bhnews@bh.com.my
FOTO HIASAN.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Polis sudah membuka kertas siasatan dan siasatan dibuat susulan lapan laporan polis yang diterima berhubung perkara itu, setakat ini.
"Kita akan menghantar rakaman audio itu ke Makmal Forensik bagi tujuan analisis perbandingan persamaan suara dalam rakaman audio berkenaan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa rakaman audio berkenaan adalah tulen.
Beliau dipetik berkata, sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua tokoh politik itu, pengecaman suara di dalam audio terbabit bukan perkara rumit.
Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial, Rabu lalu.
Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 menerusi panggilan telefon.
Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat, selama 22 tahun.
Disiarkan pada: April 9, 2021 @ 4:33pm
adakah hasilnya lepas ni anwar dan zahib akan di dakwa kerana bernbincang! Setiap hari berjuta rakyat malaysia berbincang sama ada di rakam atau tidak. Jadi lepas bolehlah lapor polis setiap perbincangan termasuk perbincang untuk menebas kubur.
ReplyDelete