Thursday, October 18, 2018

Mana pejuang reformasi? Soal anak Zahid

Faisal Asyraf 
Diterbitkan 18 Okt 2018, 10:58 malam 


Anak perempuan kepada Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempersoalkan di mana pejuang-pejuang reformasi ketika bapanya ditangkap.

Bercakap di hadapan kira-kira 200 penyokong dan petugas media di depan bangunan SPRM petang ini, Nurulhidayah berkata beliau tidak sedih dengan penahanan bapanya tetapi ' terlalu geram dan benci'.

"Saya terlalu geram dan benci, perasaan ini saya simpan dari tahun 1998. Saya bercerita pasal orang malam ini dikurung oleh orang sama bernama Mahathir Mohamad.

"Di mana pelaung-pelaung reformasi seperti Hishamuddin Rais? Mana sahabat-sahabat universiti saya? Mana Anwar Ibrahim yang pertahankan reformasi?

"Tidakkah Anwar dan Nurul Izzah nampak apa yang berlaku?" soalnya.

Zahid pernah menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehari selepas bekas timbalan perdana menteri itu ditangkap di bawah akta yang sama.

Turut hadir dalam himpunan solidariti itu ialah isteri Zahid, Hamidah Khamis, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, bekas pengarah bahagian komunikasi strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz dan pelakon Ellie Suriati.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-