Friday, April 9, 2021

Polis akan analisa ketulenan audio sejurus Zahid, Anwar fail laporan

malaysiakini.com
Diterbitkan 9 Apr 2021, 3:42 pm

Polis menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk tampil memfailkan laporan sekiranya mereka percaya klip audio yang dikatakan itu palsu.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dipetik Astro Awani berkata polis hanya akan menganalisis klip tersebut setelah mereka membuat laporan.

“Itu tindakan susulan yang mana apabila laporan dibuat oleh seseorang yang mengatakan difitnah itu, kita akan terus membuka kertas siasatan.

“Hanya selepas itu pihak polis akan proses dan menganalisis rakaman audio itu untuk menilai bukti atau apa sahaja yang diperlukan,” katanya pada sidang media di Melaka.

Menjelaskan lanjut, Abdul Hamid berkata setakat ini tujuh laporan telah diterima mengenai audio tersebut.

"Kita lihat daripada tempoh, reaksi orang ramai terhadap audio tersebut.

"Sekiranya ia sampai ke tahap orang ramai sudah rasa bimbang dan gusar, kita akan jalankan siasatan.

“Saya tidak dimaklumkan (laporan dibuat Ahmad Zahid dan Anwar), kita tunggu sahaja lah, kalau betul mengatakan beliau difitnah, tampillah membuat laporan demi kebaikan juga,” katanya lagi.

Awal minggu ini, klip audio yang didakwa suara mirip Anwar mengucapkan tahniah kepada Zahid kerana mengendalikan perhimpunan agung Umno dengan baik menjadi tular.

Mereka berdua telah menafikan klip audio itu sebagai palsu dan Zahid telah mengatakan bahawa pegawainya akan membuat laporan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-