11/1/2022
Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin mengesahkan beliau mendapat tawaran untuk menjadi calon Parlimen Ketereh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan.
Marzuani juga mengesahkan watikah pencalonan diletakkan atas nama beliau, sambil mendakwa beliau menolak tawaran itu.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Puteri Bahagian Ketereh Zahid berkata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan menerima penolakan itu dengan alasan parti sudah membuat keputusan.
Marzuani Adilla berkata, beliau juga mengakui merujuk perkara itu kepada Annuar untuk mendapat nasihat serta pandangan.
“Kita tengok malam ini macam mana. Buat masa ini saya akui surat watikah atas nama saya.
“Saya juga belum buat keputusan sama ada hadir atau tidak pada majlis pengumuman malam ini,” katanya menurut BH.
Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO mahu meletakkan Marzuani Ardila bagi menggantikan beliau.
Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Marzuani selepas mendapat tawaran berkenaan.
“Ketua Puteri UMNO itu dipanggil mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti sebelum ini tanpa pengetahuan saya.
“Selepas itu, Ketua Puteri UMNO itu merujuk tawaran berkenaan kepada saya. Saya tidak tahu sama ada beliau menerimanya atau tidak.
“Saya cuma memaklumkan tanya hati sendiri dan kalau berasakan mampu menang, maka bertandinglah. Jangan bertanding semata-mata hanya untuk bertanding,” katanya.
Annuar dilihat sering berbeza pendapat dengan pucuk pimpinan partinya malah perkara itu diakuinya sendiri.
Namun beliau menegaskan walau berbeza pendapat namun apa yang dilakukannya demi masa depan parti.
“Begitu juga perbezaan tiga pendapat yang besar diantara saya dengan pucuk pimpinan. Ia termasuk pucuk pimpinan menandatangani surat menyokong Datuk Seri Annuar Ibrahim tanpa pengetahuannya dan isu tarik sokongan terhadap kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada PRU lalu, Annuar menang dengan 4,626 majoriti apabila memperoleh 25,467 undi mengalahkan calon PAS (20,841) dan PKR (6,799).
Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin mengesahkan watikah pencalonan kerusi Parlimen Ketereh adalah atas nama beliau, bukan Tan Sri Annuar Musa.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.