Thursday, September 29, 2022

Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk

agendaily.com
29/09/2022
Cikgu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerusi anak muridnya di Bagan Datuk tidak menjadi sasaran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu memberi isyarat berkemungkinan bertanding di kerusi lain tetapi hampir pasti tidak akan melawan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali ramai sebagai anak muridnya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar masih berteka-teki dan sedang memilih kerusi Parlimen yang sesuai hendak ditandinginya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Sejujurnya, saya belum buat keputusan lagi kawasan mana, cuma (lihat) kawasan yang boleh bagi kelebihan.

“Gombak tak semestinya, tapi tidak tolak kemungkinan,” katanya dipetik laporan media.

Untuk rekod, Anwar juga sebelum ini berkata tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang disandang Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tambahnya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi “pengkhianat”.

“Saya perlu memilih kawasan pengkhianat saya perlu beri mesej bahawa pengkhianatan tidak boleh dimaafkan,” katanya lagi.

Pada pilihan raya kecil (PRK) Oktober 2018, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi, dalam pertembungan enam penjuru.

Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya, Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Parlimen dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun Anwar gagal menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana tidak mendapat sokongan majoriti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-