mykmu.net
December 13, 2020
Walaupun kemelut Perak telah melabuhkan tirainya dengan pelantikan menteri besar dari UMNO, namun krisis perebutan kuasa jawatan nombor satu negara belum menampakkan pengakhirannya.
Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bersama-sama DAP dan Amanah mendapat ‘nafas’ baharu’ apabila disokong oleh 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut sumber yang rapat dengan percaturan tersebut, sokongan yang diperolehi Anwar daripada 10 MP UMNO tersebut adalah dalam bentuk akuan bersumpah (SD) yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Laporan awani menjelaskan 10 MP UMNO selain Pekan dan Bagan Datoh ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Selain itu, nama Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria turut tersenarai.
“Walaupun dengan ‘nafas baharu’ oleh 10 MP UMNO itu, Anwar belum dapat mengumpulkan SD yang secukupnya untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah, apatah lagi majoriti besar ‘kukuh dan menyakinkan’ seperti yang didakwa beliau sebelum ini.
“Selain Ahli Parlimen UMNO, Anwar juga dikatakan mendapat sokongan dua ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen yang dahulunya bersama-sama dalam parti Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata sumber itu
Menurut sumber itu lagi, sokongan UMNO kepada PH yang turut dianggotai oleh DAP itu sepatutnya dicetuskan semasa kemelut Perak baru-baru ini, tetapi digagalkan setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak kerjasama parti itu dan PH.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata wujud cubaan dan konspirasi pihak tertentu untuk mengubah pendirian Barisan Nasional (BN) menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti DAP.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan konspirasi menggagalkan dasar “no Anwar no DAP” sedang berjalan dengan menggunakan SD.
“SD cuba dikutip, pujuk rayu berterusan, punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka, nama istana dan kerabat turut diguna.
“Liciknya pihak yang kempunan kuasa, yang berharap mengambil alih kuasa amat bijak mengatur strategi,” kata Annuar dalam satu hantaran di Facebooknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my Oktober 17, 2024 Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. BERSATU keti...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - Oktober 16, 2024 @ 10:39am Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk S...
-
sinarharian.com.my 17 Oktober 2024 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan 202...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 19, 2024 Ahli Parlimen PKR Hassan Karim menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 oleh Perda...
-
kosmo online.com Oleh AZMI NORDIN 18 Oktober 2024, 12:48 pm Azam pada sidang akhbar di Menara Perkeso, Kuala Lumpur, hari ini. KUALA LUMPUR ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -17 Oct 2024, 04:44 PM Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan memastikan proses pembaharuan bandar tidak me...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: Bajet 2025 dijangka akan menjadi bajet yang paling besar di dalam sejara...
-
kosmo.com.my Oleh KOSMO! 19 Oktober 2024 Anwar tiba di Jakarta petang tadi bagi menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik I...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli dan Mohd Puad KUALA LUMPUR: Tiada pihak dari PAS yang menyebut Umno ‘berkudis’ apabila adik P...
-
harakahdaily.net October 20, 2024 Tuan Guru Abdul Hadi Awang “BAGAIMANA dengan perkembangan Hamas sekarang Ayah Chik, mengapa Yahya Sinwar, ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.