau mengemukakan cadangan itu memandangkan rakyat Malaysia sangat menyukai media sosial dan ia boleh ditukar kepada aktiviti yang mendatangkan keuntungan seperti e-trade dan e-commerce.

“Rakyat Malaysia sangat suka melayari media sosial (taksub) seperti WhatsApp, Facebook hingga ke lewat malam, saya tidak tahu bagaimana itu membantu mereka,” katanya.

“Jika mereka belajar tentang e-commerce, mereka akan akan mendapat hasil,” katanya kepada Malaysiakini hari ini selepas melawat Malaysia Export Centre.

Ahmad berkata septutnya saranannya itu dilihat dari sudut positif, bukan sebaliknya.

Selepas diserang hebat, Ahmad mempertahankan dirinya di Twitter, mengatakan beliau mempunyai 3 kerja iaitu timbalan menteri, ahli Parlimen Pontian dan ketua penerangan Umno, namun dibalas dengan orang ramai menggelarnya pelawak.

Posting Twitter Ahmad tertulis, "Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timb Menteri, Ketua Penerangan Umno. Ramai dah di Msia yang buat #2Kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal."

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut membidas saranan Ahmad itu dengan mengatakan, bagaimana hendak membuat 2 kerja sedangkan mencari 1 kerja pun susah di waktu ini.

Pelawak tempatan, Harith Iskander juga menyindir Ahmad melalui postingnya di Facebook dan Twitter, dengan mengatakan walaupun beliau dikenali sebagai seorang pelawak, beliau juga seorang pengacara, penulis,pelakon dan lain-lain tugas.

“Saya ialah pelawak, pengacara, penulis, pelakon, jurulatih, pengarah. Itu tidak bermakna saya mempunyai 6 jenis pekerjaan.

“Dalam konteks seorang penjawat awam, saya boleh kata saya memegang 6 jawatan.

“Kerja ialah sesuatu yang dilakukan sepanjang hari pada setiap hari. Jadi, untuk orang yang mempunyai 2 kerja bermakna dia bekerja minimum 2x8 jam sehari.

“Maknanya, 16 jam waktu bekerja, sehari,” katanya. – 30 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-maslan-dakwa-niatnya-baik-media-putar-belit#sthash.t7qneQCn.dpuf

Fenomena 'Ahmad Maslan' perlu pembetulan segera: Presiden Isma


Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin


BANGI, Rabu
– Para menteri kelihatan sering mengeluarkan kenyataan memalukan hanya kerana terpaksa mencipta jawapan tidak bijak bagi mempertahankan dasar-dasar dan tingkah laku kerajaan yang salah.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, mereka akan terus dilihat ‘bodoh’ dengan kenyataan ‘menghiburkan rakyat’ seakan-akan ia berterusan berlaku pada setiap hari.

“Fenomena ini akan berterusan jika kerajaan terus berdegil tidak mahu membetulkan dasar dan tingkah laku yang salah. Akibatnya menteri terpaksa mencipta jawapan-jawapan tak bijak,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengenai dua kerja yang disambut ‘meriah’ oleh rakyat khususnya pengguna laman sosial.

Ustaz Abdullah berkata, fenomena ‘Ahmad Maslan’ berlaku bukan kerana masalah kemampuan otak atau kelemahan daya intelektual di kalangan menteri.

“Saya percaya mereka semua bijak dan pintar tetapi kerana terpaksa melindungi dan memikirkan alasan yang tidak logik untuk merasionalkan satu-satu dasar dan tingkah laku kerajaan yang tidak betul.

“Fenomena ini memang memerlukan pembetulan segera kerana ia akan membentuk imej yang amat buruk dan memahat imej yang tidak selari dengan kemampuan dan kredibiliti menteri,” katanya.

Tuesday, December 29, 2015

Menteri UMNO jadi badut di tengah-tengah keperitan rakyat

 oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR 29 DIS:  Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan pelawak dan menteri bahkan timbalan menteri bakal bertukar pentas jika mereka terus-terusan membuat kenyataan seperti Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

“Pelawak seperti Harith tak dapat cari makan kerana Menteri dan Timbalan Menteri seperti Ahmad ingin ambil alih tugas jadi pelawak,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Menyifatkan kenyataan Ahmad itu tidak menghiraukan sensitiviti rakyat, beliau berkata pemimpin UMNO-BN tidak harus menjadi badut di tengah-tengah keperitan rakyat, sebaliknya mencari jalan penyelesaian.

“Kerajaan seharusnya merangka plan ekonomi bagi membantu meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat dan bukannya menjadi ‘pak lawak’,” katanya yang menyifatkan kenyataan jenaka pemimpin UMNO BN menunjukkan maruah kerajaan UMNO-BN semakin tercalar.

Semalam, Ahmad Maslan membuat kenyataan berkaitan ‘dua kerja’ yang mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk pelawak terkenal negara, Harith Iskandar yang menjadikan kenyataan itu sebagai bahan sindirannya.

Ironinya, kebanyakan pengguna laman sosial menyokong dan mengambil serius kenyataan Harith itu tetapi sebaliknya menganggap kenyataan Ahmad sebagai sebuah jenaka.

Kit Siang berkata, rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan keperluan asas berikutan kenaikan harga barangan akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Ibu bapa yang menyediakan anak-anak untuk ke sekolah mendapati harga peralatan persekolahan naik 30 peratus sedangkan mereka terhimpit dengan gaji rendah dan pelbagai krisis ekonomi,” katanya.

Justeru, beliau menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang dalam sidang Parlimen Khas Januari depan untuk meminda bajet bagi menyesuaikannya dengan realiti ekonomi semasa.

Harith dalam satu kemas kininya di laman Facebook yang dipercayai merujuk kenyataan Ahmad berkata beliau melakukan enam kerja dalam satu masa, jika mengambil konteks pekerja awam kerajaan di negara ini. -Roketkini.com

Guru buat #8kerja tapi satu gaji

FMT Reporters
 December 29, 2015

Guru telah lama memgeluh kerana dibebani tugas pentadbiran di samping kenaikan kos sara hidup


PETALING JAYA: Berbanding Datuk Ahmad Maslan yang melakukan tiga kerja, guru pula melakukan lapan kerja (#8kerja) tetapi hanya dibayar satu gaji.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, guru bekerja mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan peperiksaan, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.

Katanya, guru di negara ini sudah lama mengeluh kerana kerja banyak dan dihimpit kos sara hidup.

Namun, ada pula Timbalan Menteri yang menyarankan supaya melakukan #2kerja untuk menambah pendapatan.

“Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji. Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat #3gaji untuk #3kerja – Ahli Parliamen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO- pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah UMNO, gitulah gayanya,” sindirnya.

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Dalam penjelasannya, Ahmad Maslan berkata saranan itu lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri kerana pekerja tetap perlu mematuhi peraturan syarikat.

Katanya, pekerjaan yang dimaksudkan ialah perniagaan atas talian atau e-commerce yang boleh dilakukan pada waktu malam dan hujung minggu.

Monday, December 28, 2015

Asri: Jika akal tak bijak, apa perlu jadi pak menteri

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup terus dikritik pelbagai pihak.

Tidak terkeculi, kenyataan tersebut turut mendapat kritikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status di laman Facebooknya hari ini.

Meskipun tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Asri dipercayai merujuk kenyataan Ahmad semalam yang meminta supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.

Menurut Asri seseorang menteri seharusnya bijak dan waras bagi melayakkannya diberikan pelbagai kelebihan termasuk gaji dan keistimewaan lain.

Selain itu katanya, seseorang menteri juga sepatutnya mencari penyelesaian untuk meringankan beban rakyat dan bukan menambahkan lagi beban mereka.

“Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?," soal Asri dengan sinis di laman Facebook.

Sebuah portal semalam melaporkan saranan Ahmad supaya rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos hidup di negara lain.

Meskipun dikritik keras kerana cadangan tersebut, Ahmad Maslan sekali lagi tampil mempertahankan kenyataan itu dan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja," katanya.

“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata Ahmad Maslan.

Thursday, July 2, 2015

Ahmad Maslan Buat Bajet, Rakyat Guna Minyak RM132 Je Sebulan

Slider
Utama & Sensasi

DARI satu isu bersambung pula dengan isu yang lain, figura bernama Datuk Ahmad Maslan masih mengekalkan rekod sebagai menteri paling banyak diperkatakan. Setuju?

Mengimbas kembali isu semalam, beliau menjadi kritikan ramai setelah didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertikaikan rungutan masyarakat tentang kenaikan harga minyak sedangkan pada masa sama, masih beratur untuk membeli hidangan KFC.
“Minyak Naik Tapi KFC Ramai Orang”Status FB Ahmad Maslan?

Namun tak lama selepas status di laman sosial Facebook itu diviralkan, Ahmad tampil di medium Twitter menepis kenyataan tersebut ditulisnya. La, fitnah rupanya…
Baru nak reda isu tersebut, Ahli Parlimen Pontian itu sekali lagi menjadi buah mulut netizenapabila mengeluarkan kenyataan yang tidak dipersetujui ramai. Nak tahu apa yang Ahmad Maslan cakap?

Dalam satu laporan dari Astro Awani, Ahmad telah membuat anggaran penggunaan minyak oleh sesebuah kenderaan berdasarkan nilai pendapatan individu di Malaysia.

Berdasarkan satu gambar yang disebarkan di media sosial, Ahmad dikatakan membuat bajet penggunaan minyak sebanyak RM132 sebulan bagi pengguna yang bergaji RM3,000 ke bawah sebulan. Manakala bagi yang bergaji RM5,000 ke atas pula, mereka menggunakan RM375 sebulan bagi mengisi tangki minyak.

Rata-rata pengguna yang berkongsi ‘fakta’ tersebut meluahkan amarah dan kritikan terhadap Ahmad Maslan kerana anggaran penggunaan minyak yang dibuatnya dianggap pandangan cetek tanpa asas yang kukuh. Kalau ikut logik akal pun, bajet tersebut boleh disimpulkan sebagai lompong kerana ia hanya bajet untuk kelompok tertentu yang tidak menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.

Cuba fikir kalau seseorang hendak pulang ke kampung, melunaskan kerja di luar kawasan ataupun terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Adakah bajet tersebut tetap relevan untuk diaplikasikan kepada mereka?

Malah, ada segelintir yang menyifatkan retorik tersebut hanya untuk menutup keputusan kerajaan menaikkan harga minyak 1 Julai lalu. Betul ke?

Selain itu, menerusi akan Facebook Freddy Au, individu tersebut menulis, “Gila ka apa ni menteri? Sumber mana dia dapat ni, hasil kajian 3.85 dia ka? Makin lebar mulut dia tu nanti, asyik cakap dari fakta yang tidak betul. Saya outstations setiap bulan, penggunaan ron95 sy rm500 – rm700 oh sebulan. Belum lagi orang lain.

“Come on la, fakta mana rm132 ni?”

Tak pasti macam mana Ahmad Maslan membuat kira-kira atau di mana rujukan yang dibuat, namun pastinya, angka tersebut amat jauh dari harga sebenar yang perlu dibayar orang ramai.

Ramai faham niat dia hanya untuk membantu menjernihkan keadaan dan menenangkan keresahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak baru, tapi sayangnya, ia hanya seperti tikus membaiki labu… – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Thursday, April 30, 2015

Dongeng GST menurut sang penglipurlara; Ahmad Maslan


oleh Maclean Patrick

PANTAUAN GST: Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan buat hal lagi. Kali ini menuduh peniaga-peniaga yang menaikkan harga sebagai pro-pembangkang, dan mahu memburukkan Barisan Nasional.

"Peniaga yg sokong pembangkang tidak akan turunkan harga barang & tanpa etika mereka naikkan kemarahan rakyat sbb GST adalah dasar Kjaan BN." coretnya dalam Twitter.

Wujudkah mana-mana kajian empirikal untuk menyokong tanggapan bahawa peniaga-peniaga pro-pembangkang yang menyebabkan kenaikan harga? Atau adakah peniaga-peniaga ini hanya wujud dalam fantasi ‘mamai’ seorang pelawak istana yang cuba menyelamatkan sebuah kapal yang sedang karam.

Tanggapan mudah bahawa GST adalah lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), semuanya kerana kadar cukai yang lebih rendah adalah salah. Pada kadar 6%, GST mungkin kelihatan lebih rendah daripada SST 10%, tetapi GST adalah cukai pelbagai peringkat, yang mengenakan cukai terhadap keseluruhan rantaian bekalan sedangkan SST hanya mengenakan cukai kepada pengguna akhir.

Dengan GST, semua produk dikenakan cukai kecuali dinyatakan secara khusus, manakala SST hanya membenarkan barang-barang tertentu dicukai. Nampak perbezaannya?

GST mempunyai jangkauan yang lebih luas, yang membolehkan kerajaan untuk memperolehi lebih banyak pendapatan di semua peringkat masyarakat.

Tanggapan bahawa semua produk akan menjadi lebih murah sebanyak 4% adalah palsu, kerana ia tidak mengambil kira sifat pelbagai peringkat GST.

Import dari luar negara adalah bebas GST, tetapi apabila ianya dibawa masuk ke Malaysia dan diangkut menyeberangi sempadan kita, ia dikenakan GST. Dan apabila barang-barang ini bertukar tangan, GST dikenakan pada setiap pertukaran. Dan akhirnya pengguna perlu membayar 6% akhir yang dikira selepas mengambil kira semua kos overhed.

Bolehkah Ahmad Maslan meyakinkan kita bahawa ada pengurangan kos secara sengaja di seluruh rantaian bekalan, supaya harga akhir produk dikurangkan sebanyak 4% apabila ia tiba di tangan pengguna?

Adakah peniaga-peniaga, secara beretika, membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan dengan kerugian dengan cara tidak mengambil keuntungan, apabila produk bertukar tangan sepanjang rantaian bekalan?

Ahmad Maslan sedang cuba menjelaskan sistem cukai tanpa mengambil kira sebab mudah orang ramai berniaga – untuk membuat keuntungan. Di setiap peringkat rantaian bekalan, keuntungan perlu dibuat. Jika tidak, ramai orang akan bungkus.

Rantaian bekalan yang kompleks sememangnya akan mendorong harga yang lebih tinggi, contohnya industri pembinaan. Rantaian bekalan yang datang bersama-sama untuk membina sebuah rumah akan dikenakan cukai GST di setiap peringkat. Dan walaupun rumah itu sendiri mungkin tidak akan dikenakan cukai, kenaikan kos pembuatan akan menyebabkan harga jualan akhir rumah itu melambung tinggi.

Sifat berulang GST itu sendiri akan menidakkan ‘dongeng’ diskaun 4%, yang telah Ahmad Maslan isytiharkan dengan bangganya.

Jadi adakah betul bahawa peniaga-peniaga pro-pembangkang yang menyebabkan harga kekal tinggi?

Sifat sistem GST itu sendiri menaikkan harga. Dan peniaga-peniaga yang membekalkan pengguna akhir berada di penghujung sebuah rantaian bekalan yang terpaksa membayar cukai 6% dan masih harus membuat keuntungan. Akhirnya kos menjalankan perniagaan – overhed dan cukai – dialihkan kepada pengguna.

Di penghujungnya, bolehkah sesiapa yang waras menyatakan bahawa GST itu baik untuk negara? Sebuah negara yang mempunyai pelbagai masalah dengan ekonomi yang merudum, upah yang rendah dan menteri-menteri yang keliru terus menghina kepintaran rakyat yang menderita di bawah cukai itu.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Dongeng-GST-menurut-sang-penglipurlara-Ahmad-Maslan#sthash.YNFPc94D.dpuf

Wednesday, April 29, 2015

Dr MAZA, Dr Agus pun tak faham GST macam Dr Mahathir - Ahmad Maslan

Ahmad menyarankan penasihat Dr Mahathir memberi penerangan dan penjelasan GST yang sebenar kepada bekas Perdana Menteri itu, agar beliau memahami konsep sebenar cukai berkenaan. - Foto TRP/ Qurnisha Hamka

PERMATANG PAUH, 29 April:

Jika sebelum ini Datuk Ahmad Maslan menyifatkan negarawan yang digelar Bapa Pemodenan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), hari ini perkara sama turut beliau tujukan kepada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta ahli akademik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, semua tiga individu berkenaan gagal memahami konsep sebenar sistem percukaian baru itu, yang tetap beliau tegaskan sepatutnya menyebabkan harga barang dan perkhidmatan turun.

“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka (akan) setuju dengan GST.

“Oleh kerana itu, saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST, sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.

“Tak semestinya (belajar dengan saya). Tengok di laman web sudah cukup,” kata Ahmad kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, hari ini.

Oleh itu, beliau berharap, penasihat Dr Mahathir akan memberi penerangan dan penjelasan mengenai GST yang sebenar kepada bekas Perdana Menteri itu, agar beliau benar-benar faham konsep sebenar cukai berkenaan.

“Saya berharap penasihat Tun Mahathir dan juga pelapor kepada Tun Dr Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada beliau.

“Saya syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar, jangan tidak benar, kesian orang tua itu,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dalam satu sesi dialog dilaporkan sebagai berkata, pelaksanaan GST harus dibatalkan.

Ahmad dalam reaksi segera terhadap kenyataan Dr Mahathir itu berkata, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan itu tidak memahami GST.

Ia sekaligus menarik perhatian Dr MAZA dan Agus tampil membidas kenyataan Ahmad di akaun Facebook masing-masing.

“Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka. Saya ingin melihat siapa yang lebih faham.

“Yang pastinya, saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun, seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?” tulis Agus dalam status Facebook beliau.

Sementara Dr MAZA pula melalui laman Facebook miliknya menulis: “Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan dengan Tun M?” Dr Mohd Asri menyindir Ahmad.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/29/dr-maza-dr-agus-pun-tak-faham-gst-macam-dr-mahathir-ahmad-maslan/#ixzz3YhNZ72X2

Sunday, April 26, 2015

Semakin hari semakin terserlah ketidak cerdikkan timbalan menteri ini...........

Tun M tak faham GST? – soal Dr Asri kepada Ahmad Maslan
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata sekiranya Ahmad menyatakan Dr Mahathir tidak memahami GST, menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu dilihat lebih bijak jika dibandingkan bekas pemimpin yang pernah menjawat jawatan menteri kewangan sekitar 90an itu. - Foto Facebook DrMAZA.com

KUALA LUMPUR, 26 April:

Susulan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mengkritik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kegagalan bekas pemimpin itu memahami GST, disifatkan sebagai ‘kurang cerdik’.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata sekiranya Ahmad menyatakan Dr Mahathir tidak memahami GST, menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu dilihat lebih bijak jika dibandingkan bekas pemimpin yang pernah menjawat jawatan menteri kewangan sekitar 90an itu.

“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?” soal Dr Asri di laman Facebooknya.

Jelas Dr Asri, sewajarnya orang yang ‘kurang cerdik’ tidak sepatutnya diberikan tugas penting dalam mentadbir negara yang membabitkan rakyat yang ramai.

“Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?

“Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?” soalnya lagi yang merujuk kenyataan Ahmad mengulas pandangan Dr Mahathir yang mahu kerajaan membatalkan GST sejak ia diperkenalkan pada 1 April lalu.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Astro Awani melaporkan Ahmad berkata, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

“Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

“Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/26/tun-m-tak-faham-gst-soal-dr-asri-kepada-ahmad-maslan/#ixzz3YPpcA7cH

Friday, April 24, 2015

Berani ke Datuk Ahmad Maslan menyahut cabaran PAS.......?

GST: PAS cabar Ahmad Maslan berdebat di Rompin
Tuan Ibrahim menggesa BN menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa 532 barangan dan 345 jenis barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.

MUADZAM SHAH 24 April:

PAS mencabar pemimpin Barisan Nasional untuk berdebat di Parlimen Rompin berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam kempen untuk meraih undi Parlimen itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dari PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri mahu mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri mahu mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

“Saya ingin mencabar Ahmad Maslan untuk berdebat di Rompin bagi mempertahankan kata-katanya terhadap Pakatan Rakyat dan membuktikan bahawa GST telah menyebabkan harga barangan turun,” katanya ketika ditemui pada dalam sidang media, hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggesa BN menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa 532 barangan akan mengalami penurunan harga dan 345 jenis barang dan perkhidmatan yang hanya mengalami kenaikan kurang daripada 5.8 peratus sedangkan GST pada tahap 6 peratus.

“Beliau (Ahmad Maslan) berulang kali mengatakan harga barang akan turun apabila GST dilaksanakan di Parlimen dan Twitternya. Sedangkan sejak ada GST dari segi pengangkutan sahaja rakyat sudah boleh membuktikan bahawa BN menipu.

“Mereka terpaksa menerima caj GST yang dikenakan pada insuran kereta, cukai jalan dan kenaikan harga pada penyelenggaraan kereta dan tayar. Begitu juga kos perubatan mereka terpaksa bayar GST pada harga yang telah dinaikkan,” katanya.

Pada PRK Rompin ini, PAS membuka peluang kepada Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu untuk mempertahankan GST kepada 53,838 pengundi.

“Kerajaan terbukti gagal untuk menurunkan harga barangan ketika menurunkan harga minyak kepada RM1.70.

Adakah rakyat percaya pada kata-kata Ahmad Maslan bahawa penurunan harga barangan akan berlaku selepas GST dilaksanakan?

“Datanglah ke Rompin untuk membuktikan Pakatan Rakyat tersilap membantah GST. Marilah beri nasihat supaya pengundi di Rompin perlu kerap memasak di rumah untuk mengelak GST tatkala harga makanan asas seperti sayur, daging, dan ikan melambung walau tidak dikenakan GST,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/24/gst-pas-cabar-ahmad-maslan-berdebat-di-rompin/#ixzz3YCcwUxXR

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-