Tuesday, November 1, 2022

DAP tolak Ketuanan Melayu: Benar kata Muhyiddin DAP ekstrem

agendaily.com
1/11/2022
DAP yang turut disokong AMANAH menerusi pemimpin veterannya Lim Kit Siang memberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan dasar 'Ketuanan Malaysia' menggantikan 'Ketuanan Melayu'.

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata negara memerlukan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ dan bukannya ‘Ketuanan Melayu’ sekiranya hendak menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia.

Kenyataan beliau pada satu majlis Pakatan Harapan (PH) di Papar, Sabah, hari ini (1 November 2022), jelas menunjukkan parti yang mendapat sokongan PKR dan AMANAH itu, bersikap ekstrem sebagaimana didedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi (31 Oktober).

Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang mendakwa dasar ‘Ketuanan Melayu’ bertentangan dengan prinsip asas pembinaan negara, di mana setiap rakya, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, adalah sama-sama rakyat Malaysia, dan tidak ada beza rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga.

Beliau berkata calon Perdana Menteri (PM) daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ menggantikan ‘Ketuanan Melayu’.

“Dasar Ketuanan Melayu hanyalah satu helah golongan UMNO-putra untuk mengayakan diri mereka secara melampau sambil orang-orang Melayu dan Bumiputera yang lain terus miskin dan ketinggalan.

“Daripada empat orang calon Perdana Menteri ke-10 ini, hanya Anwar Ibrahim sahaja yang komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia dengan melaksanakan dasar “Ketuanan Malaysia” dan bukannya “Ketuanan Melayu”,” katanya lagi.

Malam tadi, Muhyiddin dalam ucapan pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang mendedahkan bagaimana sikap ekstrem dan fahaman berhaluan kiri DAP menyebabkan Bersatu meninggalkan PH dan membentuk kerajaan baharu.

Presiden Bersatu itu menceritakan bahawa beliau menerusi seorang pemimpin DAP telah meminta biro politik parti terbabit supaya mengubah sikap ekstrem mereka, tetapi ditolak.

Menurutnya permintaan itu dibuat ketika Bersatu berada bersama-sama PH dalam kerajaan, di mana beliau adalah Menteri Dalam Negeri.

“Apa ekstremnya? Menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Negara. Soal Melayu dan macam-macam hak Raja-Raja dalam Akta Hasutan…. banyak perkara yang mereka lakukan,” kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Kit Siang dalam kenyataan sama juga berharap DAP dapat bekerjasama dengan Warisan yang akan meletakkan 27 calon Parlimen di Semenanjung.

“Kami di DAP mahu bekerjasama dengan Warisan untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia, namun Warisan telah menolak tawaran kerjasama ini.

“Saya hanya mampu berharap yang cubaan Warisan dalam PRU-15 di Semenanjung Malaysia tidak akan menjadi seburuk cubaan mereka dalam pilihan raya negeri Johor, di mana mereka meletakkan enam orang calon dan keenam-enam mereka semua telah hilang deposit,” kata Kit Siang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-