Showing posts with label Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat. Show all posts

Monday, October 8, 2018

Zahid minta agar tiada perhimpunan di SPRM

Diterbitkan 8 Okt 2018, 4:14 petang

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati penyokongnya supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di luar ibu pejabat SPRM pada Rabu ini.

“Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibupejabat SPRM.

“Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” ciapnya di Twitter. Ini adalah kali ketiga Zahid, dipanggil untuk memberi keterangan.

Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibupejabat SPRM. Saya hanya akan nemberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kpd pihak SPRM.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam meminta orang ramai untuk berkumpul di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 9.30 pagi sebagai tanda kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

“Jangan biarkan presiden kita keseorangan. Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan maruah Umno yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa.

“Hadir untuk menyatakan sokongan secara aman bukan merupakan satu kesalahan, usah gentar untuk turun,” kata Lokman menerusi akaun Instagram miliknya,

Pada Julai lalu, SPRM menyoal Zahid sebanyak dua kali iaitu mengenai penggunaan dana Yayasan Akal Budi bagi melunaskan bayaran kad kreditnya dan dakwaan berhubung pertemuannya dengan anggota keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak.

Penyiasat, termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, mendakwa bahawa RM2.6 bilion itu berasal dari 1MDB.

Wednesday, July 18, 2018

Akaun Najib - pendedahan siapa terima, berapa?


Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion.

Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.

Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan.

Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB.

Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.

Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas.

Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.

Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.

Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.

Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.

Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.

Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti.

Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta.

Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).

Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta.

Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah".

Tuesday, June 19, 2018

Dr M: Pelbagai tuduhan akan dikenakan ke atas Najib

BERITA

A Ananthalakshmi, Kevin Krolicki & Emily Chow, Reuters


Penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan adalah antara tuduhan yang akan dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak susulan siasatan ke atas dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancaranya, Dr Mahathir memberitahu Reuters bahawa penyiasat sudah "mempunyai kes yang hampir sempurna" terhadap suspek utama yang menipu 1MDB dan menyalahgunakan berbilion ringgit wang negara.

Beliau juga menuduh Najib, yang telah mengasaskan 1MDB, sebagai berperanan utama.

"Dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya, dan kami mempunyai tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB. Oleh itu, dia bertanggungjawab," kata Mahathir.

Selepas bersara sebagai perdana menteri pada tahun 2003 setelah 22 tahun berkuasa, Mahathir - yang berusia 92 tahun - terjun sekali lagi dalam politik tetapi kali ini menyertai pembangkang untuk menumbangkan Najib pada pilihan raya umum Mei lalu.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan yang tidak dijangkakan itu, Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB dan pembabitan Najib dalam operasinya.

Hasil daripada siasatan antikleptokrasi, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa lebih AS4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB, dan kira-kira AS$700 juta itu dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi Najib.

Mahathir telah melarang Najib daripada meninggalkan Malaysia, dan polis telah menjalankan serbuah ke atas hartanah yang dikaitkan dengannya, sementara anggota SPRM juga telah merakamkan kenyataan kedua-dua Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, dan minggu lalu, mengulangi bahawa beliau tidak mengambil wang dari 1MDB.

Jurucakapnya tidak dapat dihubungi segera untuk memberi komen.

- Reuters

[Baca berita penuh]

Friday, July 28, 2017

Apa kata bekas AG pada Apandi dan isu 1MDB

Alyaa Azhar
Dua tahun berlalu selepas Tan Sri Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara.

Bagaimanapun, keputusannya membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan dana RM2.6 bilion dan 1MDB terus menghantuinya.

Pengkritik mendakwa pelantikannya menggantikan Tan Sri Gani Patail, yang tidak disambung perkhidmatan atas alasan kesihatan, dengan tujuan untuk menutup skandal 1MDB.

Apandi dan kerajaan bagaimanapun menafikannya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkongsi pandangan berkaitan cara Apandi menangani isu 1MDB.

Menjawab soalan, beliau bersetuju Apandi patut lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), berbanding menolak saman Jabatan Keadilan (DOJ) AS dengan alasan bermotifkan politik.

“Idealnya, beliau patut (bekerjasama) kerana kita bercakap berkaitan keadilan dan hak-hak individu,” katanya.

Abu Talib membangkitkan kes ahli perniagaan Eric Chia yang menyaksikan peguam negara ketika itu pergi ke seluruh pelosok dunia bagi mengutip bukti bagi menyokong pendakwaan terhadapnya.

[Baca berita asal]

Tuesday, June 20, 2017

Jangan panik saman DoJ terhadap 1MDB - Azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said.
BANGI -- Rakyat diminta tidak mudah panik dengan isu saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina berkata beliau kesal kerana sesetengah pihak mudah percaya dengan apa sahaja yang didakwa.

"Apabila Amerika Syarikat kata ini satu perkara yang berlaku, tak ada usul periksa, kelam kabut kita percaya," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu itu selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guaman di sini, hari ini.

DoJ mengemukakan saman sivil kedua baru-baru ini bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Azalina berkata setiap negara mempunyai sistem undang-undang tersendiri termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia.

"Bagi saya DoJ ialah Amerika punya sistem. Terpulang kepada dia. Ia adalah perkara sivil.

"Dalam negara, kita ada sistem Parlimen, sistem mahkamah kita, sistem peguam negara kita. Kita dah ada semua. Oleh itu, kita lakukan ikut cara kita," katanya.

-- BERNAMA

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-