malaysiakini.com
Mohamad Izwan Zainal
Diterbitkan: Oct 7, 2024
Dengan keadaan dan cabaran semasa Malaysia hari ini. Kelompok Bumiputera jelas kelihatan berhadapan dengan kesan yang amat besar berhubung kait dengan kedudukan ekonomi semasa negara dengan polisi kerajaan hari ini yang kelihatan seperti hanya melepas batuk di tangga dan tidak ada dasar dan pelaksanaan yang agresif untuk membangun ekonomi bumiputera.
Dengan Dasar Kesamarataan bawah slogan Malaysia negara berbilang kaum, kaum bumiputera akan terus hanyut dan tenggelam di bumi sendiri. Menang sorak kampung tergadai akan berterusan kerana perkara pokok pembahagian kek ekonomi negara akan terus melebar kerana tumpuannya hanya kesamarataan di peringkat B40 sahaja.
Sekiranya, tiada sebarang intervensi kerajaan secara agresif dalam memangkin pemilikan hartanah bumiputera, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yakin dalam tempoh 10 tahun lagi peratusan aset pemilikan hartanah akan terus turun mendadak.
Tanah rizab Melayu hanya tinggal 12 sahaja mengikut laporan oleh pihak- pihak berwibawa. Banyak tanah rizab Melayu tidak diganti walaupun ia perkara wajib mengikut undang-undang negara. Kerajaan perlu mengambil serius perkara ini, kerana ia melibatkan survival bumiputera pada masa akan datang.
Merujuk kepada kenyataan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Perak bertarikh 20 Sept, hanya 9.3 peratus daripada 4,588 rumah terjual untuk tempoh dua suku pertama 2024 bagi kediaman bawah RM300,000.
Ini menunjukkan potensi kepada kemampuan masyarakat di Perak khususnya terjejas dengan rancangan pembangunan melalui konsep negara berpendapatan tinggi. Peratusan ini mencerminkan kepada negara secara keseluruhannya.
Justeru, melalui pembentangan bajet yang akan datang, Putra mencadangkan agar kerajaan mengadakan skim galakan khusus kepada golongan bumiputera dalam memiliki aset hartanah termasuk yang bernilai tinggi, terutama sekali dalam kawasan bandar-bandar besar dan daerah-daerah yang sedang membangun.
Syarat-syarat lain boleh dipertimbangkan seperti umur, pendidikan dan lain-lain yang tidak merumitkan.
Ini bertujuan untuk memastikan wujudnya persaingan di samping security of assurance dalam mengelak atau mengekang sebarang dominasi. Dari segi kuasa ekonomi, jelas bumiputera jauh ketinggalan dan terbelakang dalam pemilikan hartanah seperti lot-lot kedai, termasuk lot-lot dalam gedung dan di menara-menara pencakar langit.
Sebuah tabung dana khas RM100 billion wajar ditubuhkan oleh kerajaan bagi tujuan memberi 100 peratus pinjaman khusus bagi pemilikan aset hartanah di kawasan bandar. Aset hartanah tidak hilang nilainya malah terus meningkat, tidak seperti automobil yang susut nilai mengikut tahun pengeluaran.
Tak cukup dengan slogan ‘rakyat mesti bersatu’
Pembahagian kek ekonomi ini perlu seimbang dengan sokongan daripada kerajaan bagi menstabilkan jurang pendapatan di kalangan kaum di Malaysia. Tidak cukup dengan slogan “Rakyat Malaysia mesti bersatu” tapi perlu seiring dengan pelaksanaan diterjemahkan melalui kehidupan sosial.
Seterusnya, dasar-dasar kerajaan hari ini lebih cenderung kepada mewujudkan projek-projek yang berimpak tinggi yang kos-kos diserap masuk dalam tanggungan masyarakat. Di samping karenah birokrasi yang juga dimasukkan dalam kos-kos yang perlu dibayar oleh masyarakat.
Projek Jabatan Perangkaan (DOSM) yang dulu digembar-gemburkan sebagai contoh, apa jadi dengan status hari ini dan adakah telah menjadi projek gajah putih?
Tak cukup dengan itu, diperkenalkan pula MyDigital ID pun tidak pasti sejauh mana perlaksanaannya memberikan impak positif kepada masyarakat atau bakal menjadi projek sakit? Apakah projek-projek seperti ini diperkenalkan hanya bagi menghalalkan perbelanjaan kerajaan, yang sudah pastinya memberikan kesan kepada aliran kewangan negara.
Putra mencadangkan juga agar kontraktor kecil bumiputera diberikan penglibatan yang secara jelas dan khusus dalam projek-projek mega kerajaan yang mana syarat-syarat menjadi wajib kepada kontraktor-kontraktor utama yang memperoleh tender. Putra mendapat makluman, kontraktor-kontraktor kecil bumiputera hari ini mempunyai cabaran yang besar bawah kerajaan hari ini dalam mendapatkan tender, walaupun tender-tender yang bernilai rendah.
Putra juga mencadangkan peniaga-peniaga kecil bumiputera di kawasan kerajaan tempatan yang mempunyai syarat dan pengalaman yang cukup perlu diberikan dan diadakan satu suntikan dana khas dalam mengembangkan perniagaan mereka. Ini sejajar dengan kesan kepada peningkatan hasil pendapatan di kalangan peniaga dan penjaja.
Kerajaan perlu menilai semula kos-kos perubatan di negara ini yang naik 12.6 peratus menjangkau inflasi global 5.6 peratus dengan memberikan suntikan tambahan dana atau memperkasakan Pharmaniaga yang merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Dengan keadaan hari ini pelbagai penyakit bersilih ganti ternyata memberikan kesan kepada perbelanjaan masyarakat. Seharusnya kerajaan mengetahui bagaimana cara untuk menurunkan kenaikan kos perubatan ini. Kita mempunyai pakar-pakar yang boleh menilai cara dan bagaimana dalam memastikan kos perubatan di Malaysia berada pada tahap yang menjadi keselesaan.
Putra tidak mahu, kononnya negara semakin maju tapi pemilikan hartanah dan ekonomi bumiputera khususnya, mundur dari setahun ke setahun. Satu gerak kerja drastik perlu dilaksanakan segera sebelum “barah menjadi parah”.
MOHAMAD IZWAN ZAINAL ialah pengerusi Biro Ekonomi Bumiputra merangkap ADT Putra.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.