Tuesday, January 24, 2023

Pembahagian kerusi PRN, UMNO-BN dijangka dapat kerusi paling sedikit

agendaily.com
24/01/2023
UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang didalamnya terdapat DAP untuk membentuk kerajaan pusat.

Kerusi paling sedikit dijangka akan diberikan kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pakatan Harapan (PH) tidak akan berkompromi untuk menyerahkan kerusi dimenangi mereka kepada UMNO-BN atas alasan prestasi buruk rakan sekutu mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu dan hanya kerusi disandang Perikatan Nasional (PN) akan jadi pertimbangan dalam pembahagian kerusi antara PH dan UMNO-BN nanti.

Sumber dalaman mendedahkan UMNO-BN berkemungkinan dapat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit di Negeri Sembilan dan Selangor, berkemungkinan di Pulau Pinang tidak akan ada kerusi yang akan diberikan untuk ditandingi.

Bagaimanapun, pemimpin PH menimbang untuk memberi kerusi yang lebih banyak kepada UMNO-BN di Kedah, Kelantan dan Terengganu memandangkan komposisi pengundi Melayu yang dominan di kedua-dua negeri tersebut.

Namun, terdapat juga persepsi di kalangan pemimpin PH yang tidak bersetuju sekiranya UMNO-BN diberikan kerusi yang banyak di tiga negeri yang didominasi pengundi Melayu kerana sudah ditolak secara total pada PRU-15 lalu.

“Pemimpin PH tidak mahu ambil risiko untuk memberi kerusi banyak kepada UMNO-BN kerana prestasi buruk mereka pada PRU-15 lalu.

“PRU-15 lalu sudah nampak indikator yang jelas pengundi Melayu menolak UMNO secara total, malah UMNO gagal memenangi sebarang kerusi di negeri yang majoritinya terdiri daripada pengundi berbangsa Melayu,” kata sumber.

Sumber juga mendedahkan PH masih tidak menjalankan perbincangan berhubung pembahagian kerusi secara rasmi setakat ini, malah di peringkat negeri juga belum bermula lagi.

Namun, pemimpin PH peringkat negeri sudah memberi isyarat tidak berkompromi secara mudah dengan UMNO-BN walaupun sudah membentuk kerjasama di peringkat kerajaan Persekutuan.

Malah, sumber memberitahu PH melihat UMNO-BN sebagai liabiliti, ditambah pula dengan sentimen orang ramai yang melihat Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai liabiliti dan menjadi punca kekalahan pada PRU-15 lalu.

“Pemimpin PH peringkat negeri skeptikal dengan Zahid sebagai Presiden UMNO… malah, umum mengetahui kekalahan UMNO pada PRU-15 lalu adalah disebabkan rakyat yang membenci Zahid.

“Pemimpin PH negeri paling bimbang jika sentimen benci Zahid itu akan berjangkit kepada pengundi seperti PRU-15 lalu sehingga menyebabkan ia menjadi punca kekalahan teruk,” kata sumber lagi.

Namun, pemimpin PH negeri mungkin tiada pilihan dan patuh kepada wahyu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya terdapat arahan untuk membahagikan kerusi dengan parti diketuai anak muridnya itu.

Dalam perkembangan lain, Anwar dilaporkan media tidak akan menghalang pimpinan PH peringkat negeri untuk berbincang pembahagian kerusi dengan UMNO-BN walaupun ia belum bermula secara rasmi di peringkat pusat.

Kenyataan itu secara tidak langsung menunjukkan hala tuju PH dalam menghadapi PRN nanti dan berkemungkinan besar akan terpaksa bekerjasama dengan UMNO-BN untuk menghadapi PRN nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-