Friday, July 8, 2022

Kalau UMNO kalah, Najib jadi ketua bilik darjah Sungai Buloh: Rafizi

agendaily.com
08/07/2022

Rafizi Ramli membidas Datuk Seri Najib Razak yang ghairah mendesak PRU-15 disegerakan.

Datuk Seri Najib Razak sebenarnya sangat bimbang kerana kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan ia tidak menghairankan bekas Perdana Menteri (PM) yang terpalit kes rasuah itu mahu pilihan raya umum (PRU) disegerakan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata satu-satunya harapan Najib untuk terlepas daripada hukuman penjara adalah dengan memastikan UMNO menang besar tetapi sekiranya gagal beliau akan jadi ketua bilik darjah di Sungai Buloh.

“Sebilangan besar ahli UMNO termasuk kepimpinan tertinggi parti berkenaan juga tahu Ahli Parlimen Pekan itu bersalah khususnya melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lain-lain.

“Najib juga sebenarnya tidaklah sepopular yang dirasakan dalam kalangan parti UMNO sendiri. Cuma dia rasa dia popular. Najib hanya akan mendapat sokongan kalau UMNO menang besar, kalau UMNO menang tipis dia dah susah, kalau UMNO kalah dia akan jadi ‘ketua bilik darjah’ di Sungai Buloh (Penjara Sungai Buloh),” katanya dipetik laporan media.

Menurut Rafizi, isu penyelewengan 1MDB tidak boleh dilupakan kerana ia punca kepada semua permasalahan sehingga dilabel sebagai kemaluan kepada negara di mahkamah dan beliau akan berterusan menyentuh Najib memandangkan beliau adalah dalang utama skandal itu.

“Ada orang UMNO, MIC dan MCA kata mengapa masih ‘sentuh’ isu Najib sedangkan dia bukan lagi Perdana Menteri, saya jawab sampai mati kita akan ‘sentuh’ dia kerana dia telah meninggalkan hutang sampai tiga, empat generasi belum tentu habis dibayar,” katanya.

Menurutnya, hutang 1MDB sebanyak RM53 bilion dan kerajaan baharu selesai membayar sebanyak RM13 bilion, sementara wang yang sudah dikutip daripada kes skandal itu pula hanya sebanyak RM20 bilion.

“Ini bermakna rakyat Malaysia masih perlu menanggung hutang 1MDB sebanyak RM20 bilion,” katanya.

Untuk rekod, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Najib berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah dan kedua-duanya juga antara yang lantang mendesak supaya PRU-15 disegerakan.

Tekanan demi tekanan diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menuruti kehendak kedua-dua pemimpin UMNO itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-