Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Umno bahawa punca kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tahun lalu adalah kerana parti itu membiarkan salah laku berleluasa di kalangan pemimpin kerajaan dan parti.
Justeru, katanya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sepatutnya celik mata dan menegur salah laku ketua dan pemimpin dalam partinya sebelum ini.
“Masa dulu waktu ada orang curi duit, bos dia curi duit... Dia tak salahkan langsung. Sekarang ini baru nak (mahu) salahkan.
“Pi la (pergilah) balik peringat (ingatkan) diri sendiri kenapa kamu kalah (PRU-14).
“Kamu kalah sebab kamu tak salahkan bos kamu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen ke-15 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempersoalkan tindakan Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Feb 2017 lalu.
Katanya, apabila lapan kanak-kanak main basikal di Johor dilanggar oleh seorang wanita, wanita itu dibebaskan seolah-olah tiada bukti sedangkan kanak-kanak itu mati.
Walaupun Ahmad Zahid tidak menyatakan secara jelas mengenai pemandu wanita tersebut, namun kritikan mengenai keputusan mahkamah itu dipercayai berpusat pada latar belakang tertuduh yang berbangsa Cina.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.