Monday, October 8, 2018

Zahid minta agar tiada perhimpunan di SPRM

Diterbitkan 8 Okt 2018, 4:14 petang

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati penyokongnya supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di luar ibu pejabat SPRM pada Rabu ini.

“Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibupejabat SPRM.

“Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” ciapnya di Twitter. Ini adalah kali ketiga Zahid, dipanggil untuk memberi keterangan.

Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibupejabat SPRM. Saya hanya akan nemberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kpd pihak SPRM.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam meminta orang ramai untuk berkumpul di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 9.30 pagi sebagai tanda kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

“Jangan biarkan presiden kita keseorangan. Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan maruah Umno yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa.

“Hadir untuk menyatakan sokongan secara aman bukan merupakan satu kesalahan, usah gentar untuk turun,” kata Lokman menerusi akaun Instagram miliknya,

Pada Julai lalu, SPRM menyoal Zahid sebanyak dua kali iaitu mengenai penggunaan dana Yayasan Akal Budi bagi melunaskan bayaran kad kreditnya dan dakwaan berhubung pertemuannya dengan anggota keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak.

Penyiasat, termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, mendakwa bahawa RM2.6 bilion itu berasal dari 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-