Diterbitkan: Aug 21, 2022
Sahruddin berkata tindakan Zahid itu adalah kerana Umno kini berdepan persepsi buruk dan terdapat kemungkinan lebih banyak 'pembongkaran' sekiranya PRU dilengahkan.
"Sekiranya dilengahkan PRU, mungkin lebih banyak pembongkaran yang berlaku dan Umno tidak akan mampu untuk menanggung segala permasalahan yang timbul.
"Sebab itu kumpulan kluster dalam Umno begitu terdesak untuk menyelamatkan diri masing-masing mutakhir ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sahruddin dipercayai merujuk kepada julukan 'kluster mahkamah' yang diberikan kepada kumpulan pemimpin Umno yang mempunyai kes mahkamah.
"Maka sifir mudah adalah menyegerakan PRU dengan mendesak perdana menteri mendengar tuntutan yang dibuat," kata Sahruddin.
Ahmad Zahid sebelum ini mengulangi gesaan agar PRU15 diadakan segera. Menurutnya, BN berisiko tewas jika PRU tidak dilakukan segera.
"Segerakanlah atau Umno dan BN akan tewas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna," kata Ahmad Zahid.
Meskipun tidak menyatakan secara spesifik ‘pembongkaran’ yang dimaksudkan, kenyataan Sahruddin itu hadir di tengah kontroversi berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).
Ahmad Zahid antara pemimpin Umno yang dipertikaikan susulan kelemahan dalam projek itu.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) antara lain mendedahkan bahawa Ahmad Zahid pada 2011, bersetuju untuk mengguna pakai reka bentuk Gowind untuk projek LCS - bertentangan dengan hasrat tentera laut untuk menggunakan reka bentuk Sigma.
Presiden Umno itu menafikan sebarang tanggungjawab dalam kegagalan projek itu, dan berkata projek itu diberikan selepas tempoh perkhidmatannya sebagai menteri pertahanan berakhir pada 2013.
Ini walaupun surat setuju terima dikeluarkan pada 2011, yang telah disahkan oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.