Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Sunday, July 5, 2020

Anwar: Pertahankan mandat rakyat

@politik
-July 5, 2020


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua parti komponen PH mengukuhkan kembali hubungan sebagai serangkai keluarga bagi mempertahankan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, mandat rakyat perlu dipertahankan untuk memastikan negara kekal sebagai sebuah negara demokratik dan adil.

“Kalau kita mahu mula, maka kita perlu perkukuhkan PH. DAP, Amanah, Keadilan itu serangkai keluarga yang harus mantap dan kuat,” katanya menerusi siaran langsung di laman Facebook pada Sabtu malam.

Rakyat kini melihat PH berdepan kebuntuan susulan isu calon Perdana Menteri apabila DAP dan Amanah mencalonkan ahli parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala PKR bertegas mahukan Anwar.

“Kalau kita mahu mula, maka kita perlu perkukuhkan PH. DAP, Amanah, Keadilan itu serangkai keluarga yang harus mantap dan kuat.

“Kita bersama dulu dengan satu agenda yang jelas selepas perjuangan puluhan tahun untuk pertahankan ini. Kita perlu kekalkan mandat rakyat 2018 bukan hanya untuk calon Perdana Menteri sahaja.

“Walaupun ia sudah ditandatangani dan diakui tetapi yang lebih penting adalah mandat rakyat untuk pastikan negara ini kembali sebagai sebuah negara demokratik, adil dan menjamin keselesaan rakyat terutama golongan miskin, pedalaman dan yang terpinggir tanpa mengira kaum,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-