Thursday, June 25, 2015

PKR main selamat selepas penceraian DAP-PAS

oleh Alyaa Alhadjri
SEKILAS PANDANG: Mendengar kata-kata pemimpin de facto Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara supaya gabungan pembangkang bangkit seperti phoenix daripada abu, PKR kini sedang dalam usaha membuat pakatan baru dengan pihak yang berkongsi matlamat bersama menjatuhkan Barisan Nasional.
Naib presiden PKR Tian Chua  memberitahu Semut Harian yang parti itu mengekalkan pendirian “semua hubungan rapat”, sehingga keputusan akhir di capai di antara DAP dan PAS tentang kerjasama di masa hadapan.

“DAP telah menerima fakta yang ia telah mengeluarkan kenyataan terburu-buru,” kata MP Batu itu, merujuk kepada keputusan terbaru parti untuk memutuskan ikatan dengan PAS dan mengumumkan ‘kematian’ Pakatan Rakyat.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata yang parti itu hanya mengikut keputusan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini yang dilakukan semasa penggulungan muktamar, walaupun kepimpinan pusat PAS yang kini didominasi golongan ulama kemudiannya menekankan yang keputusan masih belum disahkan oleh Majlis Syura dan jawatankuasa kerja pusat.

MP Batu itu antara pemimpin PKR yang menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh MP Tumpat Kamaruddin Jaafar di rumahnya pada 23 Jun, bersama beberapa orang pemimpin DAP dan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang dikenali sebagai G18.

MP Seputeh Teresa Kok kemudiannya berkongsi gambar perjumpaan tersebut dan ia mencetuskan khabar angin bahawa perbincangan lanjut sedang berlaku untuk pembentukan pakatan Pembangkang baru untuk menggantikan Pakatan.

Dalam catatan Facebooknya, Kok berkata yang pertemuan itu “memberikan harapan” kepada pembentukan Pakatan 2.0.

“Inilah kali pertama saya menyaksikan PAS yang progresif bersatu padu,” katanya.

G18 ialah kelompok pemimpin PAS yang semuanya ditewaskan dalam penentangan berdepan dengan kelompok konservatif dalam pemilihan parti baru-baru ini dan sudah wujud cakap-cakap yang mereka sedang dalam proses menubuhkan parti baru, yang akan diumumkan tidak lama lagi selepas sambutan Aidilfitri.

Presiden NGO yang mempunyai kaitan dengan PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Phahrolrazi Zawawi juga baru-baru ini berkata yang ahli-ahlinya akan bergabung tenaga dengan pemimpin-pemimpin G18 untuk menubuhkan parti baru.

Apabila ditanya adakah PKR akan terpaksa memilih untuk bekerjasama dengan PAS atau mana-mana parti baru yang akan ditubuhkan, Tian Chua bagaimanapun berkata: “Jangan buat spekulasi. Tidak bagus buat begitu. Jangan masuk campur urusan orang lain.”

“Setakat yang kita (PKR) tahu, kita mahu bekerja dengan sesiapa sahaja yang menentang BN,” tekannya.

Antara pemimpin golongan progresif yang menghadiri majlis berbuka puasa itu ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, bekas ahli jawatankuasa kerja pusat Mujahid Yusof Rawa, bekas pengarah pemilihan parti Dr Hatta Ramli dan bekas ketua pemuda Suhaizan Kaiat.

Kepimpinan PAS kini yang didominasi golongan ulama di bawah teraju presiden Abdul Hadi Awang dikatakan lebih terbuka kepada cadangan pembentukan kerajaan bersatu Melayu-Islam dengan Umno, tindakan yang ditolak oleh pemimpin kelompok progresif yang juga merupakan pro-Pakatan Rakyat.

Dengan kehancuran Pakatan Rakyat dan tambahan pula kedua-dua DAP dan PAS kelihatan telah bersetuju untuk terus bekerjasama dengan PKR- nampaknya parti itu mempunyai kelebihan untuk menentukan masa depan pakatan Pembangkang Malaysia.

Ini meletakkan PKR dalam kedudukan penting untuk menentukan parti mana akan terus kekal dan parti mana akan disingkirkan, memandangkan PAS dan DAP nampaknya sudah tidak boleh berkerjasama lagi.

PAS juga nampaknya sukar untuk bekerjasama dengan PKR jika parti itu memilih untuk menerima serpihan PAS sebagai rakan pakatan.

Mungkin memikirkan perkara ini PKR dengan berhati-hati telah berkata yang ia terbuka untuk berkerjasama rapat dengan pihak lain selain parti politik sedia ada bagi membentuk masa depan baru.

Dalam kenyataannya yang menerima kehancuran Pakatan, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata yang parti itu akan mencari rakan strategik baru terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin yang berpengaruh.

Walaupun PKR masih menahan diri daripada melakukan keputusan sukar untuk memilih, semakin menarik untuk terus diberikan perhatian kepada tindakannya dalam masa terdekat , jika semua usaha untuk mengekalkan Pakatan gagal.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/PKR-main-selamat-selepas-penceraian-DAP-PAS#sthash.iolTAAvV.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-