Showing posts with label kes liwat. Show all posts
Showing posts with label kes liwat. Show all posts

Thursday, March 21, 2024

Pemuda UMNO tunggu hasil siasatan polis terhadap pemimpinnya yang terbabit liwat

bharian.com.my
Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my
 - Mac 21, 2024 @ 4:35pm

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor menunggu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan dan tindakan pendakwa raya, sebelum memutuskan sebarang langkah susulan terhadap seorang pemimpin sayap itu yang disiasat berkait kes liwat.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros, berkata ia penting sebelum apa-apa tindakan diambil terhadap mana-mana pemimpin sayap itu yang berdepan sebarang siasatan atau pertuduhan mahkamah.

Katanya, antara tindakan yang dipertimbangkan adalah berhubung status keahliannya bersama parti.

"Kita tidak boleh jatuh hukum terhadap individu terbabit, selagi dia tidak dituduh dan didapati bersalah oleh Mahkamah. Kita perlu menghormati haknya sebagai ahli.

"Jadi, buat masa ini kita biarkan dahulu proses undang-undang itu berjalan termasuk polis melengkapkan siasatan dan kes dibawa ke mahkamah.

"Selagi dia tidak didapati bersalah atau dia sendiri mengaku bersalah, status keahliannya masih kekal. Melainkan individu yang didakwa itu tidak mahu mengheret parti dan dengan sendirinya memilih untuk letak jawatan secara sukarela," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Polis Johor dilaporkan mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah di Mersing, dekat ini, setakat ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani dilaporkan berkata, susulan itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an kelmarin, bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Mengulas lanjut, Noor Azleen berkata, sayap parti itu tidak boleh mengambil tindakan semberono walaupun mempunyai beberapa pilihan terhadap mana-mana individu terpalit kes polis dan.mahkamah.

"Semua hal berkaitan keahlian akan mengikut lunas-lunas perlembagaan dalam parti" katanya.

Wednesday, February 23, 2022

Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat

freemalaysiatoday.com
Ho Kit Yen
-February 23, 2022 11:15 AM

Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais menegaskan saman itu adalah percubaan untuk mengetepikan sabitan kes liwat 2 terhadap Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk mengembalikan semula tuntutan samannya terhadap kerajaan berhubung kes liwat 2 pada 2015.

Hakim Abu Bakar Jais, ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah berkata, mahkamah rendah tidak tersilap dalam keputusannya untuk membatalkan saman itu.

“Perayu (Anwar) berkata, umum mengetahui Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri (Najib Razak) sebelum rayuannya dimulakan sekali gus menjadikan Shafee sebagai pendakwa raya (ad hoc) yang tidak bebas.

“Bagaimanapun, dakwaan itu adalah satu penegasan semata-mata dan tidak disokong oleh bukti.

“Dalam apa jua keadaan, walaupun terbukti wang tersebut telah dibayar kepada Shafee, kami tidak fikir ini menjejaskan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Panel hakim yang bersidang bersama Bakar ialah Lee Swee Seng dan Supang Lian.

Bakar menegaskan bahawa saman itu adalah percubaan untuk mengetepikan sabitan kes liwat 2 terhadap Anwar.

“Mahkamah Tinggi adalah betul dalam memutuskan bahawa kes ini adalah penyalahgunaan proses,” tambahnya.

Dalam tuntutan mahkamahnya, Anwar mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib untuk mengetuai pasukan pendakwaan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mulai 2013. Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan kemudiannya menerima Pengampunan Diraja.

Beliau memfailkan rayuan selepas tuntutan mahkamah itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan pada Sept 2018, bekas pegawai khas Peguam Negara Tommy Thomas, Siti Rahayu Mohd Mumazaini, memfailkan afidavit untuk menyokong permohonan Anwar bagi mengembalikan samannya.

Beliau menyatakan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta antara 2013 dan 2014 daripada Najib kerana mengendalikan rayuan kes liwat 2.

Shafee kini dibicarakan atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berhubung RM9.5 juta yang diterimanya daripada Najib.

Anwar diwakili J Leela dan How Li Nee, manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili kerajaan. Sarah Abishegam mewakili Shafee, yang menjadi pencelah.

Friday, October 16, 2020

Anwar dakwa turut disoal isu liwat

Ramieza Wahid
malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 5:39 pm

Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa dia turut disoal berkaitan “kes liwat” dalam siasatan polis hari ini.

“Ada tetapi ini biasa dan soalan pun longgar.

“Dan ini satu rencana politik untuk menekan saya saat saat seperti ini,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada terdapat laporan polis berkaitan kes liwat dibuat terhadapnya.

Ketua pembangkang tidak mengulas panjang siasatan berkaitan kes itu.

Anwar berkata demikian selepas memberi keterangan berkaitan siasatan berhubung dakwaan dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur Lumpur.

Anwar disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 atas dakwaan menimbulkan kegentaran awam.

Dia juga disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan dakwaan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Siasatan hari ini dibuat beberapa hari selepas dia mendakwa mengemukakan akuan berkanun (SD) dan surat kepada Agong berkaitan sokongan “lebih 120” anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Istana berkata Anwar tidak memberikan senarai itu.
Ogos lalu, tular SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan Anwar sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013.

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis mendakwa aktivis politik Ramesh Rao mempengaruhinya membuat tuduhan itu dengan memberikan habuan.

Ramesh bagaimanapun memberitahu Malaysiakini dia tidak pernah berjanji bahawa seorang menteri akan membiayai lelaki itu.

Media sebelum ini tidak menamakan Anwar kerana gagal mendapatkan penjelasan Anwar terhadap dakwaan itu.

Anwar sebelum ini dimasukkan ke penjara selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini Sultan Muhammad V bagaimanapun menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta pada 16 Mei.

Saturday, January 19, 2019

Anwar enggan layan 'provokasi media'

Koh Jun Lin
Diterbitkan Hari ini 3:18 petang


Presiden PKR, Anwar Ibrahim enggan mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai perbicaraan kes liwatnya.

Sebaliknya, Anwar berkata ada perkara yang lebih besar di negara ini harus diberi keutamaan.

"Saya tidak akan layan soalan (daripada media), termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insight, atau The Star atau sesiapa sahaja yang cuba membuat pertukaran dengan Mahathir.

"Kami telah pun membuat keputusan untuk bekerjasama dan saya akan mempertahankannya, malah tidak akan diprovokasi," katanya pada majlis pelancaran pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan pemasyhuran nama Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, hari ini.

Monday, November 26, 2018

Najib: Saya bernasib baik belum didakwa kes liwat

Diterbitkan 25 Nov 2018, 11:47 malam


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini secara sinis berkata, beliau "bernasib baik" kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dimansuhkan dan tidak berdepan dakwaan kes liwat.

Kenyataan melalui Facebook itu dibuat sebagai mengulas pendedahan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad yang mendakwa Najib mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda.

"Amat ketara bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama saya biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkamah.

"[...] Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat," katanya.

Dalam kenyataan itu, Najib menegaskan bahawa maklumat yang dikeluarkan dari laporan audit 1MDB yang didakwa atas arahan setiausaha sulitnya pada 2016, bukan perkara baru.

Beliau menafikan ia sebagai percubaan untuk menutup sesuatu berhubung skandal 1MDB.

Beliau mengulangi kenyataan peguamnya bahawa maklumat mengenai kehadiran ahli perniagaan Jho Low dalam lembaga mesyuarat 1MDB sudah dilaporkan sejak 2015.

Jho Low merupakan antara individu utama yang dikaitkan dalam skandal berbilion ringgit yang didakwa melibatkan penyelewengan dana 1MDB. Najib kini sedang menunggu perbicaraan berhubung dana kerajaan Malaysia berkenaan.

Awal hari ini, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan bekas perdana menteri Najib Razak pada 22 Nov 2016 mengarahkan Ambrin Buang, yang merupakan ketua audit negara ketika itu, meminda laporan audit 1MDB.

Madinah turut mendedahkan setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh turut mengarahkan bahagian yang menyebut ahli perniagaan Jho Low dalam laporan itu dikeluarkan.

Anwar Ibrahim dipenjarakan dan berdepan kes liwat pada tempoh Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri kali pertama.

Kedua seteru politik itu akhirnya berdamai semula dan Anwar kini dijangka menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Selepas pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan kemenangan PH, Mahathir mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar yang menjalani hukuman penjara kali kedua bagi kes liwat pada 2015, ketika Najib menjadi perdana menteri.

Anwar menafikan tuduhan liwat itu dan menyifatkannya bermotifkan politik.

Friday, October 5, 2018

Polis akan rakam keterangan Anwar

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
5 OKTOBER 2018

Anwar Ibrahim

PORT DICKSON - Polis akan merakam keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status kontroversi dimuat naik Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Status itu mendakwa Anwar disiasat pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan empat individu termasuk Lokman.

“Keempat-empat individu terbabit termasuk Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan dua lagi daripada agensi media tempatan dan Singapura memberikan kerjasama penuh kepada polis.

“Dalam masa terdekat juga, kita akan merakam keterangan Anwar. Beliau sedia maklum perkara ini dan akan memberikan kerjasama kepada polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi beri amaran pada Lokman]
Dalam pada itu, menurutnya, dua lelaki berusia lingkungan 30-an sudah ditahan berhubung kes ugutan melalui panggilan telefon di bilik gerakan PKR, di Siliau, di sini, baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bilik gerakan PKR terima ugutan]
“Polis juga merampas telefon bimbit yang dipercayai diguna dalam kejadian itu,” katanya

Selain itu, dalam tempoh empat hari sejak Isnin lalu, Mohd Faisal mengesahkan terdapat 22 permohonan permit ceramah bagi PRK ini merangkumi 11 daripada PH, Pas (6) dan Bebas (5) serta 42 program kempen telah berlangsung.

“Jadi, sepanjang proses kempen berlangsung, polis menyarankan semua calon dan penyokong agar tidak mencetuskan provokasi dan mematuhi peraturan termasuk lalu lintas.

“Kita tidak mahu ada rungutan daripada penduduk dan pelancong kerana hal ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seramai 577 anggota polis dan 6,693 anggota tentera dijangka akan membuang undi awal Selasa ini.

Saturday, September 8, 2018

Tun Mahathir desak Najib lantik saya: Shafee

RAZIATUL HANUM A RAJAK
8 SEPTEMBER 2018

Shafee - Foto mStar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu.

“Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan.

“Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat Peguam Negara boleh menang.

“Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir.

“Tun Mahathir beritahu saya sendiri Najib baru meninggalkan Yayasan Perdana selepas beliau berjaya memujuk Najib agar meyakinkan Peguam Negara melantik saya. Bagi kes itu.

“Matthias Chang (bekas setiausaha politik Tun Mahathir) kata pada saya, pelantikan saya ini salah satu daripada enam permintaan Tun Mahathir kepada Najib, kalau tak beliau akan menentang Najib,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hakim terlibat jatuh hukum dakwaan liwat boleh tidur lena]

Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menerima afidavit mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara.

Katanya, pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib.

Kata Anwar lagi, apabila Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes, ia menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.

Friday, June 9, 2017

Isu RM9.5 juta: Anwar fail saman batal hukuman penjara

Adam Abu Bakar
June 9, 2017

Peguam, N Surendran berkata, saman pemula itu bertujuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman pemula terhadap kerajaan dengan alasan beliau tidak mendapat perbicaraan adil susulan dakwaan sebuah portal baru-baru ini yang ketua pendakwa raya dalam kes liwatnya 2 tahun lalu menerima bayaran RM9.5 juta daripada perdana menteri.

Anwar yang diwakili peguam, N Surendran berkata, saman pemula itu bertujuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang memutuskan ketua umum PKR itu bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Dalam saman pemula ini, kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan dan susulan itu mereka yang dipanggil sewaktu perbicaraan harus datang mewakili kerajaan,” katanya di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini dengan ditemani anak Anwar, Nurul Nuha Anwar dan peguam, Latheefa Koya, Sivarasa Rasiah serta Eric Paulsen.

Surendran juga berharap kes itu dapat didengar secepat mungkin kerana Anwar tidak berhak meringkuk dalam penjara walaupun sehari.

Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwa raya dalam kes liwat Anwar, menerima RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi perdana menteri.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi dan menyabitkan Anwar selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Anwar melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Cubaan FMT menghubungi peguam itu tidak berjaya walaupun beberapa pesanan WhatsApp sudah dihantar kepadanya.

Thursday, December 15, 2016

Anwar masih ada dua pilihan

WARTAWAN SINAR HARIAN
15 DISEMBER 2016
Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dua pilihan lain berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Satu, mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V atau kedua, permohonan untuk membatalkan kehilangan kelayakan berdasarkan Perkara 48 (3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya permohonan pengampunan itu ditolak.

Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata, walaupun sebelum ini keluarga Anwar memfailkan permohonan itu dan ia ditolak oleh Lembaga Pengampunan Diraja, tiada mana-mana peruntukan undang-undang mengatakan permohonan itu tidak boleh dibuat berulang kali.

“Anwar boleh mencubanya di hadapan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dengan memfailkan permohonan itu sendiri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, apabila permohonan itu dikemukakan, ia tidak bermaksud keputusan dan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sebelum ini diketepikan.

“Dengan permohonan ini, sabitan terhadapnya masih ada cuma tidak perlu menjalani hukuman penjara lima tahun sebagaimana diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Syahredzan berkata, opsyen kedua juga boleh digunakan bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding pada PRU14.

“Apa yang boleh dilakukan, selesai menjalani hukuman penjara, beliau boleh mengemukakan permohonan membatalkan kelayakan kerana individu yang disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan bertanding selama tempoh lima tahun.

“Sekiranya gagal, beliau perlu menunggu PRU 15 untuk bertanding,” katanya.

Pada 16 Mac tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen pengampunan diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar.

Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Saturday, January 3, 2015

Keputusan kes liwat II Anwar dijangka umum bulan ini

Shafee percaya panel hakim akan umum tarikh untuk keputusan rayuan akhir kes liwat II, Anwar, dalam bulan ini. - Foto: TRP/SM Amin

KUALA LUMPUR, 3 Januari:

Keputusan rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu, dijangka diketahui bulan Januari ini.

Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihaknya sepatutnya sudah mendapat petunjuk tarikh keputusan akan dikeluarkan, tetapi mungkin disebabkan banyak perkara terjadi mutakhir ini, berlaku penangguhan.

“Mereka (panel hakim) patut bagi kami petunjuk. Ada kemungkinan lima hakim hendak tulis dia punya keputusan dan alasan keputusan ataupun oleh sebab kita ada banyak isu mutakhir ini, ada banyak kes, cuti, banjir.

“Ini mungkin menyebabkan ia tertangguh, sebab kelima-lima (hakim) patut ada mesyuarat dan (setelah selesai) mereka bincangkan, baru boleh buat keputusan.

“Saya tidak tahu bila keputusan, tetapi saya rasa bulan ini tidak terlampau lambat sangat. Saya tidak rasa mereka (hakim) akan tangguhkan keputusan lambat sangat,” katanya kepada The Rakyat Post di pejabatnya pada Sabtu.

Pada 7 November lalu, Mahkamah Persekutuan memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti penghujahan kedua-dua pihak berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut.

“Memandangkan fakta yang dikemukakan, kami memerlukan sedikit waktu. Kami akan tangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria Arifin yang mengetuai panel lima hakim.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas memohon hukuman penjara Anwar ditingkatkan sekiranya mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Saturday, March 8, 2014

Gambar Eksklusif Dari Mahkamah : Anwar Ibrahim Didapati Bersalah : Di Penjara 5 Tahun

GAMBAR DATIN SERI WAN AZIZAH, NURUL IZZAH DAN ADEK BERADEK YANG LAIN MENANGIS KETIKA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MENDAPATI DSAI BERSALAH LIWAT SAIFUL BUKHARI.
...................................
.....sabar Kak Wan .................
anak permatang tidak akan patah semangat juang.......walau di ulang 16 kali ...perlawanan tetap kami ke depan....7 Mac 2004 - 1998 ****

DSAI kena ikat jamin 10k untuk proses rayuan...yang membolehkan Anwar ibrahim terlepas bertanding PRK Kajang..

DSAI menghubungi seseorang untuk menceritakan apa yang berlaku

Kak WAn Azizah Mengesat Air Mata..


Apabila sebaik saja Hakim Dato' Balia Wahi Yusof yang mengetuai 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusan bahawa DSAI bersalah dalam kes Liwat II, kelihatan DSWA, YB Nurul Izzah dan adek beradeknya yang berada di galeri awam Mahkamah Rayuan mengalirkan air mati menangis kesedihan atas nasib dan keputusan yang menimpa keatas DSAI.

Friday, March 8, 2013

Ada sebab kenape Wak kasi upload ini Vdo klip ke laman blog Wak Labu..........

Sebenarnye Wak ade terjumpe satu laman blog pencacai UMNO yang jadi kan bukti dari photo VDO untuk membuat fitnah menyatakan bapa Saiful terime RM 1 Jute dari Anwar Ibrahim. Sekarang bloger ni dah kantoiiiii........
photo tahun 2008

Untuk bukti kan photo itu tiade kaitan dengan ape sogokkan 1 jute tu, Wak jelaskan dengan klip VDO ni.



ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-