Saturday, July 6, 2019

Anwar: PH bincang pelawaan PM isu parti Melayu

Diterbitkan Hari ini 11:29 malam 


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan cadangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai pelawaannya agar parti-parti Melayu menyertai Bersatu, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

"Kita ada mesyuarat Majlis Presiden PH dan itu ruang yang terbaik untuk kita bincang termasuk cadangan PM terbaru. Isnin, 8 haribulan mesyuarat.

"Ini mesyuarat biasa bulanan Majlis Presiden, tentu digunakan (oleh perdana menteri) untuk beri penjelasan," jawabnya ringkas kepada pemberita selepas majlis pelancaran University Malaya Endowment Fund (UMEF) di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Dr Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu berkata kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-