zuhayati
‘Konsep perpaduan ini sebenarnya tidak dicapai lagi’
BANGI, 15 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini tidak lagi sesuai diklasifikasikan sebagai kerajaan perpaduan sebaliknya boleh dipanggil sebagai kerajaan campuran atau gabungan berikutan melibatkan gabungan beberapa blok parti politik.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, penggunakan kerajaan perpaduan perlu dihentikan kerana konsep perpaduan berkenaan tidak dapat dicapai.
“Di peringkat awal di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah mahukan pembentukan kerajaan perpaduan itu sebagai impian baginda tetapi kita lihat akhirnya tidak terbentuk.
“Sebenarnya kita tidak ada kerajaan perpaduan, konsep perpaduan ini sebenarnya tidak kita capai lagi.
“Kalau kita rujuk dalam konsep perpaduan ia bersifat utopia, iaitu kita inginkan sebuah masyarakat namun apabila gagal untuk bentuk perpaduan dalam bentuk kerajaan maka kita tak boleh terus kekal menggunakan perpaduan,” katanya menerusi aplikasi Tiktok miliknya.
beliau menegaskan sebelum ini ramai ahli akademik menasihati supaya tidak menggunakan kerajaan perpaduan kerana tidak menepati konsep sebenar yang diperjuangkan dalam konteks akademik.
Justeru, beliau menyarankan supaya kerajaan yang didominasi Pakatan Harapan (PH) disebut sebagai kerajaan gabungan atau campuran.
“Sepatutnya kita pakai kesepaduan ataupun kalau nampak janggal kita boleh pakai campuran atau kerajaaan gabungan kerana sejarah politik negara pada tahun 1973 hingga 1977 kita ada kerajaan gabungan dan campuran.
“Apabila kita gagal bentuk kerajaan perpaduan sebelum ini maka saya lihat jangan kita teruskan guna konsep perpaduan itu dalam ilmu sains politik kerana tidak berjaya.
“Kita lihat dalam pembentukan kerajaan di luar negara pun tidak sepatutnya menggunakan konsep perpaduan itu sekiranya tidak dicapai,” katanya.
Tegas beliau, perkara tersebut perlu diperbetulkan dan yakin langkah berkenaan akan membawa impak lebih besar.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.