Friday, October 5, 2018

Polis akan rakam keterangan Anwar

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
5 OKTOBER 2018

Anwar Ibrahim

PORT DICKSON - Polis akan merakam keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status kontroversi dimuat naik Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Status itu mendakwa Anwar disiasat pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan empat individu termasuk Lokman.

“Keempat-empat individu terbabit termasuk Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan dua lagi daripada agensi media tempatan dan Singapura memberikan kerjasama penuh kepada polis.

“Dalam masa terdekat juga, kita akan merakam keterangan Anwar. Beliau sedia maklum perkara ini dan akan memberikan kerjasama kepada polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi beri amaran pada Lokman]
Dalam pada itu, menurutnya, dua lelaki berusia lingkungan 30-an sudah ditahan berhubung kes ugutan melalui panggilan telefon di bilik gerakan PKR, di Siliau, di sini, baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bilik gerakan PKR terima ugutan]
“Polis juga merampas telefon bimbit yang dipercayai diguna dalam kejadian itu,” katanya

Selain itu, dalam tempoh empat hari sejak Isnin lalu, Mohd Faisal mengesahkan terdapat 22 permohonan permit ceramah bagi PRK ini merangkumi 11 daripada PH, Pas (6) dan Bebas (5) serta 42 program kempen telah berlangsung.

“Jadi, sepanjang proses kempen berlangsung, polis menyarankan semua calon dan penyokong agar tidak mencetuskan provokasi dan mematuhi peraturan termasuk lalu lintas.

“Kita tidak mahu ada rungutan daripada penduduk dan pelancong kerana hal ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seramai 577 anggota polis dan 6,693 anggota tentera dijangka akan membuang undi awal Selasa ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-