Friday, June 1, 2018

SPRM panggil Rosmah Mansor

Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

ROSMAH Mansor. FOTO arkib NSTP

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi membantu siasatan berkaitan SRC International, hari ini.

Menurut sumber,Rosmah perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 11 pagi, Selasa minggu hadapan bagi memberi keterangan.

Katanya, surat berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, 4 petang , hari ini.

Beberapa pegawai SPRM kelihatan meninggalkan kediaman itu dengan membawa sebuah beg yang dipercayai mengandungi dokumen yang diambil dari kediaman itu.

Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada 5.30 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018 @ 7:18 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-