Friday, July 17, 2020

Tiga sebab Mahathir letak jawatan sebagai PM, ikut kaca mata Najib

@news
-July 17, 2020


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa terdapat tiga sebab mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan pada Februari lalu.

Antaranya, jelas ahli parlimen Pekan itu adalah kerana Dr Mahathir tidak mahu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga, jelas Najib enggan dikawal DAP dan PKR dan bimbang PH dan Bersatu akan kalah teruk pada PRU akan datang.

“Mereka amat bimbang selepas kalah lima kali PRK berturut-turut kepada BN/Muafakat Nasional termasuk kekalahan paling teruk di kawasan parlimen sendiri,” katanya melalui akaun Facebooknya hari ini

“Calon orang Melayu parti PPBM (Bersatu) kalah teruk kepada calon orang Cina BN/MN di kawasan majoriti Melayu dalam negeri yang Menteri Besar ialah dari PPBM dan Perdana Menteri ialah dari PPBM,” ujar beliau.

“Sebab itu, PM7 (Mahathir) sangat inginkan menjadi PM (perdana menteri) untuk sebuah kerajaan perpaduan di mana dia boleh pilih sendiri mana-mana ahli parlimen dia suka tanpa perlu mengikut kehendak parti,” katanya lagi.

Banyak pihak menganggap tindakan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Dr Mahathir selepas menemu bual semua ahli parlimen untuk menentukan calon yang mendapat sokongan.

Krisis dalam PH berlaku susulan keengganan Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar walaupun itu janji PH menjelang PRU-14.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-