-March 8, 2019 8:12 PM
Bekas menteri undang-undang Nazri Aziz.
PETALING JAYA: Nazri Aziz memberi sokongan penuh kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya, beberapa jam selepas dia disingkirkan dari jawatan setiausaha agung hari ini.
“Saya percaya pada Anwar. Saya penyokong Anwar 100%. Tak pernah berubah,” kata ahli Parlimen Padang Rengas kepada FMT.
Mengatakan dia juga akan memperjuangkan agenda Melayu, Nazri berkata sokongannya kepada Anwar bukanlah perkara baru kerana dia menyokong pemimpin PKR itu pada 1990-an semasa dia bersama Umno.
Nazri berkata perbezaan hari ini hanyalah dia masih ahli Umno manakala Anwar pula dipecat.
“Anwar tidak tinggalkan Umno. Dia dipecat dan dia menubuhkan PKR untuk memperjuangkan haknya,” katanya.
Anwar adalah timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri semasa dia dipecat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1998.
Mereka membaiki hubungan mereka pada 2016 dengan satu matlamat bersama iaitu menjatuhkan pentadbiran Najib Razak pada pilihan raya umum 2018.
Nazri berkata sekarang akan melobi ahli-ahli Parlimen Umno supaya menyokong Anwar menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, dia bukannya mahu melagakan Anwar dengan Mahathir.
“Saya cuba mengatakan antara mereka, mereka bersetuju untuk menyerahkan jawatan itu kepada Anwar. Saya sokong persetujuan itu,” katanya.
Nazri komited kepada memastikan Umno menang besar pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya mahu perjuangan agenda Melayu dalam Umno dan PAS. Mereka akan sokong agenda itu,’ katanya.
Beliau berkata hak Melayu tidak perlu dipersoalkan dan dalam masa sama tidak sepatutnya dilihat seperti melampau.
Wakil rakyat yang lantang ini optimis pakatan Umno dan PAS akan menghasilkan kerajaan yang akan melaksanakan dasar-dasar pro-Bumiputera sambil melindungi hak-hak minoriti.
Terdahulu, Nazri secara rasmi disingkirkan sebagai setiausaha agung BN, dan digantikan dengan Tengku Adnan Tengku Mansor.
Perkembangan itu menyusuli keengganan MCA dan MIC mengiktiraf Nazri sebagai setiausaha agung gabungan itu.
Kedua-dua parti bukan Melayu itu berkata pelantikannya tidak pernah dibincangkan atau secara rasmi diluluskan oleh majlis tertinggi BN.
Nazri kini tertumpu kepada memperjuangkan hak-hak Melayu dan menyokong Anwar.
“Saya seorang yang lantang. Saya tak suka terikat dengan jawatan yang akan menyukarkan saya menyuarakan pandangan,” he said.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.