Friday, May 5, 2017

Parti serpihan keldai DAP

By watan
Rakyat digesa menolak idelogi sosialis yang dibawa DAP kerana boleh memudaratkan perpaduan nasional serta keharmonian negara.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata parti serpihan PAP itu sememangnya ditubuhkan berteraskan kepada ideologi sempit perkauman untuk meraih undi daripada kaum bukan Melayu.

“Sehingga sekarang, DAP masih tebal dengan fahaman tersebut dan akan memainkan sentimen kaum dan agama apabila setiap kali berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya di laman blognya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan juga melihat bagaimana DAP hanya menumpukan di kawasan urban dan pinggir bandar yang majoritinya adalah pengundi Cina untuk terus berkuasa.

“Parlimen Cheras adalah contoh terbaik di mana wakil rakyat DAP tidak akan ditolak oleh majoriti pengundi Cina kerana sentimen politik walaupun ahli parlimen berkenaan tidak memberikan perkhidmatan kepada pengundi.

“Kita tidak tahu sampai bila sentimen ini akan berlarutan tetapi pada hemat saya ideologi politik tersebut tidak menjanjikan kedamaian kepada integrasi nasional,” tegas Syed Ali.

Justeru, Syed Ali mencabar pemimpin politik DAP supaya bertanding di kawasan ’50-50? pengundi Melayu dan Cina bagi membuktikan mereka tidak mengamalkan politik perkauman.

“Jika benar pemimpin DAP menolak amalan perkauman sepatutnya mereka sudah lama berpindah ke kawasan di mana pengundinya terdiri pelbagai kaum.

“Mengambil Cheras sebagai contoh, saya cabar Ahli Parlimennya, Tan Kok Wai bertanding di mana-mana kawasan di Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai majoriti pengundi Cina,” tegasnya.

Syed Ali juga mendakwa DAP tidak akan kekal berkuasa jika tidak mendapat bantuan politik daripada parti-parti serpihan Melayu.

“Oleh sebab itu DAP amat memerlukan sokongan daripada sekutu parti politik Melayu minoriti seperti PPBM, PKR , ,PAN dan PAS.

“Bagaimanapun, PAS sedar mengenai taktik kotor DAP dan mengambil tindakan memutuskan sebarang bentuk kerjasama dengan DAP,” kata Syed Ali.

Beliau bagimanapun turut hairan apabila parti serpihan Melayu yang tergamak menjadi keldai politik DAP termasuk berdiam diri apabila DAP menghina orang Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak beranggapan mereka berada dalam zon selesa untuk berdepan dengan pihak pembangkang.

“Ahli UMNO di semua peringkat perlu menyahut saranan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu UMNO diperkasakan setiap peringkat dan setiap masa.

“Tanpa UMNO, masa depan generasi muda Melayu akan kabur diwarnai oleh budaya politik perkauman seperti yang sedang dilakukan DAP sekarang,” kata beliau lagi.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-