malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Nov 4, 2022 8:48 PM
Dalam usaha meredakan kebimbangan pengundi Melayu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa DAP tidak akan menguasai gabungan yang diterajuinya jika memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Jelas Anwar DAP adalah sekutu yang setia dan menerima serta menghormati Perlembagaan.
“Ada orang tanya, dia tanya saya, Datuk Seri boleh jamin bila perintah (kerajaan) esok DAP tak kuasai. Saya jawab yang nak jadi ketua bukan (Pengerusi Pejuang) Dr Mahathir (Mohamad), tapi Anwar Ibrahim.
"Kedua, kerajan ni Melayu, Agong Melayu, menteri besar Melayu. Baik di Selangor atau Perak," katanya dalam ucapan semasa majlis ramah mesra dengan masyarakat India di Ulu Kinta, Perak petang tadi.
Di sebalik penafian berkali-kali DAP, Umno dan PAS sering menuduh parti komponen PH itu mengawal Mahathir ketika menjadi perdana menteri di bawah pentadbiran PH.
Tuduhan itu dibangkitkan semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa DAP menekan PH berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom (di mahkamah jenayah antarabangsa) dan menuduh parti itu menjadi "pro-komunis".
Mengulas lanjut, Anwar berkata bahawa terdapat keperluan besar untuk mereformasikan politik sambil menekankan kepentingan untuk menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia.
"Saya mahu orang India percaya pada saya, dan kasih pada saya. Bagaimana nak kasih dan sokong kalau saya tak kasih dan sokong dia.
"Kita ni manusia. Nak tolong bangsa sendiri, boleh! Tengok orang kawasan anak Melayu miskin, takkan nak ketepikan orang miskin? Negara ni kaya, tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh meminggirkan orang India yang miskin,” katanya.
Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 480 ahli MIC Tambun dari lapan bahagian bertindak keluar parti untuk menyatakan sokongan kepada PH.
Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Anwar untuk menyertai PKR.
Anwar yang juga presiden PKR akan bertanding di kerusi Tambun dan berdepan penyandang kerusi itu, Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu and calin Umno Aminuddin Md Hanafiah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by MT Webmaster (Bernama) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda ...
-
Ramai bloggers pro UMNO tulis posting yang bertajuk 'Jualan Harakah merosot', Wak tak fikir demikian, sebenarnya jualan Harakah sema...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -11 Sep 2024, 08:07 PM Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensij...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.