1/1/2023
Siapakah pemimpin yang menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memunggah berbilion-bilion ringgit ketika memerintah sebelum ini.
Anwar yang kini Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak menamakan individu terbabit dalam ucapannya ketika memberi amanat khas pada majlis munajat ambang tahun baharu 2023 malam ini (31 Disember 2022), seperti dilaporkan MKini.
Sebaliknya, beliau dilaporkan hanya menyebut pihak terbabit sebagai ‘pernah menjadi Menteri Kewangan dan bekas Perdana Menteri’.
“Saya nak sebut bahawa sikap kita jelas negara ini negara hukum, badan penguatkuasaan diberi kuasa asepenuhnya untuk memantau.
“Tetapi saya nak nasihat juga rakan-rakan saya yang lain, yang bercakap soal bersih dan hari-hari, saban hari menyerang beberapa tokoh dalam kerajaan perpaduan.
“Apatah lagi orang-orang yang pernah menjadi menteri kewangan, perdana menteri yang tatkala mereka berkuasa itu bukan dipunggahnya ratusan juta ringgit, bilion ringgit dipunggah,” kata Anwar menurut laporan itu.
Dalam sejarah negara, berlaku skandal terbesar kewangan melibatkan berbilion-bilion ringgit dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.
Malah pada 2019, Anwar dalam temu bual bersama Richard Quest di CNN’s Talk Asia, menyifatkan skandal 1MDB lebih teruk daripada apa yang dijangkakan.
“Ini mengerikan. Ia lebih teruk daripada apa yang kami jangkakan. Kami fikir ada sesuatu yang dapat kami tangani sebagai sebuah negara dan kami sedar ia harus menjadi usaha antarabangsa,” kata Presiden PKR itu.
Untuk rekod, skandal 1MDB tercetus pada 2014 apabila bekas pemimpin UMNO Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap syarikat berdaulat negara itu.
Susulan laporan polis itu beberapa kenyataan dikeluarkan pihak berkaitan termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara Malaysia, sebelum pada 3 Julai 2015, The Wall Street Journal dan Sarawak Report menerbitkan laporan mendakwa dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Peguam Negara ketika itu Tan Sri Gani Patail juga mengumumkan serbuan dilakukan ke atas syarikat berkaitan 1MDB – SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd – sebelum khidmatnya ditamatkan mulai 27 Julai 2015.
Kes 1MDB itu yang dianggap skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia mencetuskan gelombang penolakan terhadap Barisan Nasional pimpinan Najib, yang kemudian hilang Putrajaya pada 2018 apabila kalah kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Siasatan berterusan skandal berbilion ringgit itu membawa kepada beberapa rampasan dan tindakan oleh pihak berkuasa negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong dan Switzerland.
Dalam negara, Najib ditangkap dan dituduh di mahkamah berhubung penyelewengan dana 1MDB selain kes membabitkan RM42 juta dana SRC International.
Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, setelah didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (BHD).
Panel lima hakim kanan yang bersidang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan yang difailkan Najib, setelah Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 menolak rayuannya, sekali gus menghantar bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Bagaimanapun, Najib masih berdepan banyak lagi kes di mahkamah berkaitan 1MDB.
Anwar Ibrahim mengatakan ada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sebelum ini yang 'memunggah' berbilion-bilion ringgit.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.